,

JJCM: Dim Sum @ U Sentral Masai

Masih bercuti di Johor Bahru.
Satu lagi tempat makan.
Kita dinner makan Dim Sum plak.

Terletak di U-Sentral Masai @ KipMart Masai.
Dim sum nya memang #thumbsup

Banyak pilihan Dim Sum.
Harga masa kitorang nak makan tu, RM10 untuk 3 bekas.
Ok la berbaloi gak kan.

Kitorang just order 6 bekas je sebab lepas tu nak melantak kat area Thai Street Food plak kat sebelah kedai ni.

Untuk yang tak nak makan berat waktu malam, boleh la cuba dimsum ni.
Sangat sedap, puas hati dan harga pun berbaloi.

Boleh order air sekali kat situ.
Murah kan?!
So apa tunggu lagi, pergi la cuba ye.

Hubungi :
 012-7855328
Waktu Operasi : 
Bermula dari 10.30 pg hingga 10.30 mlm
Lokasi :
U Sentral Masai Night Market, Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Johor Baharu, Johor.
Nota Jemari: Boleh bertambah berat dok serumah ngan sislin ni hahaha...Nasib kita tak berjiran ahhaa
Share:

4 comments:

  1. Wah..murah jugak..tak minat sangat dimsum, mungkin kena try 3 bekas dulu baru jadi hantu dimsum..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha kena belajar makan dari sis lin tu.. dia mmg antu segala makanan hehe..

      Delete
  2. salam singgah. best dimsum ni warna dia tu colurful. buat kita lagi terliur nak makan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam umi...
      Tq singgah..
      Kan colorful je tgk dim sum tu.. ni yg rs nak cari balik nnt ninahah

      Delete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.