Followers

Wednesday, June 4, 2014

Trip Matahari Terbit: LCCT - Kansai Airport (Day 1)

Yuhuuu, dah bulan Jun ye! Dah hampir sebulan sejak percutian kitorang. Tak tahu nak mula dari mana. Idea masih 'beku' lagi ni tapi ako cuba juga la cerita mana yang masih tersimpan dalam kepala hotak ni cay ;-)

Flight kami pada pukul 1 pagi pada 9 haribulan Mei 2014. Memula ingatkan kami akan berlepas dari KLIA2 memandangkan tarikh tu AirAsia dah kena pindah ke sana. Tapi memandangkan masa check-in masih 8 haribulan, maka nya berlepas aje la dari LCCT seperti biasa ye. Suasana di LCCT malam tu memang lenggang. Yang ada hanya mereka yang akan berlepas ke destinasi memasing pada awal pagi macam flight kitorang. Flight kitorang adalah flight ketiga yang terakhir akan berlepas dari LCCT. Flight terakhir pada jam 230 pagi kalau tak silap, ke Jeddah.

Kedai-kedai di situ memang awal-awal dah berpindah ke KLIA2. Masa kitorang sampai LCCT jam 10 malam tu, hajat nak melantak dulu kat McD tapi masa tu memasing tengah sibuk mengemas untuk berpindah. Nasib la sempat juga menapau untuk alas perut malam tu. 


Sepi sudah! Domestik flight memang takde malam tu. Semua nya flight ke luar negara je. Sebab tu sunyi je pemandangan di bahagian domestik check-in tu.


Senarai penerbangan terakhir yang berlepas malam tu. 


Kan slalunya kat LCCT kita dilarang amek gambar kan. Tapi malam tu, sumer pakat bergambar dulu sebelum naik pesawat. Tak tahu la memang dibenarkan ke atau derang yang sendiri-sendiri buat keputusan bergambar. Tapi dah sumer nya bergambar, maka nya kitorang pun x lepaskan peluang juga la kan.


Jom pose dulu!
Ceria, tak sabar dah nak terbang.


Flight memang penuh malam tu ke Jepun. Oh ye, kitorang beli tiket dari KL ke Osaka.


Tadaaaaa...... dapat Hot Seat secara free!! Yeehaaa tengkiu Murshi ;-) Sangat berbaloi sebab perjalanan yang lama memang selesa amek hot seat. Tapi kalau dapat premium flatbed lagi lagi selesa kan hahaha. :D


Seperti biasa, isi borang kemasukkan ke negara mereka. Isi juga borang declaration. Ako rasa borang declaration ni x sepening nak isi masa ke NZ dulu. Alhamdulilah, makanan sumer senang je bole bawa masuk ke Jepun kecuali beras la ye. Takkan korang nak pikul berguni2 beras plak kan bawa ke Jepun. Beli aje la kat sana, mudah dah jimat ;-)

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dan waktu jepun adalah awal sejam dari Malaysia. Tak banyak beza sebenarnya cuma waktu solat je la yang banyaaakkk beza terutama sekali solat subuh. hhehehe... Kalau di Malaysia, subuhnya lebih kurang jam 5:45 pagi kan, tapi di sana, subuh adalah pada jam 2-3 pagi. Jam 5 pagi sudah cerah macam jam 7 pagi di malaysia. So, jangan harap dapat tido nyenyak. 


Yeay penantian selama 6 jam. Kami dah sampai!!


Turun je flight kena naik aerobus ke terminal utama.


Kuar je dari aerobus kita turun ke bawah untuk cop passport plak.


Prosedur cop passport sangat mudah. Tak banyak soal jawab. Sangat cepat dan impresif!


Selesai urusan pasport, kita ke bawah lagi untuk amek luggage. Pemeriksaan kastam pun senang. Derang hanya tengok borang declaration tadi, pastu tak yah nak buka-buka beg, scan dan terus OK!


Kluar je lobi ketibaan, terus kami mencari pejabat JR. Ingat tak ako ada mention sebelum ni pasal JR Pass? Ha ni la masa nya kami menukar JR Pass tadi ke tiket yang sebenarnya. 

JR kaunter ni kat tingkat 2. Keluar je dari lobi ketibaan tadi, korang belok kiri. Nanti ada signbod naik ke level 2. Naik je esklator. Jalan ke depan sket korang dah nampak signbod JR Office. (tengok gambar atas yang aku bulatkan tu).


Masa ni memang ramai la yang akan beratur untuk tukar JR Pass memasing. Jadi beratur la dengan sabar dan tenang ye. :p Staff kat situ sangat friendly dan boleh berkomunikasi dalam bahasa English.


Sampai giliran korang, jangan lupa tunjuk kan passport dan juga tiket sementara yang korang dah beli secara online. Nyatakan destinasi seterusnya. Lagi senang kalau korang dah siap sedia awal-awal nama stesen dan destinasi beserta tren yang korang plan nak naik. Korang boleh gunakan khidmat website ni http://www.hyperdia.com/ Sangat berguna dan user friendly ;-)

Bagi perjalanan yang jauh, dinasihatkan korang buat tempahan tempat duduk terlebih dahulu. Kalau perjalanan yang dekat, x payah la nak buat reserved seat bagai ye. ;)


Dari Kansai Airport, kitorang plan nak terus ke Hiroshima. Jadi, kita perlukan tiket ke Shin-Osaka terlebih dahulu, then baru la ke Hiroshima.

Kansai ke Shin-Osaka mengambil masa lebih kurang 49 min, manakala dari Shin-Osaka ke Hiroshima perjalanan nya lebih kurang 87 min. Keseluruhan perjalanan lebih kurang dua jam 16 min la ye gitu.


Tren kat sana sangat efisyen. Sampai tepat pada waktunya. 


Tren yang kitorang naik ni nama nya "Limited Express Haruka". Tren ni ada tempat letak beg. Tak semua tren akan sediakan ruang penyimpanan beg. Jadi korang google la dulu k tren apa yang sediakan ruang untuk letak beg yang besar mcm kitorang ni kan hehe.


Korang leh dapatkan info pasal luggage ni kat sini http://www.japan-guide.com/e/e2274.html


Dah sampai stesen Shin-Osaka, moh la kita bertukar ketapi plak. Kali ni kita naik tren nama "Sakura 555". Kalau tak silap yang ini jenis shinkasen (bullet train). Kat Jepun ni memang kena banyak berjalan, turun naik tangga. Kalau berlenggang tu kira ok la juga tapi bayangkan kalau kena turun naik tangga dengan beg besar?? Tak ke azab dibuatnya ....

Kalau diperatikan orang-orang jepun ni, derang mesti akan bawa satu beg ke mana aje. Tak kira la yang nak pegi keje ke, nak jenjalan ke, especially yang lelaki. Mesti ada satu beg dengan derang. Tak tahu la apa isi dalam tu, nak cakap bawa laptop macam xde ghope pun ada laptop dalam tu. Agaknya style la kot kan.


Jangan risau, sumer maklumat destinasi, masa dan jenis tren dalam bahasa inggeris.
So, takde la susah sangat kan.


Pemandangan landasan ketika itu. Mesin air bersepah-sepah. 
Pastikan korang berdiri di track yang betul supaya x kelam kabut nak cari seat nanti.


Yeay, tren dah sampai!
Nampak pakcik dalam bulatan tu?
Itu adalah tukang bersih ketapi.
Aku peratikan kalau ketapi yang perjalanan nya jauh, akan ada tukang bersih ketapi ni.
Mereka akan pastikan takde sampah yang ditinggalkan penumpang sebelumnya.
Tingkap di lap supaya sentiasa nampak berkilat je.


Keadaan di dalam tren Sakura. Bersih je kan. 


Sangat selesa dan luas. Masih boleh letak beg kat depan kita.


Teman berborak sepanjang perjalanan dari Shin-Osaka ke Hiroshima.
Ok jangan ditanya butir perbualan. Agak susah juga nak berkomunikasi tapi masing-masing dengan gigih dan berusaha untuk berborak juga. Hahaha sudahnya, lain yang ditanya, lain yang dijawab. Jadi la daripada bosan tak wat pape dalam tren.

Lebih kurang jam 1:56 petang, kami tiba di Hiroshima Station.

Kos perbelanjaan:-
1. Roti - 324 yen
2. Air starbuck - 216 yen

Nota Jemari: sambung nanti la ek ..... :p

4 comments:

Jari Manis said...

Yeayy..entry versi Ako dah kuar..bila tgk perjalanan Ako ni teringat perjalanan JM ke kansai ni..sama je cuma bezanya dari kansai kami ke Shin-OSaka - Tokyo...best..best..tak sabar nk tunggu view di Hiroshima tu..ohh..rindu sama Jepun..kalau lah byk duit..*** kalau je lah huhuh

anakomak said...

Kan JM kan... kalau la banyak duit, tetiap tahun nak coti ke jepun lagi hahahaa....

*verangan je arr

Sis Lin said...

Nasib baik tulis entry dlm bahasa malaysia, klu bahasa jepun aku pun x faham hahahaaaaaa :p

anakomak said...

Cessss sis lin.. bkn takat ko x pham.. aku pun x reti nk tulis dlm bahasa jepun hahaha