FAREWELL AT RUAI @ BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD     FAREWELL AT RUAI @ BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

FAREWELL AT RUAI @ BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

.:peminat teater mesti pernah jejak tempat ni:.

Semalam punya citer ni.. Boss nak banjer sorang staff yang nak sambung study. So kira makan² sempena farewell dia la ni. So tukang cari tempat makan of coz la ako dan shiqah si secretary. Dan of coz la ikut citarasa kitorang la kan 🤣🤣😂

Asalnya nak makan kat Banglo 289 di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS). Tapi tiba tiba yang lelain macam tak nak makan nasi berlauk. Jadi kita usaha cari tempat lain dan terjumpa plak dengan RUAI, sarawak cuisine. Ha menarik kan. Moh la kita booking.


Lunch semalam menapak la kami ke BSAS yang berhadapan dengan dataran merdeka. Sebagai "tour guide" harus la ako yang mendahului ke sana terlebih dahulu kan🤣🤣

Maka berjalan kami berdua sambil sambil "playing a tourist" gitu hahaa. Cuaca sangat bagus. Tak panas... memang syiok la kami berjalan tengahari semalam.


BSAS ni asalnya dulu ada pejabat pos, mahkamah dan beberapa opis kerajaan yang lain dibawah kementerian kebudayaan tak silap.

Just to share,  Six Blocks of BSAS Complex
Bangunan Sultan Abdul Samad:-
  1. Pejabat Pos Besar Lama
  2. Bangunan Mahkamah Tinggi Lama
  3. Panggung Bandaraya
  4. Pejabat Ukur FMS Lama
  5. Muzium Tekstil Negara
Rujukan : 


Kali kedua jejak sini selepas yang makan² ngan Fanny tempoh hari. Tak silap carney ada blog kan kisah makan di Kaw Kaw Kopitiam bersama fanny. 

Pilihan kami nak malan di RUAI kan. Restoran ni terletak di tingkat 1, blok yang ketiga, yang paling hujung berdekatan dengan perpustakaan kuala lumpur. 




RUAI ni terletak paling hujung bangunan ye. Sepanjang laluan ke RUAI, ko akan nampak Banglo 289, Tanhill, Saudagar then baru la ko jumpa RUAI.


Welcome to RUAI, HOME FOR SARAWAK. Ako dah lama tak makan makanan sarawak ni. Kalau dulu zaman muda mudi memang tiap tahun akan jejak Kuching. Rasa dah lebih soploh tahun tak bercuti ke borneo. Lebih lebih lagi bila harga tiket 'belon" pun kemain mencanak naik nya 😅😅 dah serupa ko pergi Indon. So baik ako jejak luar negara dulu kan... (haha jangan kecam statement ni 🤭)


Ok back to RUAI, masuk masuk je ko dah nampak bar station ni a.k.a tempat diorang buat air la ye. 


Ruang kedai ni ekceli bersambung ye dengan restoran yang lain. Tiada dinding hanya dipisahkan dengan lantai or cahaya lampu yang berbeza je. So if tersalah masuk pintu, jangan risau, masih boleh ke kedai sebelah dari dalam. Rata rata restoran situ takde la besar sangat ye. Macam di RUAI, memandangkan kami dalam 10 orang, jadi agak sempit juga la ye bagi kumpulan kami.

.:with my section team, missing Aaron & Song:.

Tapi apa ada hal kan hahaha kita kecilkan je la badan memasing 🤣🤣🤣


Yang diraikan, Ali the cutie bear haha (orange), All the best Ali and Congrats on your wedding! Cheers to a great journey together 🥰🥰


Air mineral pun dari Borneo.. asal memang dari Kuching Sarawak tapi kilang diorang dah ada kat Semenanjung iaitu di Bentong Pahang.

Ada beza tak air mineral borneo dengan yang lain? Haha kalau nak tau , kena la rasa sendiri😜

Ok la jom tengok menu apa yang kitorang order aritu. Rata rata kami just order Mee Kolo & Laksa Sarawak , memandangkan sume tak nak makan nasi kan. Tapi kami tetap nak cuba juga beberapa jenis lauk.


Mee Kolo authentic from Sarawak. Rasa ako x yah la bagi penerangan detail ye untuk setiap menu sebab kalau tak silap carney pun ada posting mengenai RUAI ni kan. Cuma ako just nak kongsi sedap ke idok makanan kat situ je la ye. Untuk mee kolo ni bagi ako ok sebab ako memang suka mee yang takde sup. Cuma kan cuma kan yang ini macam terlalu kering plak kat tekak ako. Daging dia lembut, thumbs up kat situ. 

Honestly ako lebih suka mee kolo goreng 🤣🤣 first time ako makan kat food court Tun Jugah Mall tapi ako rasa kedai tu macam dah tutup. So far belum jumpa lagi mee kolo goreng sesedap macam yang ako pernah makan dulu tu 😅


Laksa sarawak ni kuah dia macam kureng sket kat tekak ako. Maybe sebab ianya terlalu rasa rempah dan kurang berlemak kot 🤣🤣 Kita suka style yang macam carney buat haha or macam yang kat Dapur Sarawak tu.


Tambah plak tengok sambal belacan pun tak menarik sangat kat mata ako 🤭 


Sayur midin goreng. Weii ako suka la cara masakan midin ni. Ranggup betul terbayang macam makan bayam goreng kat bandung tempoh hari🤣 Yang lelain pun setuju dengan masakan midin ni. Sampai berlumba memasing meratah ye haha.


Ayam pansuh ni honestly bukan favorite ako. Maybe sebab rasa rempah? Halia? Haha ako pun x pasti rasa apa tapi memang tekak cannot go la🙈 so kita let it go je la kat orang lain haha.


Umai ni sedap!! Lembut betul ikan dia. Ok yang ini of coz dah dimodenkan sket ye cara hidangan nya tu. Pape pun umai asli juga the best ya. Yang ini dah macam.ghope pepes or otak-otak 😅😅

Overall kitorang semua suka je makanan kat RUAI. Kalau ada rezeki lagi, boleh cuba menu yang lain plak kan😁

Dah setel lunch, diorang nak mengopi plak. Tapi kali ni kita minum matcha or green tea di Niko Neko.


Untuk peminat macha, bole la try cafe ni. Terletak di bangunan yang sama dengan RUAI, tapi di ground floor bersebelahan dengan pejabat pos lama.


Ahkak ko ni bukan peminat teh ijo. Haha ku rasa macam minum rumput or sayur plak... ampunnn peminat² teh ijo/matcha dan seangkatan dengannya. Tekak i is cannot telan. 😅😅


Tempat ni is open bar gitu. Ko masuk je cafe terus ko bole nampak barista dia tengah making the tea.


Selain minuman, ada juga diorang jual pelbagai jenis eskrem matcha. So kalau korang rasa nak manis manis mulut (tapi matcha manis ke?😅), bole la try eskrem dia juga.


Tadi ako dah cakap cafe niko ni bersebelahan dengan pejabat pos kan? Well ekceli, konsep bangunan ni, ko bole tembus je dari dalam untuk ke kedai sebelah menyebelah 😅


For those yang tak pernah jejak pejabat pos, this is your opportunity la untuk mengenali apa yang ada di dalam pejabat pos. Of coz yang ini more to kedai pejabat pos yang menjual pelbagai jenis lokal produk. Tapi dalam masa yang sama korang bole belajar tentang sejarah pejabat pos serta tugas tugas nya. 


Rugi kan budak budak zaman sekarang tak dapat merasa fefeling dapat surat cinta sambil menunggu abam posmen pin pin depan rumah 🤣🤣 arghh rindu nya zaman tu haha. 

Btw, agak agak derang kenal tak peti surat camni? Hahaa masih function ye peti ni, kawasan kuala lumpur vs luar kawasan kuala lumpur. 


Selain itu terdapat juga tarikan seperti mesin gambar suratkhabar ni. Sekarang ni macam trend plak muka masuk paper ye. Harga sekeping gambar suratkhabar ni adalah RM20. Tapi template dia tak banyak pilihan. Pelancong² memang suka bergambar tyle gini. Haha masa kat Jakarta/Bandung aritu memang ada plan nak masuk koran sana tapi end up memasing terlupa 😆😆


Last but not least, kalau tak makan situ, memang takde nya nak snap depan BSAS ni 🤣🤣

Thank you Ikmal sebab belanja...
Babai Ali, semoga terus success...

Dah jom balik opis.... 

Nota Jemari: thank u baca coretan hari ini, ini kisah sebelum gigi sakit

Post a Comment

23 Comments

  1. Lawatan sambil makan2 di BSAS. Dah sampai juga hari tue. Tapi tak explore banyak area pun.

    ReplyDelete
  2. byk juga tmpt mkn dkt Bangunan Sultan Abdul Samad tu...sayur midin tu fav juga ..1st time mkn dlu time outstation kt sabah ...cantik cafe ruai ni

    ReplyDelete
  3. Che mek suka la air matcha tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe bdk² mmg suka...uyum pun fav dia juga matcha tu

      Delete
  4. Kira macam ada hikmahnya juga lah kat makan RUAI tu dapat jugak bergambar dengan bangunan ikonik KL ni. Mostly orang yang tak minum matcha/green tea mesti bila minum cakap macam rasa rumput. Maknanya pernah minum air rumput ke camne. hihi..gurauuuu....
    Tak pernah lagi makan mi kolok. Apa entah rasa dia ek. Sayur kalau sedap, syok meratah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia camni... rasa² tu mcm buat jus sayur.. pastu ada serdak²serbuk ijo tu, kalau silap bole tersekat kat tekak terus auto rs mcm makan rumput 🤣🤣

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Baca post ni tetiba rindu umai.. Last makan masa zaman sekolah menengah kot.

    btw, cantik deko kedai ni. Vibe2 T20 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan kita pun rindu plak nak makan umai homemade hahah

      Delete
  6. Tak try pulak laksa Sarawak dieorg hari tu. Tapi mee kolok tu mmg kering, lebih prefer yg ada sup. Ayam pansuh tu mmg gitu la rasanya kak Ret hahaha! Mungkin org Sarawak je yg appreciate keaslian rasa pati ayam tu kot 😜 patut cuba angus bakar tu tapi kot2 la ada yg tak suka belacan mmg kureng la macam kakak saya. Saya suka je, sbb aroma belacan tu takde la kuat sangat pun sampai tenggelam rasa daging angus tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo tp k ret pernah cuba manok pangsu masa g sarawak culture village tu.. so far yg kat situ ok rasa nya hehe...

      Delete
  7. Menarik juga makanan kat situ. Makan ramai2 pulak lagi syok.

    ReplyDelete
  8. Boleh kongsi makan. Tidak suka beri pada orang lain makan 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kami pun kongsi² makanan hari tu.. buat rasa sorang sikit...

      Delete
  9. Bagus orang luar juga datang sini kann (contoh : aku) hahahaha.. nanti sila bawa Saya ke sini yaaaa, sebab nak amik gambo di tengah jalan tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa bole² insyallah ada rezeki leh bawa ko g situ

      Delete
  10. saya teringin nak OOTD kat sini..cuma so far lom ada kesempatan..thanks for sharing psl tmpt mkn2 kat bangunan ni...nice sgt la bangunan ni as background view

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa ye MZ nnt kalau ada peluang jejak situ, amek gmbr byk² tau.... mmg cantek view esp kalau cuaca cerah mmg cantek sgt

      Delete
  11. Pas baca review dari Karni, saya dah niat mau DTG ke ruai ini dengan Raka kak. Nak coba, apalagi saya memang penggemar laksa Sarawak dan mi Kolok. Tp teringin nak coba menu Sarawak lain.

    Sayangnya ayam pansuh kurang yaaa, kalau terlalu strong jahe, saya pun tak bisa makan. Sebab tak terlalu suka jahe atau halia.

    Niko neko macam pernah denger, ternyata di JKT ada, tp pop up store. Tak tahulah dah selesai atau belum kontraknya. Cuma tak niat coba, Krn tak suka matcha 🤣.

    ReplyDelete
  12. Semua pun nampak sedap.
    Betullah.... matcha tu rasa rumput.
    Ayam pansuh akak pernah makan masa kat Kuching. Sayur midin memang favourite cuma yg style goreng tu tak pernah makan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com