Tak sia-sia cuba masuk contest dari Majalah Gaya Travel.
Alhamdulilah, berjaya antara yang bertuah.
So dipendekkan cerita, malam 31 Ogos 2018, kita ke Istana Budaya untuk layan teater bertajuk "Tanah Akhirku".
Ye ye cerita berunsurkan sejarah & patriotik sket.
Bagi ako yang tak berapa minat sangat sejarah, jujur ako katakan jalan cerita nya agak berat sikit di permulaan scene. Tapi bila korang cuba baca sinopsis dan cuba paham balik apa yang cuba disampaikan melalui teater ni, baru la rasa ok sket.
Tanah Akhirku mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis yang
berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yin Feng. Yin
Feng lari daripada perang saudara dan pecah belah di China bersama ibu
dan adiknya ke Tanah Melayu selepas kematian ayahnya untuk mencari
kehidupan baharu. Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang
dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap. Dengan ketidak stabilan politik dan
pentadbiran pada ketika itu antara pembesar istana, pihak British dan
juga pengusaha lombong, tidak ada langkah mudah untuk meneruskan hidup
bagi pekerja-pekerja lombong di situ. Yin Feng pula semakin jatuh hati
dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri.
Cintanya juga turut mekar terhadap seorang lelaki Melayu.
Teater ni memang lain dari yang lain.
Memandangkan ianya berkaitan dengan kaum cina yang datang ke Tanah Melayu, so banyak dialog-dialog dalam teater ni adalah dalam bahasa cina. Nasib boleh paham sebab ada je translator bahasa kat tepi hall tu.
Untuk 5 minit pertama dah 5 minit terakhir, dia kasi amek gambar.
Overall cerita ni ok cuma pendapat
peribadi, korang kena tengok & hayati betul-betul jalan citer nya.
Kalau tak nanti korang takkan paham dan cepat rasa bosan.
Pape pun, terima kasih Gaya Travel atas tiket kemenangan tu.
Next time, kalau ada lagi tiket free, kasi roger-roger eh!!
Nota Jemari: Saya tak minat sesape, cuma suka tengok retis secara dekatdekat je...
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com