, ,

Bila JEMAH-JEMAH pergi bercuti ke Bukit Fraser (Part 2)

Sabtu, 30 Mei ....



Good morninggg Fraser Hill!!
Kabus pagi tapi takde la sejuk sangat.

Malam tadi kan tido lambat, tapi alhamdulilah awal juga kami semua bangun.
Gotong royong siapkan breakfast untuk sumer jemahs dan anak-anak.
Sarapan yang simple-simple aje.


Tengok tu, simple je bekfes nya tapi budak tu sangat teruja ahahha :p


Kita kasi isi perut dulu, lepas tu baru kita 'bekerja' sekuatnya :p


Dah makan kan?
Dah kenyang kan?
Ha moh la kita bekerja untuk menyiapkan sajian untuk makan tengahari pulak.

Wah ... baru bekfes dah sakan nak masak tuk lunch?!!
Bagusss derang ni ... 

Di mana ako???
Ako adalah membuta di dalam bilik ... muahahahaa .... 


Mereka yang tak sudi nak merasa air tangan kami ....
Nasi lemak dan roti canai menjadi pilihan ... 
sob... sob ... 


Anak-anak yang gumbira bermain sebelum mandi. :p


Bila dah mandi, ayoh la kita berposing pulak ..... :D


Layan kan ajer  ...


Sementara para 'ibu' tengah memasak, moh kita melilau melihat persekitaran lokasi penginapan kami. Rumah rehat Banglo tempat opis kita.
Sangat mencabar nak ke situ tapi bila dah sampai sangat mendamaikan.
Memang khas untuk rehat semata-mata.
Tapi kesian plak para 'ibu' tengah bertungkus lumus menyiapkan hidangan tengahari kan... Oppssss!!


Curam juga nak masuk ke kawasan resort ni.


Untuk korang yang nak datang beramai-ramai tu, (ni ako tuju kat beduak opis ako la ye), parking adalah sangat TERHAD, so pepandai la korang car-pool je la ye :p


Pemandangan mengHIJAU yang mendamaikan... tapi penuh dengan nyamuk la ye :p
Siyes memang cool je lepak kat luar ni.

Moh kita tinjau balik ke dapur, apa yang derang tengah buat agak nya ye :D


Dari tadi tak abis-abis lagi potong bawang nya kan muahahaa.... 
Nak masak apa la tu gak nya ye :p


"Belajar cara memotong daging ke tu dik shiqah oiii" :p

Pung pang pung pang mereka di dapur,


taaadaaaaaa terus dah siap!!!
Dah bole sapedekkk!!
Laapaarr, bertambah lapar bila dapat makan lauk-lauk hasil masakan para ibu yang lazat lemak dan berkrim, pasti disukai ramai hahaaha....

"Asal ako masih terngiang-ngiang sotong goreng tepung dan udang masak .......$^&%&^*^&*( arghhhh laaaaparrrr!!!"

Dah makan, jom la kita bergerak.
Gerak-gerak khas ..... sesi menikmati suasana di Fraser Hill pulak .....


Ekceli ada satu insiden berlaku masa hari pertama.
Kereta salah sorang jemah terbakar.
Nasib baik la takde insiden buruk ..
Alhamdulilah memasing selamat.

Jadi sebelum kita bersukaria, adalah patut kita menyelesaikan dahulu kisah insiden tersebut.
Terima kasih la kepada 'abang-abang jems' sekalian atas bantuan yang tak terkira dek kata.
Dan juga terima kasih pada abam polis aka mekanik kat situ.
Tanpa beliau, belum tentu kami dapat selesaikan masalah insiden tersebut.
Laaapppp u la abam polis..... *arghhh rindu plak tetiba kat abam polis .. hahaha*

.: Ini lah keluarga besar jemah-jemah sekalian:.

Lokasi pertama yang dituju adalah menunggang kuda.


Waktu operasi adalah seperti tertera dalam gambar.
Memandangkan masa kitorang ke sana adalah pada hari Sabtu, maka dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 7 malam.


Dari pintu masuk tadi, sila la menapak ke bawah ye.


Jalan la sampai jumpa tempat kuda ni. 


Pastu, sedia lah untuk membeli tiket.
Harga tiket --> RM8 (dewasa),  RM6 (kanak) , RM10 (1 dewasa 1 kanak)


Walau sekejap tapi tetap seronok...
Walau sekejap tapi tetap ngeri ...
Walau sekejap tapi tetap berdebar ...

Aishh ... memang tak jadi la nak bela sekor kuda...
Hahahaa.... baru naik satu pusingan dah rasa nak demam .... :p
Ako memang bukan pencinta haiwan.... sadiss....


Lepas menunggang, kita pegi memanah pulak ye.
Yang ni memang aktiviti yang dinanti-nantikan.


Harga tiket RM10 untuk 10 anak panah.
Sebelum memanah, kita pakai dulu pad kat lengan tu ye.
Supaya nak elakkan dari kena lebam2 ... tapi tatap juga lebam2 kat tangan...



Ready semua???!!


Gaya mau lebih....
Walau tak seterror mana pun ....
Jadi la dua yang mengena daripada sepuluh anak panah....

OK kita stop dulu...
Masa dah time ni ...
Kita sambung minggu depan pulak ye  hahaa :p

Nota Jemari: baru nak feel klimaks kan....
Share:

2 comments:

  1. bestnya buat aktiviti macam nie

    ReplyDelete
  2. best bercuti ramai2.. ahli keluarga berkumpul.. borak2 sambil hirup kopi.. hee~

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.