Pagi cuaca sangat cerah, alhamdulilah.
Ingat tak ako ada tukar tiket kat airport aritu? So hari ni la kita nak naik The Peak, kawasan paling tinggi di Hong Kong. Nak tengok pemandangan bandar HK, memang kena naik the peak ni. Ada banyak cara nak ke sana. Boleh naik bas, teksi atau pun tram. Kamie memilih untuk naik tram aje memandangkan tiket yang dibeli dah termasuk tiket tram.
Pagi ni macam biasa breakfast ngan air milo panas segelas dan juga megi sup laksa.
Macam mana nak ke The Peak dari Yau Ma Tei???
- MTR Yau Ma Tei (Tsuen Wan Line) --> Central, Exit J2.
- Dari pintu J2 naik lif ke ground floor.
- Keluar je belok kanan dan korang akan nampak Chater Garden.
- Lintas jalan Queen's Road Central kat trafic light.
- Pastu terus jalan ke hadapan melalui Garden Road.
- Akan melepasi Bank of China & Citibank Plaza di sebelah kiri.
- St John Cathedral di sebelah kanan
- Dari jauh korang dah boleh nampak signboard "Peak Tram Lower Terminus"
Park ni macam tanah lapang je. Sesuai untuk istirehat petang-petang. Keliling situ macam kawasan pejabat sebab penuh dengan bangunan-bangunan tinggi.
Ikut je signboard. Tak sesat cuma penat sebab mendaki sket jalan nak ke Tram tu.
Dah nampak tulisan Peak Tram ni makna dah sampai la tu. Entrance kat belakang tu ke. Boleh beli tiket kat kaunter juga. Since kamie dah beli tiket online thru CTS, masih tetap kena redeem tiket asal The Peak ni ye. Takde nya beli online bole terus guna..(I is tak paham konsep nya...)
#tatap kena beratur ye untuk tukar tiket asal
Ramai juga manosia tapi ok la takde la kena tunggu lama sangat. Tram is cepat juga dan boleh masuk sekali ramai dalam tram.
#tiket dari CTS
#inilah ghope tiket selepas ditukar
Kena tunggu trip yang kedua baru dapat naik. Tapi takde la lama sangat nak tunggu. Tram ni macam tren kat Bukit Bendera je pun. hehehe... tapi laju gila. Ako lupa yang kat bukit bendera tu pun laju juga ke? Maklum, lama bebenor tak ke Penang hehehe..
#Pemandangan bandar hong kong dari dalam tram
View dalam tram, sama kan lebih kurang macam yang kat bukit bendera tu!
Tengkiu kakak sebab jadi model saya... :p
Nanti saya banjer kakak eskrem ye 🙊
#Comel la kakak pose depan tram.. nanti kita beli ceklat sesama ye :p
#sejarah The Peak
Jom kita terjah view paling tinggi iaitu kat Sky Terrace. Tiket entrance yang kitorang beli dah termasuk dah, Tram + Sky Terrace. So pape jom tuju kat situ dulu. Kuar je dari tram tadi korang naik je esklator sampai atas sekali.
#wow...... !!!
Kalau gi malam konpom lagi cantek view nya kan.
Kat atas ni opkos la kena posing-posing. Cari posisi view yang menarik kan.
Memang ramai manosia so pepandai la korang cari port ye.
#Percubaan pertama bergambar takde orang tapi gagal...
#Cubaan yang kedua pun gagal juga
#Last ko crop aje la manosia di sebelah hahahaha...
Memang payah nak cari port yang kosong. Kena banyak cuba dan cuba.
Nasib la gambar solo boleh dapat view yang memang ko sorang2 je kat situ hhahaa...Puas hati.
#Here I am di ketinggian 428 meter la tu kot kan hhahaha...
Masa ni cuaca dah mendung dah. Tanda hujan nak turun. Sebelum hujan turun dengan lebat, moh la kita turun. Nak snap kat luar bawah pulak kan.
View The Peak dari luar. Nampak bumbung atas sekali tu, ha tadi kita kat atas tu la snap snap gambar nya. Lepas posing posing kat bawah ni, hujan pun turun dengan lebat nya. Perghhh....
#Information Center
Masuk je dalam terus makan Waffle Egg with Vanilla ni.
Harga HKD68, boleh tahan harga nya kan #nangissss
Tempat wajib singgah.
Tak beli pun tetap nak jengah juga.
Kat sini Tshirt nya banyak pilihan, cantek-cantek pulak tu.
Kat luar Madamme Tussauds. Tak masuk pun sebab tiket nya mahal sangat. Dapat bergambar kat luar pun jadi la dengan derang ni. Yang pompuan tu memang haram ako tak kenal hahaha.. Yang actor laki tu Louis Koo.
Nah untuk adik ako... jadi la ngan Jackie Chan walau gambar kat dinding je pun hahahaa.
Hujan macam taknak reda je ni. Moh la kita turun.
Seriau gak kang kena ribut ke apa kat atas ni.
Minta dijauhkan.
Adik pun nak snap depan tram juga, tengkiu kakak sudi snapkan gambar ni. hahaha
Banyak nya borong kat tangan tu kan..
Oh ye, kat atas Peak ada market jual souvenir tu.
Ako memang suggest korang beli kat situ sebab harga boleh dapat lagi murah dari Ladies Market dan kualiti nya lagi bagus dari Ladies Market. Market tu, ko kuar je dari tram masa sampai, dah jumpa market nya. Kalau nak balik tak lalu market tu tapi still boleh singgah juga la. Ako bgtau takut korang terlupa pula kan. Kot ada plan nak singgah market selepas dah puas round the peak ke kan. So make sure sebelum masuk pintu keluar, kasi singgah market tu dulu k.
Tahu tak belakang tu apa???
Itu lah escalator terpanjang di dunia.
Dari The Peak tadi, sebabkan hujan yang sangat lebat, kita naik bas aje dari situ.
Memang kuar je The Peak tu dah nampak bus stop. Naik bas yang akan ke Central.
Central Mid-level Escalator memang terletak permulaan nya dari MTR Central.
Panjang laluan esklator ni adalah 800 meter. Tapi di sepanjang laluan tu, korang still boleh berhenti kat tengah-tengah laluan. Ako aritu tak sampai hujung pun, separuh jalan je wei sebab dah lapar sangat hahaha... terus cari kedai halal. Kat sini banyak kedai Arab so memang halal tau.
Esklator ni dari jam 6 - 10 pagi dia akan menurun tau. Selepas jam 10 pagi sampai 11 malam, esklator tu akan menaik. So sesape yang nak cuba esklator ni datang la lepas jam 10 pagi ye.
Hujan masih turun. Jom la kita lunch dulu. Korang google je la ye kedai halal sepanjang esklator ni. Ako memang saja nak makan kat kedai ni. Dia bukan jual piza je, ada nasi juga tau.
Kedai ni banyak cawangan nya. So kalau lapar dan tak jumpa kedai lain, boleh la cari lokasi kedai yang berdekatan ngan korang kat sana k.
#Pejam mata je tengok harga menu tu.
Last-last kitorang order set lunch je. Jimat sket sekali ngan air.
Kedai nya takde la besar, tak pulak kecik. Bersih!!
Staf pun peramah.
Nasi kari ayam.
Sedap weiii!!!! hahahaha...
Yang ni Nasi Beriyani Ayam.
Sedap juga!
Sape kat gi Hong Kong tak dapat makan nasi.
Sekali Nasi beriyani ada jual hahaha..
Lama juga kitorang lepak kat kedai tu. Tunggu sampai hujan reda.
Borak borak sambil check socmed , wifi pun percuma.
Kat kedai ni takde air panas ye. So tak payah la berangan nak minum kopi ke lepas makan. Sila cari kat kedai-kedai kopi yang lain.
Hujan tak reda, moh balik.
Dah separuh jalan menurun bukit, kakak ni baru teringat cermin mata tertinggal kat kedai tadi. Huhuh.. terpaksa menapak mendaki balik ke kedai tu balik.
Nasib la separuh jalan, buat nya dah sampai betul betul kat bawah jalan utama tu, hahah memang masak ar nak daki balik. Eh eh tapi takpe, esklator kan ada!! ;-)
Banyak lorong boleh ikut untuk ke jalan besar.
Konon nya dari Central ni, ako nak la cari Chrisly Inn Cafe @ Capital Cafe. Kononnya nak cari kuih egg tart yang halal. So bila google, kedai Chrisly Inn yang halal yang ada jual egg tart ni hanya di Shun Tak Center. Gigih la kitorang ke situ. Sampai-sampai je tak jumpa plak cafe nya. Try tanya orang tapi semua tak tahu. Frust gila. Pastu ako try google cawangan nya plak. Memang gigih pegi cawangan dengan harapan dapat la makan egg tart. Tapi hampa sebab rupa nya hanya kat Shun Tak Center je yang ada halal egg tart.
Ermmm nak patah balik memang tak sanggup ar.
Kesian pulak kat SisLin yang tetiba sakit pinggang tu.
Plus ako pun dah start sakit kaki.
So nak tak nak, kita pulang aje la dengan perasaan yang hampa.
Maybe pada korang yang nak try makan egg tart halal Chrisly Cafe tu, boleh try cari k kat Shun Tak Center tu. Shun Tak tu tempat terminal feri nak ke Macau tau. Ako ada perasan gak satu cafe kat situ tapi ntah nape tak tergerak plak nak bertanya. Ini makna nya memang takde rezeki nak merasa egg tart tu la kan.
Kami pulang awal ke hotel.
Memang nak rehat panjang sket.
Tak mampu dah nak bergerak ke mana mana lagi.
So tunggu cerita hari ke empat ye...
Nota Jemari: Nasib tak mengidam....
6 Comments
haha...kopi panas tu sis lin ke yang mintak...kah²..bestnya pi hong kong...
ReplyDeleteSaja igt nak mengopi lps makan nasi tu yg xuba minta air panas tp xde plak..ðŸ¤
DeleteHahaha tang nak bergambo berdua tu memang geram! Ingatkan ye la kita berdua, sekali nengok ermmm hampeh!
ReplyDeleteTang cermin mata tu nasib baiklah, kalau tak nangis gak aku tak dapat cerminnya, satu keje patah balik hahahaha
Sakit pinggang bikin spoil betul..huhuhuhu..
Mana nak cari wafer tu ek..teringat-ingat aku hehehe
Hahaaha kaann view dah cantek alih2 ada manosia lain di sebelah haha
DeleteWaffle tu cer ko try buat hahah
View atas the peak tu memang awesome..bila nak repeat lagi? kalau nak repeat bg tau..nak followwwww....
ReplyDeleteheheheh HK x repeat dah kot...
Deletemaybe gi tmpt lain dulu...
pssstt g japan nak follow x :p
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com