Jumpa doktor cardio, buat echo & ecg dan doktor cakap jantung ok cuma tekanan darah ako yang mencanak naik plak. Mula doc nak suggest tukar ubat tapi sebabkan bukan dia yg jadi main doctor ako utk BP ni maka nya idok la dia nak memandai mandai tukar kan ubat ako.
Cuma dia soh monitor kat rumah lagi sebulan ni before next appointment ako bulan depan dengan doktor nephro. Kalau asyik naik je, inform doktor nephro ako tanya pendapat perlu ke tukar ubat? Tapikan BP ako ni pandai, bila giliran jumpa doktor nephro ako, dia jadi ok plak haha so kita tengok la nanti macam mana.
Penduduk gombak mesti pasan kedai ni. Baru buka cawangan kat Sri Gombak ni. Main branch kat Hartamas tak silap ako. Dari sehari ke sehari nak cuba. Then tadi lunch berjaya juga jejak situ. Eh ako ingatkan tak ramai sebab tiap kali lalu macam sendu je. Sekali sampai je sana, mak aii full ok sampai parking pun takde haha. Tak pasal-pasal kena cari parking yang area² pustaka rakyat or bank islam.
Speciality diorang homemade tofu. Kalau order jigae dapat la merasa tofu homemade tu.
Ini set Jigae seafood. Ayam ilek ye. Sup jigae dia sedap la kat tekak ako. Cuma banchan dia ako macam kureng sket. Macam tak menarik sangat 😅😅
Ako order bulgogi tapi nasi nya yang berkerak tu. Kena la tunggu nasi tu masak dalam 15 minit 😅 Lupa plak ako apa nama masakan nasi berkerak ni.
Ini ekceli set untuk nasi kerak bulgogi. Sup rumpai laut dia sedap. Takde bau hanyir seaweed tu sangat. Just perfect, takde masin takde manis. Yang dalam mangkuk oren tu dessert dia, minuman jujube juice. Rasa dia masam² tapi manis haha camne eh nak cakap tapi untuk tekak ako, nasib bole telan la.
Ok cukup 15 minit, dia scoop nasi masuk mangkuk. Lebihan kerak nasi tu dia letak air. Dah lama teringin nak rasa nasi air ni. Kat korea macam x tertelan plak ako ye haha. Rupanya macam ko makan bubur je pun 🤣🤣.. haha sedap gak maybe sebab beras dia x sama ngan beras kita. Dia xde rasa tawar nasi tu. Makan nasi air ngan kimchi pun dah ok ekceli. Tapi ini untuk tekak ako. Mungkin kat tekak korang, rasa kureng la sikit ke kan. 😉
Kat situ ada bilik party tapi takde la besar sangat ye. Setakat family member terdekat bole lagi tu.
Dubu Dubu Gombak
1A, Lorong Perusahaan Ringan 1,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor
Buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam.
IG --> Dubu Dubu Gombak
Nota Jemari: nanti nak cuba Putri Kim













19 Comments
Oklah itu BP bersikap baik waktu jumpa doktor. Kalau terbalik keadaan susah juga.
ReplyDeleteHehe makan dengan siapa itu? Ingat lone ranger pergi Dubu Dubu.
Haha makan ngan opismet.. nak makan sorang, mmg x la kot 😅😅
Deletekak ret kena rekod daily BP reading kot... ammi awal-awal masa doctor nak diagnose ada BP siap beli machine tu..sebab malasnya nak gi farmasi tiap hari semata2 nak check BP.
ReplyDeleteEkceli ada je tp kdg memanjang lupa nak check 😅😅
DeleteBestlah tu dapat merasa makanan 'Kampung Halaman'.
ReplyDeleteAlhamdulilah rezeki hahah
DeleteWahhh...Menarik ni sis...Tak dkt & x jauh sgt dgn rumah sy kot ni =)
ReplyDeleteHa pasni bole la try kan 😁
DeleteOoo ko kena buat macam aku, amik rekod tiap pagi, petang dan malam.. beli mesin yang auto masuk dalam apps hp, senang ko.. test cucuk diabetes pun sama, direct masuk dalam hp.. harga mahal tapi berbaloilah belinya..
ReplyDeleteMesin nya ada.. mslhnya masa haha.... memanjang lupa..ubat pun kemain set timer tp kdg mcm x kena plak masa tu nak makan ubat ahaha
DeleteTapi nnt share yg mesin auto msk hp tu haha
memang area rumah MZ ler..perasan jer kedai ni dan memang viral jugak kat thread..MZ tak mkn mknn korea/jepun...tp my boys suka lah..so far lom singgah lagi sini
ReplyDeleteHehee bole la pasni kalau nak try bawa the boys .. for me takde la wow sgt biasa² je tp tak salah cuba kan
DeleteAlhamdulillah results okay. Lega dengar. Maka, dengan itu kita pun senang hatilah nak makan kan. Selesa betul dapat makan kat sini. Ruang luas dan ID pun menarik. Kalau ada yang kena dengan selera tu bestlah makan.
ReplyDeleteHaha alhamdulilah nasib ok je foods kat situ..
DeleteDarah naik nak jumpa doc kot tu. Hihi. Semoga baik2 aje.
ReplyDeleteada restoran korea kt prima..tk prasan plak...tp menu korea camni mcm tk brp tertelan...kalo yg mcm kfry,kyochon tu ok lg sbb suka ayam....menu Tteobokki tu fav anakdaraku
ReplyDeleteAlhamdulillah result okay boleh celebrate terus makan sedap ye. Tiba-tiba terfikir bila last makan makanan Korea bila baca post ini
ReplyDeleteSyukurlah result Uyum ok yaaaa...
ReplyDeleteOh JD ini restu Korea... Penasaran dengan rasa tofu nya 😍😍😍.
Yg makanan kerak nasi nih pernah lihat juga. Trus ada lagi yg ala orang Jepang kak .. tp yg orang jepang siram pakai green tea. Masih belum terbayang saya rasanya 😅😅
Rice cake akak kurang sket... penat kunyah😆
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com