Kesinambungan citer pergi SELAMA tempoh hari. Ye betul, kita throwback je la ye sekarang ni. Banyak citer terpaksa la campak belakang. Semua pun dah 'basi' tapi tetap nak tinggalkan kenangan kat sini. Di SELAMA aritu ako stay kat rumah arwah mak mertua member tu. Rumah ni masih dijaga dengan rapi. Kadang-kadang on wiken ada je adik badik husband dia akan balik jenguk rumah ni. 

Selepas sarapan kat pekan SELAMA area food court, kami terus bergerak ke Perlis. Sebenarnya risau juga sebab kawasan yang kami akan lalui untuk kluar ke highway adalah kawasan banjir. Kebetulan semalam tu memang sepanjang jalan hujan lebat sangat. Tapi alhamdulilah, kawasan yang sepatutnya banjir tu masih ok dan kami berjaya melalui nya dengan selamat.



Perjalanan dari SELAMA ke UiTM Arau, Perlis mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ada plak sesak nak di belah-belah Penang. Alhamdulilah selamat juga sampai kat UiTM terus si kakak pergi buat pendaftaran dulu. Oh ye, kali ni tujuan ako ke perlis adalah sebagai peneman member menghantar anaknya pulang ke asrama. Sepatut nya plan kami lepas hantar kakak balik hostel, kami nak buat gathering dengan kengkawan IPM tapi last minit member yang kat perlis tu plak kena turun KL ada kenduri keluarga katanya. Maka takde la rezeki kami berkumpul. Nampak gaya kena pegi perlis lagi ni hahaha.


Menunggu si kakak mengemas bilik....Ikutkan roomate dia mendaftar hari Ahad. Jadinya lepas mengemas, kakak ikut la kami check in hotel sekali. Nak tido sengsorang kat bilik hostel, takut katanya hahaha.


Sebelum check-in hotel, kita isi perut dulu. Kelaparan sungguh. Ako google terus keluar tempat ni. Kata nya femes sungguh kalau nak makan nasi daging bakar cicah asam. Memang terkenal kan daging bakar kat belah utara so moh la kita try. Kebetulan memang dah on da way ke Kangar area hotel kami. Senang nak cari tau, betul betul kat tepi jalan besar. Sila waze atau google je, pasti jumpa!


Yang ini nasi ayam. Ako perasan, orang orang utara ni suka warnakan nasi jadi kuning eh? hahaha sorry kalau ako silap tapi rata rata ako pergi, kebanyakkan nasi mesti yang kuning.


Ako minta nasi putih... Daging bakar dia sedap sungguh!!! Yang paling buatkan dia bertambah lazat adalah sambal cicah dia.. sambal belacan? sambal asam? Ntah tapi memang sedap!! Ikut tekak ako tau sebab ikutkan ako kurang gemar sangat nasi daging cicah asam ni tapi yang dekat kedai ni memang sesuai plak dengan tekak ako.

Air of the day dia free flow tau tapi boleh je nak order air lain yang berbayar.


Ada la sudut untuk OOTD.



Kedai dia luas.. banyak kusi dan meja. Kat luar pun ada juga tapi cuaca panas panas better la kita duduk kat dalam je kan 😆 So dah kenyang, dah bertenaga, jom kita check-in!



Terpaksa snap gambar hotel time malam sebab siang sibuk sangat area tu.
OK kita check in di Savana Hotel.
Antara hotel baru di area Kangar.


Boleh la book melalui agoda atau booking.com
Kawasan rumah kedai tapi the whole bangunan tu dia punya. Memang banyak tau bilik.
Kami book bilik untuk tiga orang. Luas nya weii!! Bersih dan kemas!! Toilet pun cantek, takde la kesan kesan daki atau kesan karat. Serba baru la hotel ni.







Lobi dia cantek wei... macam masuk library pun ada, macam masuk cafe buku pun ada hahaha.. Ada tempat charger juga kat lobi. Ada ruang mengopi. Free je kopi mesin tu. 


Setel urusan check-in, jom masuk bilik. Hotel ni 3 tingkat je tak silap ako tapi banyak bilik tau!!


Kami dapat bilik tingkat 2. Member bookkan bilik 3 katil single.



Lengkap dengan TV, meja solek, mini peti ais.


Simple lemari... ada iron dan ironboard.


Toilet pun bersih. Ruang mandi dan jamban terpisah oleh pintu sliding kaca.


Tak perlu bawa sabun mandi dan syampu. Semua disediakan sekali bersama basic toiletteries seperti berus dan ubat gigi.

Kesimpulan nya, hotel ni semua lengkap la! Ada cafe juga tapi ako tak singgah cafe nya. Terletak di bangunan berhadapan tapi ada terbaca cafe dia pun not bad juga. Mungkin next time ada rezeki kita bole cuba lepak cafe tu kan.

Berhadapan hotel juga ada mini mart macam speedmart. Ako lupa nama mart tu dan sebelah nya plak ada kedai jual pakaian wanita dan kanak-kanak. Kot la tetiba tak cukup baju, bole la shopping kat situ😆

Savana Hotel
No. 1,3,5, Blok C, KOMPLEKS PERNIAGAAN, 
Jalan Empat, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis

Nota Jemari: next sambung lagi citer Perlis ni....