![]() |
| .:Exit tol Gambang, korang akan nampak signboard ni sebelah kanan, so kena la U-turn ye untuk ke resort tu:. |
Berbalik citer team building department ako, kali ni kami memilih untuk ke Mangala Estate Boutique Resort yang terletak di area Gambang. Yes keluar je tol gambang dah boleh jumpa signboard dan jalan masuk ke resort ni.
Seperti yang korang sedia maklum, pagi Jumaat tu ako dah gerak ke sana. Tapi sempat la singgah sarapan dulu di Lemang To'Ki yang terletak di daerah Bentong.
Dari Bentong ke Resort ambil masa lebih kurang sejam 30 minit camtu la. Alhamdulilah perjalanan kami lancar. Kami konvoi 2 buah kereta. Kami selamat sampai di resort dalam jam 12:40 tengahari. Dan kebetulan mereka yang naik bas pun baru je sampai juga kat situ.
Resort ni terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit ye haha. Jadi on da way nak masuk tu memang kiri kanan penuh pokok pokok kelapa sawit.
![]() |
| .:Wajib la kan pose depan entrance lobi dulu:. |
Sampai-sampai je sepatut nya terus lunch dulu tapi sebab kami awal, maka nya kena melepak kejap kat lobi dulu.
Sementara menunggu tu, moh la kita ronda ronda sekitar apa yang menarik dalam resort tu kan. Al-maklum resort ni dah le terletak dalam ladang kelapa sawit, so jauh dari jalan besar. Sekelilingnya harus la dipenuhi pokok pokok pelbagai jenis, macam hutan gitu TAPI kat tengah tengah resort ni ada tasik ye. Besar dan dalam juga tasik nya tu. Sangat mendamaikan. Memang sesuai untuk mereka yang nak berbulan madu sekali lagi 🤣🤣 . Untuk family pun sesuai sebab banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan juga remaja.
Pool dan tasik ibarat bersatu. Tasik dia ada 2 tapi yang ni ako tak pasti samada tasik ni memang bercantum dengan yang satu lagi atau memang dia ada 2 tasik 😅
Ada bilik-bilik yang terletak mengelilingi tasik ni. Dan ada juga bilik di atas tasik. View memang cantek pagi-pagi. Kicauan burung sambil menikmati kopi di tepi kolam.. perghh nikmat berbulan madu.. eh eh hahaha 🤣🤣
Boleh guna basikal ni keliling resort. Jauh tau sebab kawasan dia luas sangat so memang berbaloi korang guna basikal untuk pusing pusing resort tu. Dan paling best ianya PERCUMA.
Pelbagai jenis basikal ada.. untuk dewasa, untuk kanak-kanak malah untuk bawa baby pun ada juga ye. So kalau bawa family naik basikal petang- petang memang syiok la kan.
Nak main basketball pun ada.
Nak main mahjong pun ado 😆 , carom pun ado. Selain tu pelbagai jenis permainan kad seperti cludo, UNO, etc.
Kids playroom pun ada juga tersedia. Sesuai sangat untuk anak-anak korang yang suka kan indoor port. Dalam ni memang sejuk , memang jadi pilihan especially bila cuaca tengah panas terik.
Bilik board game. Bole duduk baca buku juga kat situ. Ada juga table tennis, gelanggang bola tampar dan juga badminton.
Di hujung tasik lagi satu, ada aktiviti lain juga seperti memanah, petanque, berakit dan kayak.
Boat paddling. Haha panas terik pun tetap layan je la kan. Semua aktiviti ni adalah PERCUMA.
Teringin juga berkayak tapi ako takut tenggelam plak kayak nya tu kalau ako yang naik 🤣🤣🤣 Jadi nya kita bagi chance je la kkat adik adik yang muatan kurang dari 100kg tu hahhaa.
Ha amacam view kelapa sawit? 🤣🤣🤣 tenang je kan tapi tenang tenang pun kena gak berjaga-jaga 😅 ako ni dah le macam macam terpkir lam kepala tapi kita simpan je kebarangkalian tu dalam diri dendiam. Dengan doa semua nya lancar ye sepangang 3hari 2malam kat situ 🤪
Ok ok jom tengok bilik plak.
Kat situ ada macam-macam jenis villa.
Yang ako dapat tu villa Amari nama nya. Yang ni kedudukan nya terletak paling dekat ngan entrance. So view bilik or pool ada lah pokok pokok jambu, pokok bunga dan apa ntah lagi nama pokok pokok nya tu 🤪
Ako dapat bilik yang ada pool ye kat dalam bilik. Oh ye, villa kat situ terbahagi kepada with pool or without pool dalam bilik. Of coz harga pun lain lain la kan setiap bilik 😅
Bilik 2-single bed.
Ruang rehat or ruang tv sangat luas ye. Ini kalau bawa toto memang muat 4 orang anak tido kat bawah tu🤣🤣 Nampak tak vibe 'mak-mak' punya pemikiran kat situ terserlah.
Buka pintu tepi ruang rehat tadi terus nampak pool ye. Ini pool bukan macam kat hibiscus ye. Panjang pool memang puas la kalau nak berenang kuak lentang hatta kupu kupu sekali pun. Cuma dia tak dalam sangat ye, hanya 1.2meter sahaja tapi not bad la, dapat gak ko menelentang atas air ye haha.
Depan memang hutan ye. Bole la ko cari ilham sambil mendengar kicauan burung, unggas bersiul-siulan, eh cop unggas bersiul ke haha. Ok abaikan.
Ya allah toilet sangat luas. Boleh berkejar-kejaran ye dalam tu. Sinki pun ada 2 so tak payah nak berebut laki bini 😝
Paling best bathtub sangat besar. Bole la berendam lakibini eh eh betul la kan, dah kata sesuai untuk honeymoon semula 🤣🤣
Shower dia best! Air pancut sangat kuat. Puas mandi.
Nak 'cari ilham' kat sini pun sesuai 🤣🤣
Ammenities lengkap, berus & ubat gigi ada. Losyen, sabun mandi, syampu semua pun brand L'occitane Ok!! 😉
Cuma kan toilet nya tu can see thru la ye. No langsir, no tingkap. Just dinding kaca yang terbentang luas. Haha silap silap si monkey pun hai hai kita tapi dah tanya pekerja situ, so far memang takde monyet kat situ. Tapi kan hotak ako memang akan pikir kebarangkalian lain seperti cik T, cik U, cik Squirrel🤣🤣
So kalau korang nak stay sana, sila la bawa extra baju mandi ke or kain basahan ke or apa² je la untuk mandi.
Ohh lagi satu, ada sesetengah bilik, bathtun dan shower memang di bahagian luar ye. Tanpa ada dinding haha so kalau yg ada kaca pun ako dah seriau apatah lagi yang xde pape tu kan 😅🙈
Pandai-pandai la korang pilih bilik.
Snek and kupi in the room. Complimentary semua nya ye.
Selamat mengupi buat penggemar kopi.
Ruang meja belajar eh ruang bekerja yang luas dan selesa juga.
Iron & iron board ada!! Yeay ini yang penting buat ako sepanjang kat sana sebab memang sumbat sumbat baju & tudung yang perlu di gosok ye. 🤣🤣
Last but not least, sejadah pun ada disediakan. Alhamdulilah...!!
So , untuk yang nak merasa staycation kat situ, boleh la layari website Mangala Estate.
Nota Jemari: spa pun ada tau kat situ.. kot la kan nak bermanja-manjakan diri.



































0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com