GENG KAMIE KE HATYAI - DAY 2     GENG KAMIE KE HATYAI - DAY 2

GENG KAMIE KE HATYAI - DAY 2

Jom sambung hari kedua plak..

Ya allah dah setahun hapdet day 1 citer Hatyai ni. Boleh baca kat sini cerita Day 1. Kita cuba hapdet day 2 yg dah jadi tukun dalam draf ni 🤣🤣 dengan harapan memori ni masih bole recall la ye kisah hari kedua tu😅😅 Dan harapnya masih bole jadi rujukan la ye untuk korang yang nak pegi "mengopi" lagi tu 🤪

~~~~~~~~~~~~~~
Sarapan.. ermm lupa plak bkfs kat mana pagi tu. Hahah kalau tak silap kat kedai sebelah hotel je. Tak nak g jauh jauh sebab dah janji dengan driver (wah ada driver tau kat Hatyai..curlass 🤣🤣) nak pick up bawa kitorang jalan jalan pusing-pusing hatyai-sarmila. 

Cerita lagi detail korang boleh juga baca di blog Carneyz & SisLin (eh laaa kakak ni pun 2x5 masih stuck kat kl sentral rupanya ye🤣🤣 ke x sampai² kl sentral lagi?)

Info : untuk driver, boleh contact Sulaiman
(whatsapp +66 89 978 2987); Abdullah (whatsapp +66 63 581 0360)


Lepas bekfes ada lagi masa, lepak la dulu kat lobi. Sempat lagi la kita membuang hajat hajat yang perlu hahah🤭


Dah selesai buang hajat, kita buang duit plak di Kim Yong Market. Ye betul, awal awal pagi kami minta driver hantar kan ke pasar dulu. Pasar ni better pergi awal pagi. Masih fresh dan orang pun tak ramai, so selesa sket nak memborong dan tawar menawar.

Dalam pasar ni kitorang takde specific kedai ye. Terpulang masing masing nak singgah kedai mana satu sebab rata rata barang jualan sama je lebih kurang. Nak kata bole dapat murah kat certain² kedai, bagi ako sama je. So kalau korang masuk satu lorong , dah nampak kedai kacang², terus je la beli. 


Derang tu kalau bab menghabiskan duit memang laju je haha especially yang hujung sekali tudung coklat tu 🤣🤣🤣

Dah dah moh lekaih, banyak lagi tempat kita nak tuju untuk hari kedua ni.

Info: Sejak Hatyai dilanda banjir hujung tahun lepas, banyak tempat termasuk kimyong market ni terpaksa diubahsuai semula. Jadi ako pasti mesti dah cantek kemas sket pasar ni. Eventhough, gerai kaitod meena kat tepi pasar ni pun dah makin besar dan selesa ye sekarang.


On the way ke Kaysorn. Masa ni first time la dapat merasa naik kereta EV. 😉 Dan tak terpikir plak suatu hari kita plak dapat memandu kereta EV 🤣🤣

Disclaimer: seterusnya akan penuh dengan gambar, sila bertabah untuk meneruskan pembacaan atau bole terus pangkah untuk ke blog orang lain 🤣🤣


Shopping?? Pagi pagi dah soping? Haha well, ini situasi biasa bila dah sampai HatYai. Aktiviti menyoping adalah xtvt utama sebenarnya untuk trip bersama 'anakomak' 🤣🤣🤣 so jangan tertipu bila katanya nak 'mengopi' sahaja ye. 

Maka nya ke Kaysorn la kami. Antara tempat wajib singgah kalau korang tengah mencari souvenir untuk dibawa pulang sebagai kenangan atau untuk sedara mara, kawan kawan mahupun jiran tetangga. Sesungguhnya bila dah jejak situ, kebarangkalian korang takkan jumpa jalan keluar kalau tiada yang membantu ke jalan yang lurus hahahah.

Kat bawah ni biar gambar je berbicara. Ako pasti korang tak perlukan subtitle untuk setiap gambar tu😝











Puas dah diorang soping, ha moh la kita ke tempat photog plak. Tempat yang satu ni dah macam tempat wajib bergambar. Pernah sekali merasa solat kat situ. Besar ye dalaman masjid nya. Ruang solat wanita pun luas apatah lagi kalau ruang solat lelaki kan.

Tapi kali ni kita just snap kat luar masjid je la ye sebab masih di awal pagi kan.



Belakang tu kan masjid songkhla.. lebih terkenal di kalangan lelaki malaysia 🤣🤣😝. Bukan sebab datang nak solat je malah paling utama diorang datang nak menikah. Ha betul la tu, masjid tu la tempat derang menikah diam diam belakang tabir eh eh 🙈 

Kami bukan nak tengok orang menikah. Kami datang nak bergambar je. Nak fefeling macam pergi india, ala-ala depan taj mahal... konon nya la. Ntah camne ghope taj mahal nya pun ako x pasti sebab ahkak ko ni belum jejak lagi india 🤣


Kemudian kami ke SeaVerse Cafe yang terletak berhadapan je dengan masjid tadi. Masuk sini kena bayar dalam 30 baht tapi tak sure kot sekarang harga dah naik ke kan. Cafe ni bukan setakat cafe je tau. Kat dalam tu ada pelbagai tempat korang boleh ootd. Memang sesuai sangat untuk korang yang suka posing posing kan. 


Cuaca sangat membantu dari segi pencahayaan untuk bergambar 🤣🤣


Yang korang nampak macam rumah rumah tu adalah kedai kedai souvenir ye.


Nasib baik masa kami ke sana, orang tak ramai. Kalau sebelum ni, tiap kali ako ke situ, bersesak dengan pelancong pelancong. Jadi agak susah nak dapat spot gambar yang clear.


Tempat yang satu ni takde dalam plan list asal. On the way ke Sarmila, driver tanya nak lepak atas bukit tak? Kitorang on aje haha. Good Mountain Cafe ni memang betul betul atas bukit ye. Dan dia macam tersorok sikit. Mostly orang local je tau area tu.


Plan memang nak snap snap gambar je. Sebab view dia masyallah memang cantek sangat.


Tapi kan kat situ nak snap snap gambar kena la order dulu. Maka nya kami pun order la 4 gelas air.... kelapa, juice apantah n air peach kot rasanya tu. Ala buat ghaso ghaso hilangkan dahaga sket.


Sementara tunggu air siap, bole la kita berposing posing kat tempat yang disediakan. Memang sesuai untuk healing healing tau!


Kalau tengok sunset mesti cantek kan pemandangan nya tu.


Dah puas lepak atas bukit, moh la kita ke Samila Beach. Panas berdenting oii😅😅


Panas weii panass haha tapi dah sampai situ wajib la bergambar dengan ikon arca golden mermaid kat hujung pantai tu. Korang nampak tak mana satu mermaid nya tu? 😆😆


Masa ke Hatyai tahun 2024 dan awal 2025 buaian ni takde lagi. Kebetulan datang ngan diorang ni eh ada plak buai, jom la kasi chance carneyz naik 😝

Aktiviti lain nya korang boleh piknik dan naik kuda tau. Uyum pernah naik kuda kat situ. 


Lunch time!! 
Kitorang makan di DimSum Chabura yang terletak betul betul sebelah Samila Beach. 


Cawangan yang ini agak luas sket banding dengan yang di pekan Hatyai. Ada ruang makan bahagian dalam (aircon) dan juga bahagian luar.


Tempat masak diorang terletak di bahgaian luar.


Begitu juga letaknya pelbagai jenis dimsum tersusun rapi berdekatan dengan tempat masak tadi.

Konsepnya pilih je dulu jenis dimsum yang korang nak makan, lepas tu nanti bole bagi kat budak yang jaga kat situ. Nanti diorang akan stim kan untuk kita. Dah siap dia akan terus hantar ke meja.


Dalam masa yang sama korang boleh la juga order menu selain dim sum.


Tomyum ni memang sedap la, asli dari sana kan. Rugi kalau g siam tak order tomyum.


Daging bakar ni pun antara menu wajib yang ako akan order. 


Ketam rebus pun wajib!! 


Yang ini biasa je la kan nasi ayam butter.


Perut kenyang, hati hepi. Mata memgantuk 🤣🤣

Dari Songkhla kami minta driver hantarkan dulu ke hotel. Setelkan solat, sempat la ako mandi dan tukar baju dulu.


Petang lepas asar baru kitorang gerak semula ke Khloang Hae Floating Market.


Kali ni kitorang pergi tak crowded sangat. Memang chill² je masing masing.



Macam macam ado. Eh baru lepas makan kan tapi tetap la nak membeli juga. Kat sini dah boleh guna QR ye untuk pembayaran. So kalau takde duit kecil dah tak yahnak pening pening cari duit tukar. Semua pun online je sekarang ni.


Air dalam buluh tu antara yang wajib kena beli tapi berbaloi tak? Haha untuk pertama kali nak merasa, berbaloi je beli. Untuk dah pergi banyak kali ni.. ko beli je la air dalam bekas cawan plastik tu hahaha. Air dalam buluh ni nampak mcm panjang kan tapi ekceli sket je tau. Kalau dapat buluh yang dalam nya ke dalam ok la tp mostly pangsa buluh tu pendek je pun.. air pun dah tmbh ngan ais, jadi ciput je 😅



Memandangkan macam tak puas lagi makan hahaha jadi kitorang minta driver hantarkan ke Hatyai Festival Center. Kali ni kami beli untuk makan malam kat bilik hotel je. 


Dan kami akhiri hari kedua Mengopi di Hatyai dengan soping soping di 7 eleven.  Masa kami ke sana, 7-e ni adalah yang terbaru dibuka berdekatan dengan Lee Garden Market. Lebih tepat ia terletak bersebelahan dengan Aloha Hotel. So buat korang yang menginap sekitar lee garden, lepas ni bole la menuju 7e yang bole dikira antara terbesar di sana.

Alhamdulilah berjaya juga tamatkan citer hari kedua Hatyai ni 🤣🤣

Nota Jemari : throwback setahun lepas😅😅

Post a Comment

0 Comments