Salam untuk sumer,
Maybe ada yang x alert or x berkesempatan nak view entry tentang "sumbangan untuk anak-anak yatim" ni. So kat sini, ako just tempek apa yang tertulis kat website MSJBOX. Sudi2 la membaca ye..

Sempena program Msjbox OpenHouse (Johor) pada 10 Oktober 2009, kami juga akan mengadakan aktiviti amal di Pertubuhan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ).

Tarikh: 11 Oktober 2009 (Ahad)
Masa: 9 pagi
Lokasi : Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor, 118, Jalan Bukit Cagar, 80300 Johor.
Berkumpul: Rumah Lin di Bukit Indah, atau di stesyen Petrol Caltex KTM.
Pengurus Aktiviti / Contact: Lin (014-3103252)

Kepada semua para bloggers / pengguna Msjbox (terutama di bahagian Johor dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya) yang berkelapangan masa, marilah bersama-sama meraikan anak-anak yatim di sana.

Kepada para bloggers / pengguna Msjbox yang jauh di Utara, Tengah, Timur tanah air, Sabah, Sarawak & Labuan, anda juga boleh turut serta dalam aktiviti ini dengan menghulurkan bantuan / sumbangan / duit raya seikhlas hati.

Urusan sumbangan Kewangan/Makanan:
Utara / Tengah / Timur : Jika anda ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk makanan (gula, ikan bilis, tepung, minyak masak dan lain-lain), sila terjemahkan nilai sumbangan dalam bentuk RM, kemudian transfer RM tersebut di no akaun yang di sediakan.

Johor / Selatan : Sumbangan anda boleh di bawa terus pada hari tersebut.

International : Anda juga boleh menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Pertubuhan Kebajikan tersebut, sila lawati lawan web http://www.rumahbarkat.org/, kemudian klik pada button "Donate" (Paypal / Visa / MasterCard / AMEX / JCB) di sebelah kiri bawah website tersebut.

Urusan Transfer RM (Kewangan/Makanan) :
Bank : Bank Muamalat
No Akaun : 0101-0000-0117-17
Nama : Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor
Urusan Transfer RM (Kewangan/Makanan/Duit Raya) ***:
Bank : Maybank
No Akaun: 5122-0480-3726
Nama: JUNAIDIX SOFTWARE
Email: junaidix [a] msjbox.com

Tarikh Akhir Transfer RM : Jumaat (10 Oktober 2009), 3PM. (Selepas dari tarikh ini, sila transfer terus ke akaun Bank Muamalat)

***Nota: Duit Raya akan di bahagi-bahagikan mengikut jumlah RM yang diterima untuk anak-anak yatim, serta sumbangan Kewangan/Makanan juga akan diserahkan pada hari Ahad tersebut.

Selepas anda transfer RM / "Donate" tersebut, sila SMS kepada Junaidix (013-2428605), atau email ke junaidix [a] msjbox.com maklumat seperti berikut untuk tujuan tracking jumlah besar dari sumbangan para bloggers / pengguna Msjbox sekalian.
Nama (Boleh letak "Hamba Allah")
Blogurl (Jika ada)
Jumlah RM
Jenis Sumbangan: Duit Raya / MakananKami juga amat mengalu-alukan sumbangan / tajaan dari pihak korporat / syarikat untuk aktiviti ini.

Senarai sumbangan :
Ikhlas-sejati : RM20 (Makanan/Kewangan)
Hamba Allah 1: RM 50 (Makanan)
Hamba Allah 1: RM 50 (Duit Raya)
Si Ikhlas : RM 200 (Makanan/Duit Raya)
Hamba Allah 2: RM 50 (Makanan)
Hamba Allah 3: RM 50 (??)
Hamba Allah 4: RM 100 (Duit Raya)
Hamba Allah 5: RM 100 (Makanan/Duit Raya)
...
...
Jumlah Besar : RM 620

Sekian, terima kasih.

p/s: Selepas dari aktiviti ini, sumbangan anda untuk masa-masa yang akan datang, sila transfer terus ke akaun Bank Muamalat / "Donate" dan tidak perlu untuk sms/email.

Nota Jemari: "Semoga Allah mengurniakan limpah Rahmat & KurniaNya berlipat kali ganda kepada anda sekalian"