Followers

Friday, March 8, 2013

JJCM: Nasi Ayam Goreng Kunyit

Tetiba makanan yang satu ini menjadi sebutan.
Harus lah dicuba kan!

Kowang tau EPF?
Atau KWSP?
Tau tak dulu ada Bank Islam kat sebelah EPF tu?
Tau tak ada parking lot terbuka kat belakang EPF tu?
Tau tak dataran terbuka sebelah ODEON?

Ha klu tau, musti kowang tau gerai-gerai makan pemes dikalangan owang-owang pejabat di waktu makan tengahari!

Kat situ macam-macam ada.
Ada yang jual nasi campur, ada yang jual putu piring.
Ada juga yang jual pelbagai jenis air.
Malah, maruku dan kerepek pun ada juga.


Salah satu gerai yang jadi perhatian sejak akhir-akhir ini adalah gerai yang menjual NASI AYAM GORENG KUNYIT.

Sangat pemes ok lately ni!
Kowang tengok aje la barisan mereka yang sejak awal dah beratur semata-mata nak makan nasi ayam kunyit ni. 

Menu dia simple aje pun.
Ada nasi putih dan ayam goreng yang disalut dengan kunyit je pun.
Tapi yang buatkan dia menjadi-jadi pemes, maybe sebab kehangatan ayam tersebut masih terasa walau ko menapak jauh pulang ke opis.


Tengok la tu, betapa mereka sanggup menunggu berejam lama nya.
Di saat kami menunggu sama, hampir setengah jam juga la menanti tiba giliran kami.

Kena banyak bersabar klu nak menikmati kelazatan nasi tersebut.
Tapi gerenti berbaloi dan puas hati la!


Member sorang ni dah riso.
Riso klu dah penat-penat beratur tapi x dapat nak beli.

Jangan risau, ayam nya sentiasa ada je.


Tukang masak yang sentiasa efisyen.
Tak henti-henti menggoreng ayam di situ juga.


Bahan-bahan dia simple je tau.
Lepas dia goreng ayam, dia akan masukkan bawang, carrot dan juga kacang panjang.
Goreng sekejap dan terus dia angkat.

Perghhh memang panas la kan!
Hot from KUALI ehheh


Derang ni x kedekut ayam.
Memang banyak la dan sangat puas bila makan.

Derang akan letak kicap dan juga sambal belacan.
AWAS!!
Sambal belacan adalah SUPERB PEDAS!!

Sebabkan aritu ako pestime beli kan, 
ditambah plak ako ni kan hantu pedas,
maka ako soh la budak tu letak cili nya sampai 2 sudu.

Ha amek ko!!
Memang ko tahan je la pedas nya tu ye!!

Oh ye harga sebungkus nasi tersebut adalah RM5.00 sahaja.

Pada yang stay kat area Bangsar dan yang sewaktu dengan nya,
kata nya ada cawangan di area UM.
So, kowang bole la cuba dapatkan nasi ni kat sana ye.

Dan paling best, nasi ni boleh delivery!!
Nanti ako tempek contact no orang tu ye.


OK, pada kowang yang nak mencuba tu, 
Selamat Menjamu Selera.
Pesanan ako, "sediakan air secukupnya klu betul-betul tak tahan pedas!"

*wink*

Nota Jemari: Nikmat ;-)

11 comments:

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Laaa..ini ke gerai yg masa lalu hari tu kemain panjang lagi, pastu nampak dia tuang kicap kipas udang atas nasik putih tu? rupanya jual nasik putih & ayam goreng kunyit eh...

baru ku tahu....
harus di cobain kalo gini heheh :D

Biqque said...

blkg opis i kat raja chulan ni pun ada satu, mat rock namanya. beratur panjang gile tapi mmg sedap la...hehehe!

Mya said...

nak cuba gak ah nanti.
tengok gambar pun dah terliur..

anakomak said...

Erin,
WAJIB cuba ye!! Tunggu kitorag war-warkan dalam email nanti ehhe

Biqque,
hahaha ye ke?
Jual nasi ayam goreng juga ek?
Wow konpom sedap ni..

anakomak said...

Mya,
Sila sila.. memang sedap tapi jangan letak sambal bebanyak! hehe PEDAS weii!!

watyz said...

wa... tgh lapar ni tgk lauk gini sedapnye!!! hehehhe

anakomak said...

watuz,
SEDAP!! heheee...

AdanyaKauUntukku said...

terliur tetiba...cam ne nieH...huwaaaaaaaaaaaaaa

:: Cik Viva :: said...

sedap la pulak nampak ayam goreng kunyit camni.. besok nak masak camni lah :)

anakomak said...

nyumm nyummm sedap!
Nanti kitrg nak order, kitrg tanya ko ek ila ;-)

anakomak said...

Cik Viva,

hheheh masak kasi garing2 tau baru ada umph! *wink