,

Event: Relay For Life - KL 2013


Hari Sabtu lepas, ako join event "Relay for Life" anjuran National Cancer Society Malaysia di Dataran Petaling Jaya sebelah A&W dan berhadapan dengan Amcopr Mall.

Event ni start dalam pukul 6 petang dan abes sampai jam 10 pagi keesokkan harinya.
So, kira kan overnight event la ni.


Pihak penganjur siap sediakan khemah buat mereka yang join event aritu.
Ada juga yang bawa khemah sendiri.
Meriah. Dah macam berkelah atas padang plak ako tengok kan.

Ekceli event ni dah setiap tahun ada.
Cuma ako je yang baru tahu pasal event yang satu ni.
Itupun sebab volunteer kat opis ako ni yang dok promote.

Event ni adalah nak bantu bagi semangat kepada mereka yang menghidap cancer untuk terus hidup.

Macam-macam aktiviti ada kat situ.


Ada konsert dari local artis.
Jangan di tanya siapa yang melalak.
Sesungguhnya ako tidak kenal akan mereka semua.


Yang ini plak show dari mereka, penghidap cancer yang masih survive hingga kini.
Semangat mereka ni buat persembahan.


Perarakan bermula dengan Survivors.
Kemudian diikuti dengan kelab dan persatuan atau agensi-agensi yang lain.


Berjalan selama 16 jam.
Tapi berganti-ganti la ye.
Mampu ke ko berjalan 16 jam tanpa henti?
Haaahaha.....
Yang pasti, kena sentiasa ada orang berjalan kat track tu.


Bila malam, derang pasang lantern.
Tapi yang ni simple je.
Takde la derang lepaskan ke udara ye.
Just letak mengelilingi kawasan perkhemahan.

Macam-macam derang tulih kat lantern tu.
Tapi sebab ako snap dari belakang, maka nya x nampak tulisan-tulisan atau gambar yang menarik kat kertas lantern tu. Yang ni xde paksaan. Sape nak buat, pasang la.
Sape x nak, duduk je la dendiam eh.
Coz waktu ni derang bertafakur kejap, mengingati mereka yang telah pergi akibat cancer.


Dah memalam sket, tetiba artis datang.
Join la kejap berjalan keliling padang tu.
Yang lelain ako x kenal.
Cuma si shasha saidin tu je la yang ako nampak ..
hehehe.... 

Ako takde la nak tunggu sampai pagi esok kan.
Cukup 4 kali pusing, cukup buat ako berpeluh, lebih kurang jam 11 malam ako pun balik je la. Dah ada yang volunteer nak tunggu sampai pagi esok. So, watpe nak tunggu lelama kan, ada peluang, balik je la. 

Maka nya, ako xde la sempat nak bermalam di situ bersama yang lain.
Tepat jam 12 tgh malam ako sampai rumah, terus ZZzzzzzzzz.

Sekian.

Nota Jemari: charity event
Share:

2 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.