Followers

Thursday, March 12, 2015

Winter Trip Korea 2015 : KLIA2 - Incheon (Day 1)

Hajat hati nak ke Korea lagi..
Maka nya merajinkan la diri membelek-belek sesawang MAS, AA dan juga Cathay Pacific.

Tengok tiket MAS & Cathay memang ada promo tapi duit je yang xde promo2 lagi hahaa...
Jadinya terpaksa tunggu sampai awal bulan Disember 2014, dan-dan masa tu AA plak tengah buat promo. Duit pun dah ada "promo" juga, terus je grab!

Memang niat nak ke sana dalam musim sejuk.
Belek-belek tarikh maka nya 29 Jan 2015 menjadi saksi sekali lagi, ako berpijak ke bumi Korea.

Last ako pegi dulu tahun 2010.
5 tahun dah berlalu konpom banyak dah berubah kan.

Entry hari pertama memang takde apa la sangat kan.
Cerita yang simple-simple je dulu k.


Kali ni trip partner ako bertukar la kejap ye.
Memandangkan dedua pun adalah first time nak ke sana, makanya perasaan excited tu agak melonjak2 lebih sket la dari ako kan haha... Perkenalkan Sis Lin dan Cik Sri, rakan berjimba, berlawak, berborak, malah rakan bertekak juga sepanjang di Korea ;)

Flight kitorang pada 29 Jan 2015, tepat jam 1:00 pagi.
Oh ye tengkiu bebanyak kat cik Sue n family sebab benarkan "cik meera" berteduh beberapa hari kat umah beliau. Tengkiu juga sbb tolong hantarkan kitorang sampai ke epot. ;)

.:kejam betul masukkan gambar ko ni kan sri.. hhehe ampun sri:.

Dan buat Cik Sue lagi, terima kasih lagi sekali sebab sediakan bekalan malam untuk Sis Lin. Dan kami tanpa segan silu menumpang melantak juga ye hehehe. Lapaar weiii, dari opis memang x sempat nak melantak sesajo. Syukur ada rezeki depan mata malam tu *sengih*


Kali kedua ako jejak kan kaki ke KLIA2.
Mereka maybe pertama kali.
Hahahah .. 
(nape ntah ako rasa macam kekok plak nak menulis blog, faktor usiakah??! hahaha)


Ekceli banyak lagi masa sebelum berlepas.
Tapi bila dah masuk cop passport sumer, ermm kitorang dah tak tau nak wat hape.
Tengok sekeliling banyak kedai dah tutup.
Jadinya melepak aje la kat mcD dalam tu.
Memasing pun menguplod status "ready to depart... fly to Seoul Korea" ...
yeeeehaaaaaa!!


Dah .. moh kita gerak dah moh..!!
Hoyeee hajat memasing hampir nak tercapai dah tu.
Lebih-lebih lagi oghang yang paling depan sekali tu.
Berkali-kali la menghitung hari, kan kan :p


Ok ok nak boarding dah ni...
Are you ready gals???
Ahkak sebelah tu ntah berapa kali la gaknya kecut perut kan.
Sejak kes-kes kapal torobang hilang ni, ermm memang ada sket ragu-ragu bila nak terbang tu.
Berdoa je la banyak-banyak. Kalau dah ajal, terima je seadanya...huhu 


Ntah berapa lama derang dah terbang, baru dapat makan.
Siyes memang kelaparan tahap gaban 'pagi' tu.
Walau dah melantak sebelomnya tu kan tapi tetap la rasa nak mengunyah sesuatu.


Pastu terus buat 'taik mata'..Hahahah memang bagus sangat timing nya tu, lepas melantak kita membuta wakaakaka.... 

Ako dah bgtau yang lelain, ako memang konpom nak membuta sepanjang penerbangan. Sebab nya nanti sampai2 je kat Korea, takde masa dah nak rileks2. Memang sepanjang kat atas tu ako membuta hingga la terdengar pengumuman kita dah nak mendarat. Perghhh memang lotih gaya nya tu kan. 


Eh eh dah sampai laaa!
Ha ha macam apa je, turun flight terus berkejar nak naik aero-train.
Kena naik tren ni dulu pastu baru la kita cop passport and amek luggage k.


Goooood morningggg Korea!
Hahah muka-muka tak mandi pagi.
Tapi nampak macam fresh lagi tu.
Here we are!
We are in SEOUL!! Yippieeee.....

Walau ini kali kedua ako ke seoul tapi rasa macam pertama kali juga la sebab yang dulu tu ako pergi ikot agensi. Kali ni urusan sendirian berhad. Jenuh juga ako nak siapkan itinery, hafal station mana nak turun, kedai mana korang suggest kena pergi... adoii tapi semangat punya pasal, gagah juga siapkan itinery sengsorang. Ekceli takde la ikot sangat itinery tu cuma kalau tak buat camtu, rasa macam x tau plak nak pegi mana. Atlis bila ada itinery ni, bole la buat rujukan sket masa kat sana.


Dah selesai urusan kastam.
Luggage pun dah amek.
Masa untuk geledah surat-surat penting.

1) Surat hotel/map ke hotel
2) Map untuk pick-up pocket wifi

Kena readykan sesiap sumer tu, nanti takde la kelam kabut sangat.
Oh ye, kitorang ada sewa pocket wifi yang ako dah booking dari website http://pocketwifikorea.com.
Servis derang memang bagus. Bila korang dah buat booking and payment, terus dapat email dari pihak pocket wifi. Derang akan provide ctc no dan juga lokasi pickup masa kat epot. Korang bole je soh diorang hantar ke tempat penginapan korang.


Tapi sebab ako nak dengar penerangan camne nak guna wifi tu sendiri kan, jadi kitorang memang amek kat epot je la. Lokasi pick up dia kat level perlepasan, pintu 7. Betul-betul depan farmasi.


Dah setel urusan wifi, moh kita gerak balik ke balai ketibaan tadi.
Memandangkan guesthouse yang kita booking tu berada di area Myeongdong, dan berpandukan map yang pihak guesthouse dah provide, maka nya kitorang plan naik bas aje la ke sana. Lagipun dengan beg yang beso-beso tu mcam malas plak nak naik tukar2 naik subway.

Naik bas memang direct je. Amek bus no 6015 dan benti kat Sejong Hotel iaitu hentian terakhir untuk bas dari epot ke Myeongdong.


Harga tiket ada lah 10000 won (lebih kurang RM33 - tukaran masa tu la).


Sesampai je depan Sejong Hotel, ermm bermula lah pencarian Guesthouse kami.
Kitorang book Red Guesthouse kat area Myeongdong. 
Sebab kan first time kan jejak kat situ, turun je dari bas, ermm memasing tercanggak2 kejap. 
OK, memang blur sebab berpandukan map yang pihak guesthouse bagi tu macam kurang membantu.


Jenuh juga la cuba cari kat google map tapi guesthouse tu takde pulak dalam map.
Oh ye guesthouse ni agak baru la juga.
Ada cuba juga bertanya kat pondok polis tapi ermm pepaham je la sebab dia pun x reti nak explain dalam bahas inggeris, jadi agak sukar juga la nak paham apa yang dia terangkan. hahaha... Main angguk2 je buat2 paham. Sudahnya kami gagah je la mencari-cari dan nasib baik lah jumpa juga.


Seriuosly cakap, nak ke guesthouse kitorang booking tu adalah lagi senang kalau naik subway je dari epot. Kalau naik subway, benti kat Myeongdong Station dan exit pintu 3. 


Pastu jalan daki bukit sikit.
Tak jauh dari Station subway tu, dalam 10 minit berjalan je.
Rupanya korang akan jumpa Namsan Guesthouse 3 dulu then baru korang jumpa Red Guesthouse.
Ramai yang stay kat Namsan tu tapi sebab ramai sangat yang stay situ, tu yang ako cari-cari guesthouse lain terus terjumpa Red Guesthouse ni. Ok la not bad!! 


Taadaaaaa!!
Memang kat hujung jalan berbukit letaknya Red Guesthouse ni. 
Jom check in dulu pastu nak rehat kejap before mulakan misi mencari sesuatu kat Namdaemun ;)


Setel urusan check in.
Nasib baik la boleh check in awal pagi kan.
Kitorang ada minta dia book kan teksi untuk hari balik nanti, sebab kita akan check out waktu subuh. 
Teksi epot dalam 700000 won.


Bilik kitorang kat tingkat 3. Takde lif pulak tu tapi nasib la ada lif untuk beg ni.
Mau fengsan kalau kena hangkut beg-beg tu sumer naik tangga.


Welcome to our room.
Lif beg tu pun sebelah bilik je.
Seb baek x yah nak hangkut jejauh. 


Katil ada 3 .. jadi bilik takde la luas mana pun.
Memang ngam-ngam laa, ada je sket ruang untuk letak beg.
Plug nak charge memang bersepah kat lam bilik tu.
So, tak yah nak berebut-rebut.


Fridge yang comel.


Toilet pun bersih je.
Ada shower.


Ada tibi tapi sampai ke sudah tak reti nak ON tibi tu hahah :p


Bantal dia ciput je.
Kalau kat msia ni, rasa nya macam kusyen je kot.
Dia xde plak bantal besar macam kita punya.


Tapi lagi sadis, towel pun ciput juga,
Adoiyaaiiii towel saiz "good morning" yang dia bagi.
Memang la nak balut satu badan pun x cukup hahaha..
Kitorang ada gak minta dia towel yang besar sikit.
At first memang derang x paham tapi nasib baik la ada sorang staff ni dia paham maksud kitorang nak towel yang lagi besar. Dan nasib juga la memang derang ada pun towel besar rupanya. So, ako assume, memana guesthouse pun akan sediakan towel kecil, jadi kita kena minta la kat receptionist nak towel lagi besar.


Ekceli masa dah sampai tetiba cam lapar plak.
Mula ingat nak la masak nasi impit.
Boleh cicah dengan sambal tumis yang kitorang bawa.
Tapi tak reti plak guna dapur ni.
Hahaha... 


Sudahnya makan roti aje la dengan sambal ikan bilis.
Last-last nasi impit tu kitorang masak dalam kettle je.

Lepas dah 'isi minyak', maka bermula la misi pencarian kitorang ke Namdaemun Market.


Ni kan kali kedua ako ke Korea tapi ini kali PERTAMA ako ke Namdaemun Market ni.
Sebab nya sebelum ni memang takde kesempatan langsung nak menyinggah ke sini.
Dan sebab tu juga, percotian kali ni memang tempat pertama yang ako nak pegi adalah nak jejak kan kaki kat Namdaemun ni hahaha..

Selalu dengar orang bercerita, kalau nak cari barang-barang dan souvenir memurah, memang kena gi Namdaemun ni. So, apa lagi, misi hari pertama adalah mencari 'winter coat' dan juga 'winter shoes'. Memang dari KL lagi dah berhajat nak beli sumer barang-barang tu kat sana. Konon nya dengar-dengar barang-barang tu lagi murah beli kat sana dari kat Msia.


Konon nya hari pertama ni hanya nak soping barang-barang 'keperluan' aje.
Sudahnya, memasing terover excited nak soping sakan di hari pertama.
Rambang mata, bila tengok macam-macam barang dengan harga yang sangat 'berpatutan'. ;)

Ako memang pengumpul tshirt yang ada tulisan " I Love ____"
Tak kisah la murah ke mahal, tapi memang kalau gi memana, tshirt ni yang ako cari dulu :p


Tengok-tengok, jeling-jeling je tu.



Wah, sakan kawan ni memborong.
Berbonjot-bonjot plastik beg nya. :-D


Bayar .. bayar... jangan tak bayar!!
Hahaha puas hati tak cik Sri, dapat kasut baru? :p
.:mati laaa asyik ko je jadi mangsa 'model' ako dalam entry ni:. :-D


pssttt jangan marah eh cik Sri ... 
Penat ye lepas soping hehee...
Ok ok kita kasi rest dulu kaki tu kejap kan :p


Taaadaaaaa!!
Hasil belian kat namdaemun.
Jaket tu je ako beli, yang kasut tu hasil belian member.


Malam nya kitorang plan nak makan "ikan grill" kat dongdaemun.
Pemessss tempat makan ikan ni.
Tapi sebab kitorang adalah first time nak pegi kan, jadi ada lah sket sesat.
Padahal nak cari tempat ni punya la senang.

Dari MyeongDong Station (Line 4) pastu benti kat ---> Dongdaemun History & Culture Park (inter-change), dalam 2 station je. Nanti kuar "Exit 2" (macam dalam gambar atas tu).


Dah kuar exit 2 tadi, korang belok kanan, nanti nampak signboard ni.
Hotel JW Marriot.


Jalan terus je ke depan.


Dari JWW mariot tadi, korang jalan terus je kan.
Pastu nanti korang akan jumpa "Dongdaemun Shopping Complex" ni belah kanan korang.
Terus kan berjalan lagi ke depan ye. 


Terus berjalan sampai korang jumpa junction 'u turn'.
Kemudian, korang belok la ke kanan.


Dah dekat dah ni.
Nampak lori putih tu?
Dah hampir la sesangat tu.


Pasti kan korang nampak kedai ni k.
Pastu bila korang masuk lorong ke kiri tu, taadaaa dah jumpa la nampak nya tu!!!
So, sila la pilih kedai-kedai mana yang korang nak makan.


Sebab kita pun pertama kali, jadi kita pilih je kedai no 2.


Side dish memang sedap especially kimci dia.
Ahjumma kat kedai ni memang friendly and tip top la servis dia.
Dia siap refill kan kimchi tu 2, 3 kali.


Nampak cam x menarik je ikan bakar tu kan.
Tapi percaya la, memang marbelesssss!!!!
Memang x puas makan sekali.
Cuba sekali, rasa nak cuba berkali-kali ...
Korang yang pernah makan mesti setuju ngan statement ako tu.
Tak dapat nak gambar kan betapa 'delicious' nya ikan-ikan tu hahaa...


Nah bukti betapa kebuluran nya masing-masing haha...


Seriously, ako x jumpa-jumpa pun Cheonggyecheon Stream tu.
Adakah longkang-longkang macam kat belakang tu antara 'serpihan' stream nya??


Lepas makan, jalan-jalan kat Dongdaemun Night Street Market ...
Banyak gerai-gerai makan sepanjang Dongdaemun.
Teringin gak nak mencuba-cuba "food stall" kat sana tapi ako macam was-was plak.

Last-last kitorang beli pisang, air pisang dan juga air coke.
Coke tu sebab ako kan pengumpul barangan coke.
So saja beli sebab botol tu kecik, lain dari yang lain.
(lain ke? haha tak kisah la janji botol coke)

Maka berakhir sudah perjalanan hari pertama di bumi Seoul...
Nanti kan entry hari kedua pula ye..
Insyallah ..

Nota Jemari: berbulan nak abiskan satu entry hahaha

25 comments:

Azra said...

sedapnye ikan bakar tu... nyum nyum

ako, cheonggyecheon stream tu adelah longkang besar kat blakang korang tu la ( gambar 2nd last tu ) .. stream tu adelah 12km panjangnye... kalau jalan dari tempat ikan bakar tu, boleh terus sampai Gwanghwamun , tempat yg ade kulit siput besar kaler purple tu

anakomak said...

Sedap kan ikan bakar....

Laaaa kisahnya stream tu mmg pnjang eh . Dah tergerak dh hati nk jln kt longkang tu tp cuaca yg terlampau sejuk terus membantutkn niat kitrg.. nmpk gaya kena ripid laaaa hehe..

Area gwanghwamun x sempat terjah... hurmm

Jari Manis said...

pergi Seoul sekali mmg x PUAS..so give me five kita serupa hahahaha

ahahah...cara Sri mkn tu mmg TORBAIK lah hihihhi

lama x update so skill menulis telah 'lari' hihihhi

like me..walaupun dah 2 kali ke sana itie mesti ada supaya tak lost!

ohh....jika lokasi Red GH tu selepas Namsan GH makna nya selepas turun bas depan Sejong Hotel tu Ako perlu cross jln pastu gerak ke kanan akan nampak Myeondong Exit 2 dan kedai 7-e berhampiran Exit 3...so terus je menapak ke depan tu hikss

booking teksi epot 700,000 won? mahal nya..nk ke mana tu Ako

cara susun katil tu JM x berapa suka sbb bg yg tidu di sebelah dinding tu buat tgh malam nk kencing mahu langkah semua orang ahahah

patutlah tgk si Sri dan Ako dah tukar kulit....winter coat baru tu

kedai No 2..adakah kedai HOnam Jib..serious!! mmg seda ikan bakar tu panas waktu masih panas...fuhhh..nikmat

Cheonggyecheon Stream tu panjang cuma kat area ni x cantik ako..perlu ke Gwanghwamun Square gate/area

yes! botol coke tu mmg comel

berbulan nak habiskan? ahahaha...same to me...travel on okt 2014 until now Mac belum habis update lagi huhhu

oke2 sambung...nk baca lagi

ahaha...komen paling panjang sbb citer BEST!

Bibie Karim said...

Comel giler lift untuk luggage. Haha kalau aku gi Dongdaemun memang suka gambar longkang besar tu. Pernah ada misi nak jalan dari siput sampai penghujung stream tapi sampai sekarang x tertunai lagi. Rindu Korea lagi x hihihi.

anakomak said...

Perghhhhh komen paling pnjang dr JM hahaaa.....

Ooo ms kitrg smp sejong hotel tu dh mcm hilang arah n tumpuan sbb x familiar lg kn area tu... tu la bila tgk map xde la ssh mana pun cuma bila dh berpusing2 tu yang jd blur je..

Alaaa mmg nk tgk stream tu.. konpom kena ripid ni

anakomak said...

Tu laaaa mmg hajat nk jln2 kt stream tp mcm blur2 sbb tgk longkang sume sama hehee

Mya said...

Semorang dah penah pegi Korea, berkali kali pulak tu.
Bila la turn aku haaa... huwaa..

anakomak said...

Hehee gi laaa... bestt!!
Aku pun nak gi lagi klu ada duit lebih mya hahah

syieda said...

Alolololo..mcm sedap je Ikan tu.

anakomak said...

Memang sedap syieda...bkn mcm sedap tp konpom sedap ;)

kay dolce said...

saya suka first day kat seoul, rasa sgt surreal je dh smpi kan.

Ikan bakar kat Dongdaemun tu mmg sedap kan? teringinnya nak mkn...

anakomak said...

Haha btul tu kay....
First day "wow im here!! In seoul!!"... rs nk jerit camtu....

Yup ikan bakar tu sedap.....

Yatt said...

kak sy yg 2 kali pegi ni tak smpai lagi stream yg kat gwanghamun square tuh kekeeke adakah kena pergi lagi skali???

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

hanie said...

ishhh...rasa mcm pernah selisih lahhhh... kat dongdaemun or myeongdong...
acik stay kat area dongdaemun tu jeeeee....
hahahaahah

anakomak said...

Yatt,
Jom RIPIDDDD!!! hehee

Hanie,
Eh eh?!!
Maybe la kan kita ada berselisih ;-)

Yatt said...

kak jommmmmmmmmm hehehehe

Yatt said...

ke busan plak kak tak smpai sana lg nih.

anakomak said...

Yatt,
Busan eh? hehehe Busan more to Pelabuhan kan??? GI Jeju jom hehee

wanie said...

ko mmg ret,,membahankan aku dlm blog lak tu.. kena mintak pampasan ganti rugi nie! ;)

nasib baik ler aku bkn blogger..so xde sape kenal..hihihi

anakomak said...

Hahahah.... ampunn cik sri hehe tp apa salahnya... untung2 ada yg berkenan :p

Yatt said...

dari busan leh gi jeju. busan carik seafood jalgachi market + view gak.

Norsuriati Ghazali said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Norsuriati Ghazali said...

Salaam.sis,macammana nk dirext dgn sis.sis ada fb x?
email saya :atimattalia@ymail.com
saya nak suka tengok sis blogs ke.korea.

anakomak said...

Salam dik...

Boleh email akak kat anakomak6@gmail.com ya ;)