![]() |
| .:Exit tol Gambang, korang akan nampak signboard ni sebelah kanan, so kena la U-turn ye untuk ke resort tu:. |
Berbalik citer team building department ako, kali ni kami memilih untuk ke Mangala Estate Boutique Resort yang terletak di area Gambang. Yes keluar je tol gambang dah boleh jumpa signboard dan jalan masuk ke resort ni.
Seperti yang korang sedia maklum, pagi Jumaat tu ako dah gerak ke sana. Tapi sempat la singgah sarapan dulu di Lemang To'Ki yang terletak di daerah Bentong.
Dari Bentong ke Resort ambil masa lebih kurang sejam 30 minit camtu la. Alhamdulilah perjalanan kami lancar. Kami konvoi 2 buah kereta. Kami selamat sampai di resort dalam jam 12:40 tengahari. Dan kebetulan mereka yang naik bas pun baru je sampai juga kat situ.
Resort ni terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit ye haha. Jadi on da way nak masuk tu memang kiri kanan penuh pokok pokok kelapa sawit.
![]() |
| .:Wajib la kan pose depan entrance lobi dulu:. |
Sampai-sampai je sepatut nya terus lunch dulu tapi sebab kami awal, maka nya kena melepak kejap kat lobi dulu.
Sementara menunggu tu, moh la kita ronda ronda sekitar apa yang menarik dalam resort tu kan. Al-maklum resort ni dah le terletak dalam ladang kelapa sawit, so jauh dari jalan besar. Sekelilingnya harus la dipenuhi pokok pokok pelbagai jenis, macam hutan gitu TAPI kat tengah tengah resort ni ada tasik ye. Besar dan dalam juga tasik nya tu. Sangat mendamaikan. Memang sesuai untuk mereka yang nak berbulan madu sekali lagi 🤣🤣 . Untuk family pun sesuai sebab banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan juga remaja.
Pool dan tasik ibarat bersatu. Tasik dia ada 2 tapi yang ni ako tak pasti samada tasik ni memang bercantum dengan yang satu lagi atau memang dia ada 2 tasik 😅
Ada bilik-bilik yang terletak mengelilingi tasik ni. Dan ada juga bilik di atas tasik. View memang cantek pagi-pagi. Kicauan burung sambil menikmati kopi di tepi kolam.. perghh nikmat berbulan madu.. eh eh hahaha 🤣🤣
Boleh guna basikal ni keliling resort. Jauh tau sebab kawasan dia luas sangat so memang berbaloi korang guna basikal untuk pusing pusing resort tu. Dan paling best ianya PERCUMA.
Pelbagai jenis basikal ada.. untuk dewasa, untuk kanak-kanak malah untuk bawa baby pun ada juga ye. So kalau bawa family naik basikal petang- petang memang syiok la kan.
Nak main basketball pun ada.
Nak main mahjong pun ado 😆 , carom pun ado. Selain tu pelbagai jenis permainan kad seperti cludo, UNO, etc.
Kids playroom pun ada juga tersedia. Sesuai sangat untuk anak-anak korang yang suka kan indoor port. Dalam ni memang sejuk , memang jadi pilihan especially bila cuaca tengah panas terik.
Bilik board game. Bole duduk baca buku juga kat situ. Ada juga table tennis, gelanggang bola tampar dan juga badminton.
Di hujung tasik lagi satu, ada aktiviti lain juga seperti memanah, petanque, berakit dan kayak.
Boat paddling. Haha panas terik pun tetap layan je la kan. Semua aktiviti ni adalah PERCUMA.
Teringin juga berkayak tapi ako takut tenggelam plak kayak nya tu kalau ako yang naik 🤣🤣🤣 Jadi nya kita bagi chance je la kkat adik adik yang muatan kurang dari 100kg tu hahhaa.
Ha amacam view kelapa sawit? 🤣🤣🤣 tenang je kan tapi tenang tenang pun kena gak berjaga-jaga 😅 ako ni dah le macam macam terpkir lam kepala tapi kita simpan je kebarangkalian tu dalam diri dendiam. Dengan doa semua nya lancar ye sepangang 3hari 2malam kat situ 🤪
Ok ok jom tengok bilik plak.
Kat situ ada macam-macam jenis villa.
Yang ako dapat tu villa Amari nama nya. Yang ni kedudukan nya terletak paling dekat ngan entrance. So view bilik or pool ada lah pokok pokok jambu, pokok bunga dan apa ntah lagi nama pokok pokok nya tu 🤪
Ako dapat bilik yang ada pool ye kat dalam bilik. Oh ye, villa kat situ terbahagi kepada with pool or without pool dalam bilik. Of coz harga pun lain lain la kan setiap bilik 😅
Bilik 2-single bed.
Ruang rehat or ruang tv sangat luas ye. Ini kalau bawa toto memang muat 4 orang anak tido kat bawah tu🤣🤣 Nampak tak vibe 'mak-mak' punya pemikiran kat situ terserlah.
Buka pintu tepi ruang rehat tadi terus nampak pool ye. Ini pool bukan macam kat hibiscus ye. Panjang pool memang puas la kalau nak berenang kuak lentang hatta kupu kupu sekali pun. Cuma dia tak dalam sangat ye, hanya 1.2meter sahaja tapi not bad la, dapat gak ko menelentang atas air ye haha.
Depan memang hutan ye. Bole la ko cari ilham sambil mendengar kicauan burung, unggas bersiul-siulan, eh cop unggas bersiul ke haha. Ok abaikan.
Ya allah toilet sangat luas. Boleh berkejar-kejaran ye dalam tu. Sinki pun ada 2 so tak payah nak berebut laki bini 😝
Paling best bathtub sangat besar. Bole la berendam lakibini eh eh betul la kan, dah kata sesuai untuk honeymoon semula 🤣🤣
Shower dia best! Air pancut sangat kuat. Puas mandi.
Nak 'cari ilham' kat sini pun sesuai 🤣🤣
Ammenities lengkap, berus & ubat gigi ada. Losyen, sabun mandi, syampu semua pun brand L'occitane Ok!! 😉
Cuma kan toilet nya tu can see thru la ye. No langsir, no tingkap. Just dinding kaca yang terbentang luas. Haha silap silap si monkey pun hai hai kita tapi dah tanya pekerja situ, so far memang takde monyet kat situ. Tapi kan hotak ako memang akan pikir kebarangkalian lain seperti cik T, cik U, cik Squirrel🤣🤣
So kalau korang nak stay sana, sila la bawa extra baju mandi ke or kain basahan ke or apa² je la untuk mandi.
Ohh lagi satu, ada sesetengah bilik, bathtun dan shower memang di bahagian luar ye. Tanpa ada dinding haha so kalau yg ada kaca pun ako dah seriau apatah lagi yang xde pape tu kan 😅🙈
Pandai-pandai la korang pilih bilik.
Snek and kupi in the room. Complimentary semua nya ye.
Selamat mengupi buat penggemar kopi.
Ruang meja belajar eh ruang bekerja yang luas dan selesa juga.
Iron & iron board ada!! Yeay ini yang penting buat ako sepanjang kat sana sebab memang sumbat sumbat baju & tudung yang perlu di gosok ye. 🤣🤣
Last but not least, sejadah pun ada disediakan. Alhamdulilah...!!
So , untuk yang nak merasa staycation kat situ, boleh la layari website Mangala Estate.
Nota Jemari: spa pun ada tau kat situ.. kot la kan nak bermanja-manjakan diri.



































29 Comments
Mahai juga dulu dah pernah survey. Seram pulak nak mandi. Tiba2 ada yang mengintai pulak nanti.
ReplyDeleteHaha kan..mula seram gak nk mandi..mcm cie la tkut ada yg mengintai tp lantak la sarung baju mandi, nasib bawa
DeleteSemua nak serba jimat ye zaman M ni. huhu...Oo jauh masuk ke dalam ye.Cantik tempatnya tapi macam seram tengok tasik.Bagusnya sediakan basikal, senang nak tour kawasan. Banyak aktiviti, memang sesuai sangat untuk staycation. Syoklah dapat bilik ada pool. Bilik pun luas dan selesa. Sangat puas hatilah menginap di sini. Tak salah pilih tempat untuk teambuilding. Boleh healing sekali.
ReplyDeleteHahaha btul tu mmg bole healing² .. lps ni kalo ada r3zeki lbh maybe akan bawa family plak... sbb seronok kalo share pengalaman mcm ni ngan bdk²
DeleteSemua dah okay tapi dah kenapa toilet/bathroom gitu pulak? Ai is kenot brain la 🫣
ReplyDeleteHahhahaha apa.lagi PHfor honeymoon couple la 🤣🤣🤣
DeleteWahhhh syok ni
ReplyDeleteCuti2 kat sini
Xtvt family kan
Mcm2
Ada
Ahah ciknur mcm² ado mmg full la aktiviti nya...
Deletenice sgt tempat ni..yg best sbb ada pool tu...if bwk kids, memang suka sgt2 ni...mahal jugak rasanya tmpt ni kan...rezeki u dpt berkursus di sini tu
ReplyDeleteAha nice place to chill and healing.. nnt ada rezeki mz bole la bawa razeen n abang² staycation sini
DeleteAlhamdulillah rezeki. Ni mesti bilik ikut seniority kan? Ke salah....
ReplyDeleteTak shai... ikut ajk yg pilih hahah
Deleteglass door kat bath tub tu boleh tutup tak tu?? ahakss
ReplyDeleteHahaha tak bole ammi 😅😅
DeleteUish!! bestlah tempat dia.. Ini kalau bercuti sambil beriadah, memang syok ni.. Duduk berehat dalam ini ja.. layan basikal, layan kolam, layan kehijauan.. Memang betul-betul relaks..
ReplyDeleteBilik dia tu pun cun dengan kemudahan dan keselesaan.. Memang.. Bukan takat honeymoon kali kedua, kali ketiga, keempat kelima dan banyak lagilah.. kikikiki..
Hahahahhaah ye la.kan berkali² hanimoon nya tu 🤣🤣🤣🤪
DeleteTwo thumbs up ini untuk pengelola resortnya, faham betul kalau resortnya besarrrr.. jadi mereka sediakan basikal, percuma pulak. Saya kalau ada disana, pasti langsung ambil sepeda... yang roda 3, hahahahaha.
ReplyDeleteSayangnya di sekelilingnya banyak kebun-kebun sawit ya. Jadi secara suasana, agak sedikit strange.
meski begitu poolnya jawara betul lah mbak Retna. Syahdu betul tu seduh teh di samping kolam :D
Hahahha kita tido lupakan sawit hahaha sbb pool dah depan mata tu, kita terjun aja fajar..
DeleteBestnya ada private pool, tak payah keluar dari bilik.
ReplyDeleteLagi best sambil memerut boleh cari ilham merenung di luar tingkap kaca 😂
Cuma kurang best sikit sebab dikelilingi ladang kelapa sawit, kalau pokok hutan tu lebih menarik.
Kaannn mmg klu btul² nakmhealing sesuai la ni semua ada dlm bilik hahahberenang berenang berenang...
DeleteMemerut sambil cari ilham 🤣🤣🤣
Menarik resort nya siap ada bath tub dan private pool. Ini mesti kalau duduk sini malas nak menguit ke mana lagi-lagi kalau ada budak2 sebab diaorang kaki berendam dalam kolam
ReplyDeleteHahaha ikut hari mmg malas nak kluar bilik... pool dlm bilik mmg berbaloi bebila masa je bole terjun tiruk kan haha
DeleteBesar ekkk bilik dia.. best ni main kejo-kejo.. kalau ko gan aku, kompom kita mandi jerr 'open' kannn hahahahahahaha
ReplyDeleteHahaha kan ... 🤣🤣🤣
DeleteKalau memerut malam² macam seram juga. Tapi best sebab ada pool dalam bilik. Mesti mahal tempat macam ni.
ReplyDeleteHaha ada gak terjaga memlm tp bila dh buka lampu dah x nmpk luar sgt sis.. tp myb yg jat luar nmpk jelas kita kat dalam 🤣🤣🤣
DeleteNama Mangala Estate dok bayangkan biashe² je.. rupanya kayangan tempatnya. Ada curlasss
ReplyDeleteRindduuuuu juga momen2 masa di HSBC , kalau outing pasti stay di resort atau hotel besar begini 🤣🤣.
ReplyDeletePas lihat hotelnya, saya langsung teringat Grand Hyatt di Jogja, yang besar begini, sampai disediakan sepeda atau scooter untuk keliling semua resort.
Resort seperti Mangala ini memang dimaksudkan untuk menikmati fasilitas hotel lah yaa. Tak payah keluar2 😄.
Sukaaa lihat pool dan Tasik seolah satu. Atau memang bercampur airnya??
Tapi pikiran kita sepertinya sama, kalau dah lihat kebun sawit, yg saya ingat cuma 1, ular kak 🤣🤣🤣.
Jangan sampai lah ada yg lewat kan 🤭
Kamar mandi emang puaàas yaa. Tp kenapalah tak ada tiraaai 🤣🤣. Kalau malam seram, takut tiba2 miss K mau mampir pula kan hahahahh.
Apalagi kalau tak ada dinding shower room. Ya Allah, macam mana mandi jika dengan teman yaa hahahhaha. Kalau kebelet nak ke toilet malam2, saya confirm harus minta ditemani kalau toilet dan shower room macam ini 🤭🤣.
Dulu pernah stay di resort yg kamar mandi memang menghadap hutan, apa2 back to nature. Berdua dengan Raka.
Pagi siang tak masalah, giliran malam, memang takuuut 🤣
Cantiknya Mangala Estate ni Ret! Tapi part toilet 'open concept' tanpa langsir/tingkap tu memang mencabar keimanan betul 🤣. Dibuatnya Cik T or 'cik-cik' lain lalu teringin nak 'hai hai', mau melompat dari bathtub haha. Tapi nasib baik private pool dia panjang & puas nak berenang!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com