Perancangan selama setahun akhirnya terlaksana juga.
Ahad, 25 Mac 2012.
Pepagi buta dah gerak ke LCCT sebab flight aritu adalah pada jam 8.30 pagi.
Soploh jam dalam flight memang kebas arr montot.
Here we go!!
Christchurch, we're coming!!
Christchurch, we're coming!!
Lebih baik kowang order makanan sesiap thru online.
Ada pelbagai pilihan mengikut menu, "Malaysian", "International", "Vegetarian", "kids meal", "sandwich", etc. Harganya lebih kurang RM26 termasuk 2 kali kowang dapat makan.
Kowang leh dapat list menu kat sini.
Honestly cakap, sumer makanan memang superb sedap!!!
Hehehe ke sebab ako lapar sangat ek? al-maklum arr takut dah sampai kat NZ tu nanti, susah nak dapat makanan sedap2 macam tu kan ;p
Jam 11:55 malam (waktu tempatan) kitorang selamat jejak kaki kat airport Christchurch.
Bapak lama masa ni nak tunggu giliran tuk cop pasport. Apa taknya, kaunter yang dibuka hanya satu je!! Satu lagi untuk VIP lane, dan satu lagi untuk warga pasport NZ. Yang lelain, ko tunggu la giliran memasing ye. Lebih kurang sejam juga la nak sampai ke giliran ako.
Sebab dah lama menunggu, dan sebab nak jimat masa, so kitorang bertiga terus ke kaunter bersama-sama. Seb baek pegawai imigresen yang cop pasport kami tak banyak songeh.
Oh ye, lupa nak inform kowang, masa atas flight kowang kena isi borang masuk ke NZ.
Isi la borang pasal details, pasal tujuan kita masuk ke negara mereka & paling penting korang jangan lupa declare barang-barang makanan yang kowang ada bawa bersama.
Macam kes ako, opkos kena declare sebab ako kan siap bawa sambal ikan bilis sampai 2 tupperware. Bawa megi, 3 in 1 milo, biskut, tuna etc. Barang-barang kering ok lagi arr derang x kisah sangat cuma sebab ako bawa masakan homemade, so derang memula cam was-was juga. Tapi setelah diterang dengan jelas apa isi kandungan ikan bilis tu, maka pegawai yang check tu berpuas hati & sumer barangan makanan yang kitorang bawa selamat!!
Derang memang strict sket. Lepas kita declare, derang soh asingkan barang-barang makanan tu letak dalam satu plastik. Kemudian, sebelum kita dibenarkan kuar dari kawasan menge'check', beg kita kena scan plak. Oh ye before amek beg, iaitu lepas aje kita cop pasport, ada sorang pegawai ni siap bawa anjing dok jalankan misi. Dia akan hidu bau-bau seperti daging dan ayam. Dipendekkan citer, member sorang tu terbawa burger mcD dari msia, maka tak pasal-pasal anjing tu dah terhidu satu bau kat beg dia. Dan diminta dengan segera oleh pegawai tersebut untuk memeriksa isi kandungan beg member tu.
Sebab tak jumpa apa yang dicari, then kita pun explain la kat dia yang memang kita ada bawa burger tapi dah selamat masuk lam perut masa kat flight. Puas hati dengan jawapan, maka kami pun terlepas la dengan lega nya. So pesanan tuk kowang yang nak ke sana, make sure jangan sekali sekali dok gatal letak sesuatu yang berbau daging atau ayam ke dalam hand luggage kowang. Negara derang tu memang strict dengan bahan-bahan mentah seperti daging dan ayam. Nasihat, klu nak bawa serunding, bawa serunding ikan sahaja ye! ;-)
Jam dah menunjukkan lebih kurang 1 pagi (waktu tempatan, malaysia 5 jam lewat). Cuaca sejuk berangin. Tak sabar nak cari kereta sewa yang dibooking awal-awal masa kat Msia. Sebab masing-masing kelam kabut dok gigil menahan sejuk, kereta yang dicari tak jumpa-jumpa.
Sekali lagi, diingatkan, bila kowang dah book kereta awal-awal, pihak penyewa ada memberitahu lokasi derang letakkan kereta tersebut. So sila alert dan mencari dengan keadaan yang tenang. Mereka akan meletakkan kereta tersebut di kawasan "short term" parking.
Mencari di dalam keadaan yang tergesa-gesa dan kelam kabut, memang payah nak jumpa dengan segera. Jadi nasihat ako, sila bertenang dan mencari dengan rileks sahaja. Insyallah, bila kita rileks, tentu kita tak tension. Bila tak tension tentu kita dapat drive dengan tenang walau keadaan masa tu dah tengah malam hanya kowang berdua je kat tapak parking time-time gitu.
Dapat jumpa kereta, terus bayar parking. Maksimum bayar parking, derang soh sediakan dalam NZD30 tapi rasanya x sampai kot kena bayar harga tu. erkk sori time bayar parking bukan ako yang g bayar ek. hehehe
Sebab dah terbaca kat blog biqque aritu, maka kami dah sesiap sediakan wang kecil untuk bayaran parking ni.
Itu lah kereta yang kami sewa selama 9 hari pengembaraan kami di South Island New Zealand. Jadi la, kereta paaalinggg murah untuk kegunaan kami berdua je. Harga sehari adalah NZD38 darab dengan 9 hari kami menyewa ditambah dengan NZD10 airport fee (fee masa pemulangan).
Bagi kowang yang plan nak drive ke sana, cari la harga-harga kereta yang bersesuaian dengan budget kowang ye. Cari dan bandingkan satu company sewa kereta dengan satu company yang lain, bila dah puas hati dengan harga tersebut, baru la kowang booking! So far alhamdulilah, walau agak 'lama' kereta nya tapi berjaya juga membawa kami mengelilingi pulau selama lebih kurang 9 hari dengan selamat dan jaya nya tanpa sebarang halangan atau dugaan.
So, are u ready gals????
Lets move it!!
Nantikan sambungan permulaan perjalanan penggembaraan kami .....
Nota Jemari: ..next entry pasal 'menyamak'
9 Comments
salam....seronoknya dengan sewa kereta - lagi le murah ! lain kali cuba usha2 kat saya...mana tahu boleh join sekali ! ok wait for next N3
ReplyDeleteako, gigihnya korang sampai2 terus drive. tak penat ke? sewa dgn company apa? sekali gps ke tak?
ReplyDeletetiba2 rindu kat NZ datang balik...hehehe. wahhh sampai malam rupanya. tak penat ke? ingatkan tido kat airport. ;)
ReplyDeletecepat2 sambung!
kak sonata,
ReplyDeleteehehehe insyallah klu ada rezeki lagi nnt saya usha2 tanya akak ye :p
fatt & John,
aha sampai2 terus drive. Memang dah plan awal2 gitu. ala sama je macam biqque buat lebih kurang.
Kitorang sewa kete dengan company ni
http://www.nzrentacar.co.nz/
tak amek GPS pun. So memandu berdasarkan map semata2. Alhamdulilah memang berbaloi map di tangan hehehe.. insyallah tak sesat sebab signbod kat sana memang sangat impresif!!
menarik tu travel dengan sewa kereta yang dipandu sendiri. nak kesana jugak lah, tapi dengan berbasikal je hehehe ...
ReplyDeletehahaha mana tahu jadi kenyataaan naik beskal je.. chaiyokk!!! ;p
ReplyDeleteBest kan driving! Takde gps pun xde hal sbb map je dah cukup. Senang kan jalan diorang. Rindu sgt nk driving kat sana...
ReplyDeleteKat sini perlukan national driving license kan Ako...x sabar ni nak baca kisah seterusnya...jap..jap..nak beli potato chips samabil baca...hahahaha
ReplyDeleteEh x payah... Msia lesen je sbb lesen kita sama ngan diorg drive belah kanan
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com