Selongkar kereta.
Atas bawah, kiri kanan, luar dalam.
"GPS takde!!!"
"OMG!"
Memasing dah cuak. Tak puas hati.
Cari dan terus cari. Celah kusi, bonet, sumer ruang besar dan kecil dalam kereta.
Tapi tak jumpa!
OK, tarik napas!
Try tengok balik borang booking.
Sah, memang tak amek GPS!
Erkk gila apa?!!
Bukan masa booking, ako dah sesiap tick kat ruangan GPS?!!!
Gurlpp...
Ok sorang dah cuak, sorang dah mula naik berang.
Errmm... try contact emergency no company kereta tu tapi masuk voicemail.
What the hell, emergency no ko letak voicemail.
Takpe, tawakal aje la.
Terus amek brochur yang kita amek kat i-site tadi dan buka map south island. (later ako tempek map yang dah jadi lunyai tu kat sini)
Perjalanan kami hari itu sangat panjang.
Bermula dari Christchurch melalui --> Leeston --> Rakaia --> Ashburton --> Winchester --> Timaru.
Masa ni jam menunjukkan lebih kurang jam 1.30 pagi.
Sejuk!!
Berhenti kat tepi jalan untuk melakukan proses 'menyamak'.
Ni gara-gara beg kena hidu ngan anjing masa kat airport.
Sebab tak confident, sebab tu kita samak mana2 yang patut.
Jenuh juga nak cari tanah dan air pepagi buta kat tepi jalan.
Masa sampai kat roundabout Ashburton ni, tertarik plak nak bergambar.
Memandangkan kami terlupa nak bawa tripod, maka setiap kali bergambar, bumbung kereta la kami jadikan mangsa untuk jadi tripod.
Roundabout kat situ takde la besar mana pun. Cukup la laluan untuk satu kenderaan lalu kat simpang tu. Then bila kami dah park kereta kat tepi salah satu laluan, confirm la menjadi halangan untuk kenderaan lain untuk melepasi laluan kat roundabout tu.
Gamble!
Cecepat park, cecepat set timer, cecepat sengih dan cecepat bergambar!
Time nak cepat tu la macam-macam halangan.
Gambar bergegar la.
Gambar tak cantek ar.
Lupa senyum la.
Dan time tu juga la tetiba ada sebuah lori besar nak lalu kat situ.
Aiyo!!!
"Cepat wei, cepat!!"
Pedulik kat lori tu, cecepat kami snap satu gambar dan tetap hasilnya bergegar juga!!
Huwaaaaa.....
Ok pemandu lori tu cam nak marah pun ada.
Nak senyum pun ada.
Last-last dia kasi stop kejap lori then bagi laluan kami bergambar.
Dan dalam masa yang sama, peronda stesen minyak plak lalu.
Memula kami ingat kan polis.
Cuak juga la kan.
Ater men suka hati je kan parking kat laluan utama.
Pastu agaknya peronda tu tengok kitorang dah menghalang jalan, maka terus kena tegur.
"Ladies, u cannot park here. Please park at the other side of the road..bla bla...."
"Sorry sir.. sorry sir!"
sambel buat muka kesian dengan harapan dia tak la continue marah kat kitorang. hehehe
Alo,,, klu kita park tepi ujung sana, no point la nak bergambar berdua!!
Ater dah kata awal-awal, bumbung kereta tu kan TRIPOD kami!!
hahahaha..... :p
OK ok jom continue our journey.
Gelap gulita maka tak nampak la pemandangan kiri dan kanan sepanjang jalan tu.
Had laju kat sana paling laju pun 100km/j.
Klu kita kat Malaysia ni, had laju adalah 110km/j. Itu pun dah rasa slow sangat kan bila drive especially kat highway besar. So, bayangkan bila kena drive range 100 je, lagi la terasa kelembapan nya. Sebab bukan ako yang drive, maka kelajuan pemanduan sepanjang 9 hari itu memang konpom melebihi 100km/j. hehee .. (tahap bahaya dan tawakal je la ye sepanjang hari)
Mata ngantuk!
Masa ni kitorang dah tak tahan mengantuk dah!
Kebetulan dah sampai Timaru, jam lebih kurang pukul 4 pagi klu x silap.
Ekceli kita budget nak melepak menidokan diri kat area Lake Tekapo (laluan Geraldine --> Fairlie) tapi sebabkan ako dah tersilap baca map, ako terlepas simpang ke Lake Tekapo, maka bila dah sampai Timaru, kitorang park aje la kat tepi stesen minyak dan terus terlelap.
ZzzzzZzzzz krohh... kroHhh...
Jam 6 pagi terjaga sebab stesen minyak pun dah buka.
Tanya orang kat stesen minyak tu ada jalan lain x ke Lake Tekapo dan alhamdulilah ada satu lagi simpang tertulis "Pleasant Point" tak jauh dari stesen minyak tersebut. Maka berpatah balik la kami melalui jalan tersebut terus menuju ke Lake Tekapo.
Di awal pagi.
Pemandangan begini la yang slalu nya akan kitorang nampak sepanjang pengembaraan (kebanyakkannya la).
Lebih kurang jam 7.30 pagi kitorang sampai kat area Lake Tekapo.
Puas hati!!
Memandangkan masih ada saki baki ngantuk nya tu, so kitorang decide tuk melelapkan mata kejap kat tempat rehat di situ. Tido menghadapkan tasik. Subhanallah! Memang cantek!
Lama juga la kitorang terlelap.
Terbangun pun sebab rasa nak terkucil.
~Lake Tekapo~
Sejuk mata memandang.
Buka je mata terbentang lautan luas membiru.
Sorry la ek, ako bukan reti nak amek gambar cecantek.
Asal jadi gambar nya, dah cantek la kat mata ako hehehe...
Kami berhenti kat kawasan yang ada i-site.
Bersihkan badan. Kasi segar sket.
Beli bekfes pape yang patut di kedai runcit berhampiran.
Beli kopi secawan, gara-gara nak dapatkan air panas tuk buat milo 3 in 1.
Bekfes roti cicah sambal ikan bilis plus coffee dan milo panas di bawah pokok menghadap tasik, dalam suasana yang suam-suam sejuk, memang sesuatu yang tak terhingga nikmatnya!!
~Lake Pukaki~
Masih lagi pemandangan di sana.
Teruja tengok keindahan ciptaanNYA.
Tasik derang ni besar dan luas.
Klu nasib baik, sepanjang jalan la kowang leh tengok pemandangan tasik.
Klu nasib kureng baik sket, nampak rumput-rumput dah mati je la macam padang jarak padang terkukur.
Lebih kurang camtu la pemandangan sepanjang perjalanan ke Twizel -- > Omarama.
Tiba di Omarama, kitorang plan nak menyinggah ke Benmore Dam.
Memula cam excited nak pegi sampai ke dalam nun tapi bila dah sampai separuh jalan, terasa malas plak sampai ke pintu Dam nya tu. Maka, kami hanya berposing dari kejauhan aje la ye. Kat bawah ni ako tempek sket pasal Benmore Dam yang ako petik dari internet.
Benmore Dam, four kilometres north of Otematata, is one of the biggest earth dams in the Southern Hemisphere and holds back the biggest artificial lake in New Zealand - Lake Benmore. The dam has an output of 540 MW and is the site of the HVDC link for electricity transfer between the South and North Islands.
The vast earth dam, spectacular spillway and guided tours of the power station are the chief attractions for casual sightseers. For those with more time to spend, there is a walking track above the dam that leads to a ridge with an excellent view of the Alps or, for those that prefer activities nearer the water, there are many sheltered campsites near Loch Laird below the dam.
~Pekan Duntroon~
Setiap tempat yang kita lalu, penduduk nya tak ramai.
Kadang-kadang ako moskel pun ada. Apa taknya, macam pekan koboi takde orang pun yang berkeliaran. Sunyi sepi.
~Elephant Rocks~
Masa lalu kat area Duntroon, tetiba ternampak signbod "Elephant Rock" tepi jalan.
Sebab ako ada terbaca pasal tempat yang satu ni, maka terus kita decide nak menyinggah sekejap ke sana. First of all, sila jangan tanya tang mana ghope gajah nya tu sebab ako pun konpius juga hehe.
The Elephant Rocks are massive limestone formations sitting in a sea of grass on private farmland. The rocks were once sand at the bottom of the sea that accumulated 25 million years ago. These sediments were buried and the pressure turned the sand into rock, or limestone. When the whole area of limestone lifted and surfaced, the forces of the wind and water did their part in shaping the limestone.
Elephant Rocks ni adalah salah satu tempat shooting filem Narnia.
Agaknya salah satu batu ni la kot kan singa dalam filem tu dok berdiri.
~Oamaru~
Dah sampai Oamaru. Pekan ni nampak macam lengkap segala-gala nya cuma tu la macam yang ako cakap awal-awal, nak jumpa orang memang payah betul. Lengang aje kat situ. Padahal masa kita sampai situ masih lagi opis hour. Klu tengok kan, parking area kosong takde kenderaan sangat. Ke sebab derang ni just jalan kaki je gi keje ek?
Opera House.
Salah satu bangunan bersejarah la kot kat situ kan. Tersergam indah, tu yang tertarik plak nak amek gambar.
Belakang ako tu National Bank.
Sepanjang pengembaraan, baru la jumpa bank derang.
Ni kira central bank derang la kan.
Sepi OK!!
Dah sampai Oamaru ni tempat yang kitorang nak tuju adalah "Oamaru Blue Penguin Colony".
Hajat dihati konon nak la tengok penguin biru tu tapi ermm....
Klu ada penguin, kat sini la derang akan muncul.
Ako pun tak tahu camne derang akan berada dalam air yang berombak deras tu.
Frust tak dapat tengok penguin sebab waktu yang sepatutnya tengok penguin adalah lebih kurang waktu senja gitu. Dalam jam 6.30 petang ke atas. Pada kowang yang berminat nak tengok with tour guide, kowang leh dapat kan info details kat website derang k.
Destinasi seterusnya adalah ke Moeraki Boulders, lebih kurang 30 minit perjalanan dari Oamaru.
Konon la beriyer dah sampai kat moeraki boulders nak melantak.
Tapi bila tengok keadaan pantai yang takde tempat nak melepak, sudah nya letak kat tepi je la roti tu.
The Moeraki Boulders are a group of very large spherical “stones” on Koekohe Beach near Moeraki on New Zealand’s Otago coast. These boulders are actually concretions that have been exposed through shoreline erosion from coastal cliffs that back the beach.
They originally formed in ancient sea floor sediments around 60 million years ago.
Masa ni still pakai kasut lagi coz air tak pasang sangat.
Kitorang sampai sana dah pukul 7 malam.
So kira nak sunset la gitu.
Sejuk!
Angin pantai la katakan.
Part ni memula ako x moh masuk.
Ater kena buka kasut cam leceh la kan.
Mana lak nak cari air nak basuh kaki tu kang.
Sebab nya masa kitorang sampai, i-site & cafe derang dah tutup dah pun.
Even toilet kat situ pun derang kunci juga.
Tapi setelah dipaksa oleh Murshi, maka hasilnya terdampar la juga ako kat dalam batu pecah itu.
Punya la payah ako nak panjat coz kira batu tu besar la juga.
Masa ni air dah mula pasang.
Konpom turun je dari batu basah kuyup suar ni kang.
Time ni memang berlawan la dengan ombak.
Ombak pegi cecepat kita terjun.
Tapi ombak kat sana cepat je sampai ke tepian.
So, memang tak sempat nak elakkan maka kebasahan la juga.
Akhirnya lebih kurang jam 8.30 malam kita sampai kat Dunedin.
~gambar dari google~
Check in kat Central Backpackers Dunedin.
Harga bilik NZD29 (female dorm).
Gambar kat atas tu exactly macam bilik yang ako tido.
Sebab check in pun dah lambat maka kitorang dapat la katil atas.
Aiyo bapak lama x tido katil dua tingkat.
Hahaha mau bergegar katil tu kan klu ako kat atas.
Nasib la kan :p
Time ni la derang tengok movie 18SX.
Fengsan!!
Ko lalu kuar gambar bogel.
Ko lalu balik kuar lagi gambar bogel.
Arghhhh ko jalan je la lelaju depan derang.
Bergegar tempat tu hahaha..
Dining room derang ok.
Coz tak yah nak lalu depan hall.
Ada pintu rahsia tembus ke bilik kitorang.
Selamat.
Overall, hostel tu OK cuma nak ke tandas je la cam payah sket.
Dan malam tu kami memang tido senyenyak-nyenyak nya.
Nasib la kan klu ada bunyi dengkuran.
Muahahaa....
bersambung lagi....
Nota Jemari: Tamat hari kedua.
16 Comments
Bestnyaaaa...aku suka part masuk dlm batu tu...
ReplyDeleteTapi kannnnn hahahahhaa yg duk lalu depan tv gambo bogel tu.hahahaha apa yg bergegar?????
Ko jeling gak kan..sbb mana tau itu gambo bogel??? kakakakakakah
ko tido kat stesen minyak timaru eh? kalau ko grak awal pagi lagi byk tmpt ko bleh tgk. trip ni korang pegi berdua je ke?
ReplyDeleteCantek betol pemandangan kat Tasek2 tu..tak sabau nak pegi terjah!
ReplyDeleteHahaha... ko selalu je dapat tengok 'wayang free' kan?! Kat Korea aritu live lagi!! hahaha...
ReplyDeleteLin,
ReplyDeletePart ako lalu depan tb tu mmg ako pasan citer 18SX .. tapi bila part bogel tu si murshi yang kena hahhaa..
tang bergegar tu kawasan tu bila berjalan je berbunyi2.. bila jalan cepat lagi arr rasa cam bergegar.. ala cam rumah kayu klu kita jalan musti bergegar kan.. ha camtu la lbh kurang.. sbb hostel tu bangunan lama so ada certain2 tempat mmg cam nampak lama la sket.
fatt,
ReplyDeletesebab mmg plan pagi tu nak terus melepak menidokan diri kat depan lake tekapo.. tapi dah tersalah jalan tu yg tertido kat stesen minyak timaru
Ako g bertiga tapi sorang tu just melepak kat queenstown buat xtvt2.. So kitorang berdua je jelajah south island
Janggel,
ReplyDeleteYup kena pegi.. siyes memang cantek!!
Intan,
hahahah nasib la labu :p
kekekekee...best..best....subhanallah cantik pemandangan. Memang travel gamble akak berdua nih...
ReplyDeletehahaha...akak..akak....yg g lintas hall tuh diorang bantai tgk movie tuh ado ke depa munyik mcm terangsang (cinabeng soalan ni)...apo la dorang ni...tgk mcm tgk rncangan memasak je gayanya...
Azira,
ReplyDeleteaahahaha jap nak gelak baca soklan terangsang tu.. adoiyaaiii yang tu no komen arr.. mano den nak tahu derang terangsang ke tak?! hahaha
tu yang kena cecepat lalu depan derang klu g toilet tu hhaha..
taaakootttt :-D
hahaha..memang elok cecepat ..kang akak kene tarik ngan depa...eii..takot...takot...kalao saya tido tak lelap duk mikir bebukan...
ReplyDeletehahahahaa...
ReplyDeleteisshhh idok le sampai cenggitu gaya nya :p
sERONOKnyer!!! bila lah nak sampai NZ ni...11jam flight tu payah sikitt...adoii... 4 jam pon dah cuak bagai..haha
ReplyDeleteololololo, kesian dia tak dapat tengok penguin.
ReplyDeleteitu maknanya .... kena datang lagi hehehehe ...
Haha comel je duk dlm batu tu :)
ReplyDeletePemandangan cantik sanagt..rasa dah masuk dalam pengembaraan ako bila baca entry NZ ni...sana biasa la kan tgok movie 18SX...kadang selamba je projek kat dining hall tu jugak...kebiasaan dorang kan...kita yang x biasa ni confirm seriau...ok x sabar nak habiskan entry pengembaraan NZ Ako ni...NZ antara dalam wishlist SA
ReplyDeletehahahahha tu la seronok pegi NZ ni ekceli..
Deleteview semua lawa-lawa...
Insyallah ada rezeki lagi... moh kita pegi k :)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com