Followers

Saturday, May 16, 2009

Fenomena baju KELAWAR..alahaii…!!!

TIDAK sangka, suami memendam rasa semata-mata kerana benci pada baju kelawar…

Cik Yah suka pergi pasar malam. Bukan kerana malas memasak jadi beli Yong Taufu bagi anak-anak makan tetapi kerana Cik Yah suka membeli tudung dan baju tidur ala kelawar di situ. Hobi itu membuatkan almari Cik Yah tenat dengan tudung sehingga terpaksa diperokkan ke bawah katil. Hilang terus di bawah katil, setahun kemudian baru jumpa.

Baju kelawar juga memang Cik Yah suka benar. Kata saja baju tidur tetapi sebenarnya bukan setakat dipakai waktu tidur tetapi boleh dikatakan sepanjang waktu. Memakai baju longgar berangin dan terkembang-kembang sebegitu, memasak boleh, bersantai tengok tv boleh, siram pokok bunga boleh, silap-silap ke pasar raya di taman perumahan pun Cik Yah pakai baju kelawar. Pakai saja tudung, hah, lengkap sudah gaya anggun Cik Yah. Memang selesa benar baju kelawar ni. Dan kemunculan baju kelawar ini memberi impak positif dalam perkembangan basuh-membasuh pakaian. Yalah, baju ini senang kering dan tak susah dijaga.

Semakin lama, semakin lusuh, semakin menjadi baju kegemaran Cik Yah. Jiran-jiran Cik Yah ramai yang sependapat dan berkongsi minat sehinggakan Cik Yah rasa kami patut menubuhkan kelab ‘isteri-isteri kelawar’. Alahai… Namun tak sangka pula dalam seronok-seronok kami bersantai dan gembira dengan kewujudan rekaan sensasi baju kelawar, ada kalangan kawan wanita Cik Yah yang menderita. Semuanya gara-gara baju kelawar inilah. Dia dicerai suami dan antara sebabnya, si suami lemas dengan gayanya yang suka berkelawar. Alahai... Buruk benarkah baju kelawar ni? Sembang Cik Yah bersama ahli-ahli kelab.

Maka Cik Yah pun bertanyalah pada rakan-rakan sepejabat lelaki tentang fenomena standard yang menyerang isteri mereka.

"Bini aku pakai baju kelawar, maid indon pula pakai baju T dan seluar ketat, kau fikir siapa yang aku suka tengok, hahaha," begitu gelak gempita umpama jin seorang lelaki yang perutnya seperti wanita mengandung enam bulan.

"Buruk sangatkah wanita pakai baju kelawar?"

"Bukan buruk tetapi membosankan," sambungnya lagi.

Alah, itu alasan tidak konkrit. Dibalikkan cerita maid muda itu pula pakai baju kelawar, seksi juga pandangan mata jalang lelaki. Seorang lagi teman lelaki berkata,

"Kalau isteri pakai baju kelawar aku anggap dia tak hargai kehadiran suami di rumah. Hari-hari baju kelawar, macam tak ada baju lain. Sebab itu aku ‘haramkan’ baju kelawar di rumah aku."

Wah, begitu sekali ya lelaki anti baju kelawar. Agak-agaknya sama juga dengan anti kita pada lelaki yang berkait pelekat, pagi petang siang malam dengan alasan suka suasana berangin.

Opps… Kalau begitu, kalau sudah suami tak suka, atau mungkin dia tidak suka tetapi tak berani cakap, tak payahlah berkelawar selalu sangat. Mungkin kita suka tetapi suami tak suka. Kita selesa tetapi dia lemas pula jadi kenalah bertolak ansur. Berkelawarlah jika suami tak ada, bila dia ada pakailah baju kurung raya tahun sudah yang baru dua kali kita pakai. Jadi mulai hari ini, kalau ke pasar malam, Cik Yah cuba untuk tidak jeling-jeling lagi kepada baju kelawar. Alahaiii…

Nota Jemari : so pasni x yah kita jd kelawar.. apa kata kita jd cat women plak.. ahakssss

6 comments:

Mya said...

klau pakai baju kelawar kat umah ok ar. klau gi psr mlm or kedai, taksesuai arh. huhu..

AKO said...

hhehehe kan?!!
ntah sape yg suka berkelawar kat luar tu kan.. iskk bughok bebenor achikkk tengok an... ahhaha

Nik Nurehan said...

ader sesetengah mak2 kita suka gak pakai baju kelawar ke kedai kak..
tp bj kelawar jenis silk lah ;) bkn kain biaso2 la. keke.. tp mak an x dok ler pakai baju klawar.

an dgn mak pum pakai tapi stakat wt tido mlm sajer. keke

AKO said...

hahhaha takat wat tido tu normal la ann.. kita pun wat tido jer..

adehh x larat tgk makcik2 yg berkelawar kat luar umah tuh... ishh...

natrah said...

Eh mana u dpt article ni ek?..hehehehee ingt nk forward kat member i yg suka sgt berkelawar ni...hhahahahaa

retna said...

hahhaha x igt la NAT kat mana dapat... thru email rasa nya... eheheh dah lama i got this articles year 2005 ;-)