,

Babai Rumah Ku, Welkam Hotel Mu!

Seminggu kena tinggalkan rumah.
Ermm...
Nak ke mana kita?


Malas betul nak packing!
Bab-bab nak mengemas beg ni memang satu kemalasan yang amat.
Tapi gagah juga la.
Siap 1 beg troli, dan 1 beg tangan.


Nak pegi mana?
Bukan nak gi holiday tapi nak gi bekerja.

Untung keje kat opis ako, derang ada sediakan tempat tinggal.
Tahap hotel 4 bintang gitu!

Yang best lagi, free of charge.
Erkk.... ye la bukan ako yang bayor kan.
Harus la penginapan ditaja oleh jabatan tersebut.



Pemandangan dari balkoni bilik.
Indahnya pemandangan.
Tapi sunyi.
Sengsorang masa sampai.
Tapi di saat ini sudah ada peneman di kala malam sepi hehe...

Eh ako bukan gi bercoti.
Ako bekerja seperti biasa.
Cuma tahun ini ako terlibat dengan 'perkara-perkara' berkaitan penerbitan buku Laporan Tahunan opis ako.

Maka dengan itulah ako terpaksa meninggalkan rumah untuk seminggu ini.
Bagi memudahkan ako berulang alik dari opis dan tempat tinggal tajaan ako itu.

Pape pun, dah alang-alang kat sini, kita enjoy la kan.

Selamat Bekerja buat kowang!
Hujung minggu depan kita jumpa lagi ye.
*harap-harap ako ada masa jenguk sini juga.

Nota Jemari: Menikmati keindahan alam semulajadi di tengah bandaraya kolumpo.
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.