, ,

Teater : Tanah Akhirku

Tahniah!!!
Tak sia-sia cuba masuk contest dari Majalah Gaya Travel.
Alhamdulilah, berjaya antara yang bertuah.
So dipendekkan cerita, malam 31 Ogos 2018, kita ke Istana Budaya untuk layan teater bertajuk "Tanah Akhirku".

Ye ye cerita berunsurkan sejarah & patriotik sket.
Bagi ako yang tak berapa minat sangat sejarah, jujur ako katakan jalan cerita nya agak berat sikit di permulaan scene. Tapi bila korang cuba baca sinopsis dan cuba paham balik apa yang cuba disampaikan melalui teater ni, baru la rasa ok sket.

Tanah Akhirku mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis yang berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yin Feng. Yin Feng lari daripada perang saudara dan pecah belah di China bersama ibu dan adiknya ke Tanah Melayu selepas kematian ayahnya untuk mencari kehidupan baharu. Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap. Dengan ketidak stabilan politik dan pentadbiran pada ketika itu antara pembesar istana, pihak British dan juga pengusaha lombong, tidak ada langkah mudah untuk meneruskan hidup bagi pekerja-pekerja lombong di situ. Yin Feng pula semakin jatuh hati dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri. Cintanya juga turut mekar terhadap seorang lelaki Melayu.

Teater ni memang lain dari yang lain.
Memandangkan ianya berkaitan dengan kaum cina yang datang ke Tanah Melayu, so banyak dialog-dialog dalam teater ni adalah dalam bahasa cina. Nasib boleh paham sebab ada je translator bahasa kat tepi hall tu.
Untuk 5 minit pertama dah 5 minit terakhir, dia kasi amek gambar.
 
Overall cerita ni ok cuma pendapat peribadi, korang kena tengok & hayati betul-betul jalan citer nya. Kalau tak nanti korang takkan paham dan cepat rasa bosan.
Pape pun, terima kasih Gaya Travel atas tiket kemenangan tu.
Next time, kalau ada lagi tiket free, kasi roger-roger eh!!
 
Nota Jemari: Saya tak minat sesape, cuma suka tengok retis secara dekatdekat je...
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.