Gigi camne? Gusi la dah kurang sakit tapi masih terasa pedih dan ngilu.
Ako kat Klinik Kesihatan Batu Muda.
Eh , bukan..bukan ako yang sakit😅
Ni dok teman kan MAMA uyum.
Hari ni kan rabu, jadi uyum dan abang aqeem ada ko-ko sampai petang. So terpaksa la Nina yang temankan MAMA. Kalau selalu memang derang yang akan teman MAMA untuk setelkan urusan kat spital atau klinik.
Ok citer sakit MAMA ni panjang kisahnya tapi ako ringkas kan je la.
Haritu MaMA uyym ada buat Operation rawat luka kat kaki
MAMA ni pesakit buah pinggang. So 3x seminggu akan buat dialisis di PICOM batu muda. MAMA juga adalah pesakit diabetis.
DIjadikan citer, tak tau mana silapnya, masa buat dialisis, kaki MAMA melecet. Tulang tapak kaki macam senget sampai terkluar jadinya. Bila lama-lama berjalan ada luka kat area tulang kaki tu.
Kita refer pakar tulang kat HUKM. Pakar suggest untuk rawat dulu luka kat tapak kaki. Bila luka dah ok , then baru pakar akan operate plak bahagian kaki untuk betulkan tulang tapak kaki tu.
So minggu lepas MAMA dah masuk OT untuk rawat luka. Itu yang sekarsng ni 2 hari sekali kena la gi dressing. Nak cuci sendiri boleh je tapi sebab luka operate kan, so better la kita bagi yang pakar untuk cucikan.
Kenapa ke Klinik Kesihatan?
Sebab kebetulan MAMA pun memang ada je rawatan kat KK , jadi senang la sikit untuk rujukan. Dan paling penting sebab free😅
Ok berbalik pada MAMA, jumaat ni kena gi HUKM untuk buka jahitan. Harapnya makin ok dan boleh la MAMA berjalan semula.
Selebihnya, kita serah kepada pakar untuk buat keputusan. Bila plak nak masuk OT lagi untuk betulkan tulang kaki tu? Kita tunggu je la ye.
Nota Jemari: kadang tu penat ye uruskan hal-hal rumah ni sampai diri sendiri pun takde masa huhu 😐


0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com