, ,

Kenali Ciri-Ciri Keselamatan Wang Kertas Malaysia

Apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan wang di tangan kita adalah tulen? Bagaimana dan apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk memeriksa mata wang kita?

Wang kertas Malaysia telah menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang berkualiti tinggi supaya apa-apa percubaan untuk memalsukan wang kertas tulen menjadi lebih sukar.


Ciri-ciri Keselamatan Wang Kertas

Antara ciri keselamatan yang boleh dikesan ialah:
  • ·         cetakan timbul (intaglio printing)
  • ·         potret tanda bayang (watermark portrait)
  • ·         tanda pandang telus (perfect see-through register)
  • ·         benang keselamatan tertanam (embedded security thread)
  • ·         benang keselamatan kanta mikro (micro-lense security thread)
  • ·         petak kilat berwarna (coloured glossy patch)
  • ·         teks mikro (micro letterings)
  • ·         unsur cahaya pendarfluor dua warna (two-colour fluorescent element)
  • ·         teks dan logo (text and logo)
  • ·         benang serat keselamatan (security fibres)

  
Kaedah Memeriksa Ketulenan Wang Kertas

Antara kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti ketulenan wang kertas ialah melalui Rasa, Lihat, Sendeng dan Periksa.

1. Rasa kualiti substrat wang kertas

Kertas yang kesat dengan cetakan timbul pada bahagian potret SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan teks.

 Wang polimer diperbuat daripada plastik khas dengan cetakan timbul pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan teks.

2. Lihat wang kertas berlatarbelakangkan cahaya 

Tingkap pandang telus dengan cetakan angka ‘1’ dan ‘5’ dicetak timbul pada wang kertas polimer.

Potret tanda bayang 3-Dimensi dan tingkap pandang telus akan kelihatan.

Tanda pandang telus bentuk lengkap angka setiap denominasi akan kelihatan

Garisan halus lurus benang keselamatan kelihatan  di dalam wang kertas (RM100)

3. Sendeng - pegang wang kertas menegak dan sendengkan

Motif sulur kacang berubah warna daripada hijau kepada ungu (RM5)

 Lihat pada pergerakan imej dan perubahan warna pada benang keselamatan dan petak kilat berwarna.


4. Periksa wang dengan menggunakan peralatan

 Peranti cahaya ultraungu - substrat kertas tidak akan berkilau kecuali pada ciri-ciri keselamatan yang tertentu.
Kanta pembesar - tulisan teks bersaiz mikro akan kelihatan jelas.


Laporkan Wang Palsu

Tahukah anda bahawa jika anda mencetak, menyimpan dan mengedarkan wang kertas palsu, ia merupakan suatu kesalahan jenayah? Wang kertas palsu tidak mempunyai apa-apa nilai. Jika anda ragu-ragu mengenai ketulenan wang kertas ketika melakukan transaksi, ikuti langkah mudah yang berikut:

  • Jangan edarkan semula wang kertas yang disyaki palsu
  • Jangan tulis, conteng, potong atau ubah keadaan asal wang kertas yang disyaki palsu
  • Simpan wang kertas yang disyaki palsu dalam sampul surat atau sampul plastik
  • Catat maklumat bagaimana anda menerima wang kertas yang disyaki palsu dalam kertas yang berasingan
  • Laporkan dengan segera jika anda mendapat wang kertas yang disyaki palsu kepada pihak polis 



Hukuman Berkaitan Wang Palsu

Undang-undang berkaitan dengan wang palsu.


Undang-undang Malaysia: Akta 574 Kanun Keseksaan

Kanun Keseksaan Kesalahan Hukuman Maksimum
489A Memalsukan wang kertas Penjara 20 tahun & denda
489B Menggunakan wang kertas palsu Penjara 20 tahun & denda
489C Memiliki wang kertas palsu Penjara 10 tahun
489D Membuat atau memiliki peralatan untuk memalsukan wang kertas Penjara 20 tahun & denda

Sumber: Bank Negara Malaysia

Nota Jemari: Harap lepas ni semua orang dah boleh bezakan duit palsu dengan duit betul.
Share:

4 comments:

  1. Info yang sangat bagus..
    Terima kasih kak Retna.. :)

    Aku kalau dapat duit renyuk, itu jam aku minta tukar hahahaha tu psen aku ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...duit renyuk ok lagi janji no siri x hilang..

      Delete
  2. Skrg dh mkin canggih org buat duit palsu, ada yg ssh nak detect

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kaann....
      Bila duit kita jatuh, ini lah salah satu punca nya..

      Delete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.