Hari ketiga, 27 Mac 2012.

Nyenyak sungguh ako tido.
Sedar-sedar dah jam 8 pagi.
Kena sesiap cepat coz nak kejar waktu parking yang FREE.
Coz tepat jam 9 pagi je tempat yang kitorang park akan dikenakan bayaran.

Ngam-ngam sampai kat kereta, lagi seminit jam 9.
Peronda trafik dah siap tunggu kat tepi mesin parking.
Dia dah ready dah nak check kereta mana yang takde tiket.


Parking kat sana kowang kena tengok betul-betul.
Contoh macam tanda kat atas tu.
Itu tanda nya tempat parking tu untuk 120 minit bersamaan dengan 2 jam sahaja.
Ada tanda parking 5, 60 dan 30 minit.
So, nak parking kena la tengok betul2 eh berapa jam kowang nak letakkan kenderaan kat situ.

Orait, perjalanan hari ni adalah menuju ke Invercargill.

Check out je dari hostel, terus kita menuju ke kilang coklat Cadbury, tak jauh pun dari hostel kitorang. Lebih specific lagi, terletak berdekatan dengan stesen keretapi Dunedin.

~Cadbury Factory~

Besar juga kilang cadbury ni. Tiket masuk untuk dewasa adalah $18 (diskaun untuk warga emas dan pelajar), manakala kanak-kanak adalah $12 (15 tahun ke bawah), bagi kanak bawah 5 tahun adalah percuma. Memula ako macam malas nak join tour derang tapi bila pikir-pikir, bukan slalu akan sampai sana, maka terbeli juga la tiket untuk ikut menjelajahi kilang cadbury tu. Tapi kalau kowang tak nak ikut tour, bole aje. Kowang just masuk kat bahagian yang info & jual pelbagai jenis ceklat tu ke la k.

Bila kowang dah daftar nak join the tour, nanti ada sorang tour guide akan bagi arahan apa yang patut dan tak patut kowang buat sepanjang kowang kat dalam kilang tu. Syarat utama yang penting, kowang tak boleh bawa kamera, video, henpon dan yang sewaktu dengan nya. Memang frust la kan coz x dapat nak rakam kan saat-saat indah kat dalam tu. Lepas tu kowang akan diberi penutup kepala (sape-sape yang pernah keje kat kilang, maybe tahu la kot kan.) Penutup kepala tu macam kowang pakai shower cap la gitu hehe. Then bagi lelaki yang ada janggut & misai, derang akan bagi penutup mulut juga. Ini untuk menjaga kebersihan la ye sepanjang berada kat dalam tu.

Lagi satu derang akan bagi kowang satu plastik dan sekeping ceklat dalamnya. Memula tertanya juga, nak buat apa la plastik tu kan.

Then, bila dah mula menjelajah, dia akan bagi penerangan, pastu dia akan tanya soklan.
So, sesape yang dapat jawab, dia akan bagi ceklat. Klu kowang buat baik kat dalam tu,(contoh macam tetiba spontan kowang terbuka kan pintu untuk yang lain, otomatik klu dia baik hati dia akan bagi kowang coklat juga). Apa saja yang kowang tanya atau jawab soklan, dia akan bagi coklat. So, kira untung la klu sape yang banyak bertanya, banyak la coklat yang kowang leh kumpul secara percuma. ;-)

Dan di hujung penjelajahan, dia akan bagi kita makan coklat yang fresh baru kuar dari oven. Ermmm memang nyummmy!! Silap haribulan kowang nak minta satu lagi portion coklat tu. Lemak berkrim!!


Siyes, memang puas hati la ikut tour dia.
See, ceklat dalam plastik ako idok la banyak.
Ater ako bukan nya rajin nak bertanya dan menjawab kan.
Jadi la kan daripada takde langsung. hehe 

~Baldwin Street~

Kemudian kitorang ke Baldwin Street - Steepest Street in th World.
Dalam banyak-banyak jalan, satu ni je tau jalan yang paling cerun kat situ.
Berpeluh ketiak juga la nak mendaki nya.
Ako respek betul orang yang tinggal kat area situ.
Perghhh tetiap pagi dah kira exercise OK!!
Naik turun jalan tu je. Rasa klu hari-hari ako berulang alik kat jalan tu boleh kurus gak nya kan?! hahah


Nak juga baring kat jalan tu.
Dah tak kira dah, bersih ke kotor. Tapi so far memang bersih je la negara derang ni.


Nah, bukti betapa cerun nya jalan tu.
Tak rasa senget plak ek orang-orang yang bina umah kat jalan tu?!
hahahaa


Sebagai bukti kowang dah daki jalan tu, kowang leh arr gi kat kedai souvenir dia kat tepi jalan besar sebelum masuk ke baldwin street ni. Dapatkan certificate ni yang besar saiz A4 harga nya dalam $4 (klu x silap ek, terlupa plak), yang kecik macam ako punya ni harga nya $2 sahaja.


Masa kat sana tetiba TERindu kat kawan sebelah ni maka tu yang TERkirim poskad buat dia. Tapi sampai ke sudah, poskad nya tak sampai-sampai pun lagi ke tangan tuan empunya diri. Erkkk moskel! moskel!! Nak kata salah alamat, dah betul dah tu. Ermmm maybe abang posmen tertarik kat gambar poskad tu yang dia sorok kot x hantar ke penerima yang sepatutnya?!! hahaha..

Sorry la ek kawan, poskad ko tu ako pun x pasti sampai ke tak nanti?!!


Ni otw ke Invercargill tapi kita plan konon nak menyinggah ke area Catlins.
Konon nak gi tengok Lanarch Castle.
Seriau juga jalan ke sana. Jarak sekaki je tu ako rasa dari tebing jalan ke laut.
Gurlpppp!! Tawakal dengan pemanduan 'berhemat' dari si pemandu, memang bak kata pepatah, "bagai nyawa di hujung tanduk"!!!

Tapi alhamdulilah takde pape. Fuh lega!!!

Jalan ke Lanarch Castle memang mencabar.
Bersimpang siur, macam ko naik genting tapi hanya ada satu lorong jalan je.
Suasana memang macam kowang tengok dalam filem, kiri kanan jalan hanya pokok, rumput, pokok rumput. Memang sunyi giler. Dari jauh kowang memang takkan nampak castle ni coz derang memang dah set castle ni terlindung dengan hidupan tumbuhan.

Even klu ko sampai dah kat pintu masuk ni pun, ko hanya akan nampak pintu sket je castle tu.
Tapi memandangkan ekceli castle ni takde dalam list lawatan ako, maka ako macam berat hati nak masuk. Tambahan plak, ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam tu.

Dewasa (castle & ground) - $27, kanak-kanak $10
Dewasa (ground sahaja) - $12.50, kanak-kanak $3

Sebabkan ako cam malas hehehe maka idok la ada gambar castle nya tu ye :p


Teruskan perjalanan, kita menyinggah plak ke "Royal Albatross Colony".
Tak jauh daripada kawasan castle tadi. (erkk takde la juga dekat...)
Konon nya la kan nak la tengok burung albatross ni coz tempat ni salah satu tempat yang di rekomen oleh lonely planet tapi haram sampai ke sudah x juga jumpa. Cuma ada lah kitorang nampak sejenis burung putih ni, tak pasti itukah burung albatross nya tapi tetap nam snap gambar burung tu jgk. cer korang tengok, betul ke ni burung albatross???

~ni ke burung albatross??~

Mencabar juga jalan-jalan kat sana.


Pemandangan kat sana sumer cantek-cantek tapi siyes jangan tanya ako ek kat mana tempat tu. hahah sungguh, sebab terlalu banyak sangat sampai dah x teringat sumer tempat-tempat tul. Asal ada je pemandangan yang cantek, musti benti dan amek gambar.


Masa kat area albatross tu, sempat kitorang cari air panas dan buat megi.
Perghhh saat ni memang nikmat sangat-sangat.
Lapar pun iye juga, apa taknya dari pagi hanya telan beberapa keping roti sampai la ke petang tu masih kena makan roti dan megi je pun. Bak kata makanan ruji kami kat sana adalah roti semata-mata.

On da way ke Invercargill, kitorang plan nak ke Slope Point (the most southerly place on the South Island). Waktu ni hari dah makin gelap. Gara-gara nak ikot Scenic Road untuk ke slope point tu, kitorang dah melalui satu pengalaman yang menyeramkan memandu dalam gulap gulita di tepi lereng tasik dan hutan sampai terlanggar seekor arnab liar. 

Siyes, klu kowang plan nak ikot jalan scenic road tu, better kowang memandu di waktu siang. Scary ok macam ko lalu kawasan yang ber'antu'. Tambah plak masa tu dengan kilat dan petir, hujan yang lebat. Bayangkan ko lalu tepi pantai, minta dijauhkan dari 'tsunami' la time tu. Dengan takde signal telipon, dengan minyak kete yang tinggal lagi satu takok je. 

Jauh perjalanan nya. Tapi kalau kowang betul-betul nak ikot jalan tu, sila pastikan tangki minyak penuh, dan lalu di waktu siang sahaja. Sudahnya kitorang hanya sampai setakat papan tanda 'slope point' sahaja. Jadi la kan, atlis kitorang betul2 dah berjaya mengelilingi south island sampai ke hujung selatan. hehhe..  


Hentian kami yang terakhir untuk hari itu.
Kami tiba di sana lebih kurang jam 10 malam.


Kami bermalam di Tuatara Lodge yang berharga NZD29 (female room).
Alhamdulilah tak susah nak cari hostel ni.
Cuma sebabkan kami terlalu lewat sampai kat sana, so ada sket susah la nak masuk ke dalam hostel nya tu. Kesnya sebab ako terlupa nak inform pihak hostel yang kami sampai lewat kat situ. Jenuh juga la ketok pintu hostel tu sebab derang akan kunci pintu utama lepas jam 8 malam.

Nasib kami baik. Ada sorang staf terdengar 'jeritan' ako kat luar, maka dia pun tolong bukakan pintu. Dan nasib baik la dia takde nak sound or marah2 sebab kitorang check in lewat sangat.


Memandangkan dah lewat sangat kitorang check in, so kira mostly sumer penghuni bilik kami dah masuk tido. Dan memandangkan juga bilik yang kitorang dapat tu, keluasan nya idok le besar mana, maka kitorang plan sebelum masuk tido, kitorang lepak dl kat koridor bilik. Mandi, makan dan sesiap pakai baju yang nak dipakai keesokan hari nya. Kebetulan esoknya kitorang kena check out awal dalam kul 4 pagi, gara-gara nak mengejar milford sound jam 9 pagi esoknya tu.

Penat tapi nak berjalan punya pasal, bertahan je la ek.
Lebih kurang jam 12 tgh malam baru masuk bilik tido.
Takde la nakk explore sangat hostel ni cuma nak inform, bangunan hostel ni agak lama la juga. Lif yang dia gunakan pun jenis yang besi yang hanya ada kat bangunan lelama je. Agak2 kowang leh bayangkan x lif nya camne? hehe... Tapi sebab dia cover dinding lif tu dengan wall paper yang cantek, maka takde la risau sangat. Kita takkan perasan sampai la ako terbaca warning yang tertampal kat pintu lif tersebut.

Frust tak dapat nak menjelajah pekan invercargill.
Jam 3.30 pagi dah bangun, gosok gigi, basuh muka sket then lebih kurang jam 4 pagi kitorang dah kena gerak ke Milford Sound. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari sini.

Fengsannn!!! Dan perjalanan kami akan bersambung lagi...

Nota Jemari: walau sekadar jadi 'kelindan'.. tetap rasa penat..kebas montot..