![]() |
| .:peminat teater mesti pernah jejak tempat ni:. |
Semalam punya citer ni.. Boss nak banjer sorang staff yang nak sambung study. So kira makan² sempena farewell dia la ni. So tukang cari tempat makan of coz la ako dan shiqah si secretary. Dan of coz la ikut citarasa kitorang la kan 🤣🤣😂
Asalnya nak makan kat Banglo 289 di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS). Tapi tiba tiba yang lelain macam tak nak makan nasi berlauk. Jadi kita usaha cari tempat lain dan terjumpa plak dengan RUAI, sarawak cuisine. Ha menarik kan. Moh la kita booking.
Lunch semalam menapak la kami ke BSAS yang berhadapan dengan dataran merdeka. Sebagai "tour guide" harus la ako yang mendahului ke sana terlebih dahulu kan🤣🤣
Maka berjalan kami berdua sambil sambil "playing a tourist" gitu hahaa. Cuaca sangat bagus. Tak panas... memang syiok la kami berjalan tengahari semalam.
BSAS ni asalnya dulu ada pejabat pos, mahkamah dan beberapa opis kerajaan yang lain dibawah kementerian kebudayaan tak silap.
Just to share, Six Blocks of BSAS Complex
Bangunan Sultan Abdul Samad:-
- Pejabat Pos Besar Lama
- Bangunan Mahkamah Tinggi Lama
- Panggung Bandaraya
- Pejabat Ukur FMS Lama
- Muzium Tekstil Negara
Rujukan :
Kali kedua jejak sini selepas yang makan² ngan Fanny tempoh hari. Tak silap carney ada blog kan kisah makan di Kaw Kaw Kopitiam bersama fanny.
Pilihan kami nak malan di RUAI kan. Restoran ni terletak di tingkat 1, blok yang ketiga, yang paling hujung berdekatan dengan perpustakaan kuala lumpur.
RUAI ni terletak paling hujung bangunan ye. Sepanjang laluan ke RUAI, ko akan nampak Banglo 289, Tanhill, Saudagar then baru la ko jumpa RUAI.
Welcome to RUAI, HOME FOR SARAWAK. Ako dah lama tak makan makanan sarawak ni. Kalau dulu zaman muda mudi memang tiap tahun akan jejak Kuching. Rasa dah lebih soploh tahun tak bercuti ke borneo. Lebih lebih lagi bila harga tiket 'belon" pun kemain mencanak naik nya 😅😅 dah serupa ko pergi Indon. So baik ako jejak luar negara dulu kan... (haha jangan kecam statement ni 🤭)
Ok back to RUAI, masuk masuk je ko dah nampak bar station ni a.k.a tempat diorang buat air la ye.
Ruang kedai ni ekceli bersambung ye dengan restoran yang lain. Tiada dinding hanya dipisahkan dengan lantai or cahaya lampu yang berbeza je. So if tersalah masuk pintu, jangan risau, masih boleh ke kedai sebelah dari dalam. Rata rata restoran situ takde la besar sangat ye. Macam di RUAI, memandangkan kami dalam 10 orang, jadi agak sempit juga la ye bagi kumpulan kami.
![]() |
| .:with my section team, missing Aaron & Song:. |
Tapi apa ada hal kan hahaha kita kecilkan je la badan memasing 🤣🤣🤣
Yang diraikan, Ali the cutie bear haha (orange), All the best Ali and Congrats on your wedding! Cheers to a great journey together 🥰🥰
Air mineral pun dari Borneo.. asal memang dari Kuching Sarawak tapi kilang diorang dah ada kat Semenanjung iaitu di Bentong Pahang.
Ada beza tak air mineral borneo dengan yang lain? Haha kalau nak tau , kena la rasa sendiri😜
Ok la jom tengok menu apa yang kitorang order aritu. Rata rata kami just order Mee Kolo & Laksa Sarawak , memandangkan sume tak nak makan nasi kan. Tapi kami tetap nak cuba juga beberapa jenis lauk.
Mee Kolo authentic from Sarawak. Rasa ako x yah la bagi penerangan detail ye untuk setiap menu sebab kalau tak silap carney pun ada posting mengenai RUAI ni kan. Cuma ako just nak kongsi sedap ke idok makanan kat situ je la ye. Untuk mee kolo ni bagi ako ok sebab ako memang suka mee yang takde sup. Cuma kan cuma kan yang ini macam terlalu kering plak kat tekak ako. Daging dia lembut, thumbs up kat situ.
Honestly ako lebih suka mee kolo goreng 🤣🤣 first time ako makan kat food court Tun Jugah Mall tapi ako rasa kedai tu macam dah tutup. So far belum jumpa lagi mee kolo goreng sesedap macam yang ako pernah makan dulu tu 😅
Tambah plak tengok sambal belacan pun tak menarik sangat kat mata ako 🤭
Sayur midin goreng. Weii ako suka la cara masakan midin ni. Ranggup betul terbayang macam makan bayam goreng kat bandung tempoh hari🤣 Yang lelain pun setuju dengan masakan midin ni. Sampai berlumba memasing meratah ye haha.
Ayam pansuh ni honestly bukan favorite ako. Maybe sebab rasa rempah? Halia? Haha ako pun x pasti rasa apa tapi memang tekak cannot go la🙈 so kita let it go je la kat orang lain haha.
Overall kitorang semua suka je makanan kat RUAI. Kalau ada rezeki lagi, boleh cuba menu yang lain plak kan😁
Tempat ni is open bar gitu. Ko masuk je cafe terus ko bole nampak barista dia tengah making the tea.
Dah setel lunch, diorang nak mengopi plak. Tapi kali ni kita minum matcha or green tea di Niko Neko.
Untuk peminat macha, bole la try cafe ni. Terletak di bangunan yang sama dengan RUAI, tapi di ground floor bersebelahan dengan pejabat pos lama.
Ahkak ko ni bukan peminat teh ijo. Haha ku rasa macam minum rumput or sayur plak... ampunnn peminat² teh ijo/matcha dan seangkatan dengannya. Tekak i is cannot telan. 😅😅
Selain minuman, ada juga diorang jual pelbagai jenis eskrem matcha. So kalau korang rasa nak manis manis mulut (tapi matcha manis ke?😅), bole la try eskrem dia juga.
Tadi ako dah cakap cafe niko ni bersebelahan dengan pejabat pos kan? Well ekceli, konsep bangunan ni, ko bole tembus je dari dalam untuk ke kedai sebelah menyebelah 😅
Btw, agak agak derang kenal tak peti surat camni? Hahaa masih function ye peti ni, kawasan kuala lumpur vs luar kawasan kuala lumpur.
Selain itu terdapat juga tarikan seperti mesin gambar suratkhabar ni. Sekarang ni macam trend plak muka masuk paper ye. Harga sekeping gambar suratkhabar ni adalah RM20. Tapi template dia tak banyak pilihan. Pelancong² memang suka bergambar tyle gini. Haha masa kat Jakarta/Bandung aritu memang ada plan nak masuk koran sana tapi end up memasing terlupa 😆😆
Last but not least, kalau tak makan situ, memang takde nya nak snap depan BSAS ni 🤣🤣
Thank you Ikmal sebab belanja...
Babai Ali, semoga terus success...
Dah jom balik opis....
Nota Jemari: thank u baca coretan hari ini, ini kisah sebelum gigi sakit





























1 Comments
Lawatan sambil makan2 di BSAS. Dah sampai juga hari tue. Tapi tak explore banyak area pun.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com