,

Hong Kong Trip - Last Part

Ok ok ni entry terakhir pasal Hong Kong Trip k. Lepas dah sukaria kat Disneyland kitorang soh shuttle bus hantar ke Ladies Market. Klu nak balik hotel dan kuar balik, alamatnya kirim salam je la kan. Dah alang-alang penat, biar penat sampai ke ujung kaki. Wah gitu!!

Ladies Market ni bukan la hanya barang2 pompuan je dijual kat situ. Macam-macam ada, untuk budak-budak, untuk bapak budak, untuk yang tua untuk yang muda, sumer nyer ada. Senang citer, market ni lebih kurang environment macam kat petaling street or pasar satok kat sarawak tu.

Pada ako rege kat situ masih lagi mahal walau ko dah beriyer2 tawar-menawar. Peringatan! Klu ko dah beriyer2 minta tawar jgn plak ko x beli. Mampos kang ko kena hentam kat situ. Oooo itu pesanan dari tourist guide ako.


Aritu tak dapat naik trem. So ada masa lagi before balik, tergedik2 arr nak naik itu trem. Akhirnya dapat juga merasa. Tu yang hepi semacam kan...

Tak jumpa jackie chan betul, gambar ngan patung pun jadi laaa....

Kan dah cakap, saya sangat suka dapat naik ini trem. Ala cam ko naik trem kat bukit bendera je pung.. muahhaha

Ha kan dah kata, lebih kurang je kan macam yang kat bukit bendera tu.

Kali ni bertambah sejuk kat atas Peak nih. Sebab cuaca cam nak ujan ditambah plak dengan angin yang kencang. Perghhh gigil!! Best klu dapat pelok... lalalalala...

Patung pun jadi laaa... Tak masuk pun tgk madame tasuud *erkk bertul ke ejaan nya ek?* Mahal gitu. Ater saki baki duit ko cukup2 nak banjer tuk tambang dan duit makan. Beringat sebelum kePOKAIan.

Jalan-jalan naik MTR terpasan mesin ni. Laaaa ingatkan mesin air ghopenyer mesin jual payung!! Tak ingat rege nya bape tapi klu x silap x mahal. Patut nya ako beli seketul kan buat kenangan.. iskk rugi rugi!!

Haaa kowang ingat KL je ada SOGO??? Kat sana pun ada juga. Tapi idok le ako pegi melawat kan klu rege pun lebih kurang kat KL jer.

Avenue of Star. Wajib pegi tau bila dah sampai HK. Kat sini lah terletak tapak tangan artis-artis Hong kong. 

Dan kat sini juga tempat kowang leh layan "Light og Symphony" pada waktu malam. Antara jam 8:00-8:15 malam setiap hari.

Patung Bruce Lee .. 

Tapak tangan Tony Leung

Tapak tangan Jackie Chan

Eheh tapak tangan AKO??? muuahahhaha takde arr tu tapak tangan Sammo pelakon cina gumuk tuh.

Lepak-lepak sambel menikmati angin dingin tepi laut. Sedap!! Makin kering arr kulit ako. Jam 5:30 petang, shuttle bus ke airport dah dok tgu. Flight jam 9:05 malam tapi sebab nak elakkan jam kat bandaraya HK, maka cepat la kami dihantar ke airport. 

Ako x paham arr airport derang ni.. Ada ke patut nak check-in kat terminal 2 pastu ko tergedik2 arr nak ke terminal 1 untuk boarding. Apa la salahnya ko buat satu tempat, kat situ la check-in,kat situ juga boarding. Takde la tersemput2 ke hulu hilir. Alaahaaaiiiii!!

Selamat tiba kat tanahair tepat jam 12:50 pagi.
Lega dah jejak kat MALAYSIA.

Nota Jemari: Malaysia tatap di hati
Share:

6 comments:

  1. wanie,
    jalan-jalan mmg sonok ;-)

    ReplyDelete
  2. Hehe... samalah dgn tempat yg tok pegi dulu tu.

    ReplyDelete
  3. ye la Tok,
    mana lagi tempat nak pegi kan, konpom la akan pegi tempat yg sama juga hehehe

    ReplyDelete
  4. nanti kite buat tapak tangan sama2 ye kakRet...

    ReplyDelete
  5. hahaha bole bole.. pastu kita kasi masuk muzium ek :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.