Good Morning Hong Kong!!
Mulakan hari kedua dengan megi goreng PEDAS dan segelas milo PANAS.
Perghhh memang kombinasi yang menarik.
Jangan cirit sudah la ye hahaha...

Perjalanan bermula pagi ni macam biasa dari MTR Yau Ma Tei.
Oh ye sebelum terlupa, dari hotel kamie nak ke MTR ni korang boleh la ikut pintu Exit C.

Ingat tak semalam kes yang ako terlupa nak tukar tiket kat kaunter CTS (China Travel Service)?! Memandangkan aktiviti hari kedua ni kamie akan ke Disneyland, maka nya sebelum jejak Disney, ayoh la kita ke Airport semula. Kebetulan laluan MTR/Express Tren memang sehala nak ke airport dan Disney. Jadi takde masalah la kalau kita ke airport dulu ye.

 #Airport Express ni mcm ERL

Cara ke airport dari Yau Ma Tei;
  1. Yau Ma Tei (Tsuen Wan Line) --> Lai King
  2. Lai King (Tung Chung Line) --> Tsing Yi
  3. Tsing Yi (Airport Express) --> Airport
Sampai je Airport, terus ke Arrival Hall (Terminal 1).
Cari kaunter no A04
If korang dah beli thru online kat website dia, still korang kena tukar tiket yang ada cop dari CTS. Kat kaunter ni korang boleh juga beli tiket-tiket entrance ke Ocean park, Disney, The peak dll dengan harga yang lebih murah. Jika beli di kaunter kena bayar secara tunai sahaja (HKD dollar).

Ako cadangkan jika korang masih teragak2 nak ke mana-mana, boleh la tanya kat kaunter pakej apa yang derang ada. Kalau tak silap, beli pakej lagi bertambah murah. So pepandai la korang riki-riki ye.
Dah setel urusan di CTS, moh la kita gerak balik ke Disney.

Cara ke Disney dari airport;
  1. Aiport (Airport Express) --> Tsing Yi
  2. Tsing Yi (Tung Chung Line) --> Sunny Bay
  3. Sunny Bay (Disneyland Resort Line) --> Disneyland Resort
 
Tren ke Disney ni memang tren khas ke Disney sahaja.
Comel plak tu tingkap & pemegang bentuk mickey.
Seat pun sangat selesa, empuk je kusi nya.

Abadikan gambar berdua di dalam tren Disney!!

Kejap je dah sampai stesen Disney Resort.

Nasib masa kamie sampai situ takde la ramai sangat orang.
Tapi ye la tu kan baru stesen belum lagi jumpa pintu masuk. hehehe..
Dah jom ar kita cari pintu masuk nya plak.

Tempat wajib pose!!
Kali kedua jejak Disney.. Yeehaaaaa!!!
Ada gak game baru rupa nya.
Kali ni memang cuba jejak semua tempat dalam tu.
Dari pagi sampai la Disney nak tutup.
Memang puas hati.
So jangan kecam ye, memang banyak gambar nak share ngan korang dalam entri ni.

Jom terjah jom!!!
Bukan budak je suka, mak pak budak pun teruja sama.

Dari pintu gerbang tadi, korang kena jalan lagi ye.
Cuaca agak panas, kalau korang bawa budak-budak, siap sedia kan la topi, payung, stroller dan yg sewaktu dengannya. Silap-silap air pun korang dah ready dari awal lagi. Haus kot perjalanan nak ke pintu Disney tu hahaha.. Tapi nak masuk memang tak bole la nak bawa air ye. Minum kat luar je la.

Pastu jumpa air pancut Mickey ni dulu ye.
Air pancut mickey tu dia bergerak tau, seolah-olah macam Mickey tengah berluncur la gitu.

Kena check beg. Wajib la kan memana theme park pun kena ada security check ni.
Tak strict sangat cuma dia x bagi penggunaan monopod dalam kawasan Disney. Tripod ako x pasti tapi so far ako x nampak pun orang guna tripod, meaning tripod pun tak dibenarkan la kan.

Ha tu dah melambai-lambai dah tu soh ke depan.

Hahah sabar ye... Tu dah nampak dah pintu nak masuk ke dalam.
Tiket disney ni ako beli online je melalui Klook.com.
Murah juga, korang leh je compare-compare harga dengan website lain.
Tunjuk je bar code then nanti derang akan tukar bar code kita ke tiket Disney yang sebenar.

Korang dah ready nak explore Disney??

Kalau bawa anak kecil, first thing, korang naik la tren kat bangunan tu. Pusing-pusing dulu satu disney dengan tren. Lepas tu baru decide nak kemana dulu. So bebudak takde la bosan dengan panas terik nya kan.

 #Main Street U.S.A

Kalau nak tengok show musical, show lampu-lampu, fireworks, kat jalan ni la derang akan lalu. So pastikan korang cari port kat depan-depan kedai tu k.

Masa kamie sampai tu ada sesi bergambar dengan beberapa karaktor kartun. Tapi nasib kamies tak baik sebab beratur panjang sangat untuk setiap karaktor. Maka nya kamie pilih untuk bersama Daisy dulu. Insyallah lepas jalan-jalan kita cuba balik untuk bergambar ngan karaktor yang lain kan.

Kamie mulakan misi mencari Mickey di Adventureland dulu.
Kawasan Adventureland ni ada 6 tempat korang boleh terokai iaitu:-
  1. Journey to Halloween Town
  2. Jungle River Cruise
  3. Karibuni Marketplace
  4. Liki Tikis
  5. Rafts to Tarzan Treehouse
  6. Tarzan's Treehouse
Rasa dalam banyak-banyak tu kitorang just pegi ka Jungle River Cruise je kot ahhahaa...
Yang Karibuni tu pun tersinggah sebab nak amek gambar ngan Russell karaktor dalam movie "UP".


Rumah Tarzan tu pulak sislin dah tak larat nak daki tangga, maka nya kita snap gambar rumah je la dari kejauhan.

Next kitorang ke Toy Story Land :-
  1. Barrel of Fun
  2. RC Racer
  3. Slinky Dog Spin
  4. Toy Soldier Parachute Drop
Masa kamie sampai situ, Woody & Jessie baru je selesai sesi bergambar kat area Barrel of Fun tu. Alaaaaa melepas lagi. Ako ajak sislin naik RC Racer tapi awal-awal dah kena reject hahaha...

#Agak-agak korang berani tak nak cuba RC Racer ni?


 #Slingky Dog Spin ni je yang sislin suka nak naik hehehe

 #hahaha nak naik tak?!! Ni budak-budak pun tak takut tau :p

Memula tengok dari jauh parachute ni macam takde la takut sangat. Sebab takat turun naik turun naik je kan. Tambah plak bukan laju pun, slow motion je. Tapi sekali bila dah naik sampai kat atas, tetiba rasa seriau dan gayat jadi nya hahaha.


Kemudian kamie ke FantasyLand. Kat sini banyak aktiviti untuk anak-anak.
  1. A Celebration of Coco cratft activity
  2. Cinderella Carousel
  3. Dumbo The Flying Elephant
  4. Fairy Tale Forest
  5. Fantasy Garden
  6. Halloween Time Festival Garden
  7. HK Railroad
  8. Its a small world
  9. Mad Hatter Tea Cup
  10. Winnie the Pooh Adventure
  11. Mickey's Philharmagic
  12. Sleeping Beauty Castle
  13. Sword in the Stone
 #Mickey's Philharmagic

Ni macam konon-konon Mickey buar konsert orkestra dengan Donald dan karator lain.
Menarik untuk anak-anak. Sebab indoor, sejuk dan rileks je.

#It's A Small World

Dunia anak-anak kecil. Duduk dalam bot pastu ada lagu sambil korang tengok patung patung menari mengikut negara memasing. Ni pun rilek sangat tapi awas ye bawa budak-budak kena pastikan keselamatan mereka. Sentiasa berada di dalam bot sepanjang penggembaraan korang kat dalam tu.

#Sebenarnya kat dalam ni tak boleh amek gambar atau video tau.. syyhhhh!!


Tetiba hilang ingatan plak yang ni yang mana satu hahaha.. tapi yang ako ingat masuk sini Mickey akan bawa kita menjelajah ke alam buku. Macam real weii... rasa nya yang ni la Mickey's Philharmagic Story Book kot hahahaa... Seriously yang ni memang best tau!! Teruja sangat bila tengok magic dia. 

 Kisah nya konon Olaf ni tetiba sesat kat dunia musim panas. Olaf kan patut nya kat musim sejuk je. So Goofy & Mickey cuba cari jalan untuk bawa Olaf ni balik ke musim sejuk. Bermula la penggembaraan Mickey, dia masuk dalam buku tu yang dia sesat kat dunia aladdin la, jumpa little mermaid la, last-last baru la dia jumpa ngan Elsa.. Hahhaha bila elsa kuar makna nya dia dah boleh hantar olaf pulang. Lagi lama penggembaraan dia, makin cair la olaf. hahaha memang real betul. Ni pun best tengok tau!!

Ha baru jumpa gambar. Citer mickey tadi bukan kat Philharmagic tapi di Mickey Storybook Theater.

Jom ke Tomorrowland pulak.
  1. Hyperspace Mountain
  2. Iron Man Experience
  3. Iron Man Tech Showcase
  4. Orbitron
  5. STAR WAR: command post
Punya la beratur panjang kat sini, ingatkan ada games ke apa kan. Rupa-rupa nyaa....

Just amek gambar ngan budak kemetot ni je hahahaa... 

#Space Trader @ Hyperspace Mountain

hahhaa yang ni sumpah ako tak tau game dia adalah roller coaster. Dah beratur, dah nak sampai kat barisan depan baru nampak rupanya kena naik roller coaster. Nak tak nak sis lin kena la naik sama ye. Roller coaster ni indoor dalam gelap. memang syiokkkkk!! Tak takut sangat sebab ko tak nampak apa apa pun kan. Tapi memang puas la menjerit kat dalam tu hahaha.. 

Bagi peminat-peminat roller coaster, ako memang rekomen korang naik ni tau!! Seruiously memang seronok hahhaaa..

 #Iron Man Experience

Iron man ni macam 4D spaceship. So korang dah bole bayangkan la games dia mcm mana kan.

Akhirnya dapat gak snap ngan Goofy & Pluto ni. 

 
Penantian satu penyeksaan. Berpeluk ketiak dibuatnya. Nak menunggu giliran untuk bergambar ngan 2 karaktor wajib ni harus la kena gigih tabah dan sabar menanti.

                                   

Lunch kitorang just makan waffle halal ni je. Harga waffle plus lemon tea HKD87.
Waffle ni korang leh jumpa kat bahagian depan berdekatan dengan USA Street.
Ada 2 restoran halal kat dalam Disney ni. The Tahitian Restaurant @ Adventureland dan satu lagi Explorer Club Restaurant @ Mystic Point. Tapi masa kamie ke sana restoran Tahitian tutup. Dan kami tak sempat plak nak cuba makan di Explorer Club. Sudah nya memang lunch kamie hanya waffle semata-mata. Kembung minum air je... Walau air agak mahal tapi terpaksa gak la beli kan. Dia jual air HKD60 untuk 2 botol. 

Lebih kurang jam 4 ke 5 petang kitorang tengok parade.
Sambil makan waffle sambil layan parade.

                                     


Lepas tengok parade ni, kitorang sambung lagi main games hahahaa...
Kali ni kita singgah ke Mystic Point.
  1. Garden of Wonder
  2. Mystic Manor
  3. Mystic Point Freight Depot 
Last kamie ke Grizzly Gulch;
  1. Big Grizzly Mountai Runaway Mine Car
  2. Geyser Gulch
  3. Wild West Photo Fun

#ada bran nak naik roller coaster go stan

#Ada sesape nampak tak muka wanted ni 🙈


#pastu tengok teater musical Moana @ Adventureland

Masa ni dah petang sangat.. Kaki pun dah sakit-sakit, dah tak larat nak jalan lagi dah. Moh la kita lepak kat bahagian depan je sambil soping-soping.

Berderet kedai soping tau kat bahagian USA Street. Kedai-kedai nya bersambung-sambung, so korang x payah nak kuar masuk, nak bayar kat kedai lain pun boleh sebab sumer nya sama je.

Hahaha kenal tak atok ngan budak scout ni??!! Last karaktor yang kitorang dapat snap gambar. Gigih la beratur nasib sempat dapat juga giliran yang paling akhir sekali. Ada juga budak-budak yang masih gigih nak beratur tapi memang tak dapat la dik non oiii.. Kakak ko ni takde hati perut nak bagi kat korang ye. Kang kakak gigit jirit jari je, dah la kakak jauh nak datang lagi ni hahaha.. Minta maaf la ye. Dari awal tadi ako gigih nak beratur asyik x dapat je kan untuk karaktor lain. Maka nya hati kena keras la ye. Tak boleh nak kesian kat budak-budak time camni hahhaa haddoiii😅

Ok nak bagitau ni, ini lah ghope deretan kedai-kedai souvenir. Sepanjang sampai ke belakang korang boleh beli macam-macam dalam tu. Sediakan aje duit yang cukup. Penggunaan kredit kad pun boleh digunakan kat situ. Tapi katakan korang tak puas nak soping kat sini, nanti masa kat Airport pun ada tau kedai Disney. So jangan pening-pening kepala k.

Dah malam kan, jom kita tunggu parade lampu-lampu jam 7:15 malam kalau tak silap.
Semua orang dah ready dah.. Memasing dah amek tempat. Masa ni dapat lunjurkan kaki, sangat la nikmat hahaha.



Selesai parade lampu ni, last kita tengok show "We Love Mickey" dalam pukul 8:15 malam.


 #Pastikan korang berada di hadapan bangunan kedai yang pertama tau

 
 Penutup memang meriah sangat!!!
We love Mickey!!

End of the day...
Penat dah terus je balik hotel.

Nota Jemari: sayang takde plak firework....