Sebenar nya ako ni fobia dengan dentist.
Sejak dari sekolah rendah lagi.
Dulu kat sekolah ako memang ada klinik gigi.
Setiap kali tiba untuk pemeriksaan gigi, ako la antara yang paling berdebar. Berdebar tiap kali ada ketukan di pintu oleh pelajar dan nama korang dipanggil untuk jumpa dentist.
Kenapa kitorang fobia? Sebab nya kat klinik tu ada sorang nurse india yang sangat garang. 😅😅 Nama nurse tu Nirmala. So setiap kali kena g klinik, kena berhadapan dulu dengan nurse Nirmala. Woo hoo nama je nurse tau tapi dia ibarat macam dentist juga. Kadang dentist ni akan datang ke sekolah sebulan sekali je. Tapi nurse Nirmala ni memang ko akan hadap tiap hari kat klinik tu.🤣🤣 Dia punya aura garangnya tu, satu sekolah pun leh jadi fobia haha.
Sejak tu ako memang tak suka jumpa dentist. Rasa nya soploh tahun sekali baru jumpa kot 😅😅 atau bila dah terlampau sakit, baru akan jumpa dentist , itupun dalam keterpaksaan. Ye betul, dulu kita cabut gigi memang style guna benang je kan haha (ke family ako je yg suka guna benang)🤣🤣
Bila kerja ni boleh kira ngan jari berapa kali ako jumpa dentist. Last tahun 2021, masa tu zaman covid lagi kan. Masa tu juga la ako start dapat penyakit. So, masa tu juga la permulaan ako kena makan steroid.
Boleh baca kisah ako dan steroid di sini:-
Dijadikan cerita, penghujung 2021 ako sakit gigi. Masa ni kesan steroid masih ada lagi ye. Dengan muka bolat, kaki bengkak, badan di pam², tapi gigi dah sakit sangat!! Maka nya terpaksa la pasrah kan diri untuk jejak klinik gigi. Masa tu gambar memang takde ye sebab ako malu tengok muka sendiri dah macam kena cucuk botok. Korang tengok kakMah, ha lebih kurang macam tu la keadaan muka ako ketika tu cuma nya ako comel lagi la ye compare ngan kakmah 😜😜
Bila muka ko macam ditiup belon, auto mulut ko jadi mengecil muncung mcm ikatan belon tu. Ini ako tak tipu... gitu la keadaan ako masa itu. Then ko bayang kan la kena jumpa dentist. Nak buka mulut yg mungil jadi besar?? Tak boleh ok!! Dan doktor terpaksa juga lebar kan bukaan mulut yang buatkan sampai bibir pipi ako terkoyak. Masa ko atas kusi dentist tu dengan ubat bius memang ko tak rasa pape. Kesan sakitnya lepas ko balik rumah, bius pun dah habis, berdenyut gigi sakit plus luka koyakan bibir nya lagi. Seminggu ako tak leh makan, tak boleh nak cakap. Sebab itu la trauma jumpa dentist dan cabut gigi ni masih terngiang² sampai sekarang.
Dan hari ini, ako ke klinik gigi lagi. Setelah lima tahun, sakitnya muncul lagi. Dan kali ni, setelah pemeriksaan lagi sekali, doktor bagitau, gigi yg bersebelahan dengan gigi yang cabut 5 tahun dulu telah retak. Gurlppp!!
Memandangkan retak tu dah sampai ke akar, maka nya solusi hanya satu iaitu kena "cabut gigi!"ðŸ˜
Ya allah, rasa nak pengsan kejap (ngada kan😅) tapi peduli hape memang ako seram oiii....
Doktor suggest cabut sekarang atau dia bagi 5 hari lagi untuk ako rileks dan tenang. Kesudahannya ako rela paksa diri sendiri untuk tetapkan appointment cabut gigi pada hari Isnin, 3 Ogos jam 10:30 pagi huhu.
Mukadimah ako panjang betul, ekceli nak share yang rentetan dari sakit gigi tempoh hari, jalan penyelesaian adalah cabut je gigi tu terus. Huhu
Harap kali ni kesan sampingan yang tak terlalu menyakitkan.
Nota Jemari: seksa la nak makan lepas ni kan sebab gigi geraham sebelah dah takde😅


0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com