,

Korea Trip - Dinner First Day

Area kawasan hotel kami tu di luar bandar. Lupa lak nama areanya tu. So before check-in kami dinner dulu kat kedai makan berhampiran. Ok ni kedai makan kedua bagi ako. Ermm jom kita tengok apa yang kami berempat makan.

Sejuk... gigil. Ako dah terbayanga makanan yang akan dihidang tu nanti. Adehhh konpom macam yang awal tadi. Sayur! Sayur! Naik loya dah tekak ni asek makan kobis je weii.

Masa ni dah tak sabar-sabar nak masuk dalam kedai. Bukan sebab kelaparan tapi sebab keSEJUKkan. Cuaca waktu itu sejuk berangin2. Time ni dah jam 6 petang waktu Korea. Kira cam dah nak senja la gitu. 

Akhirnya dapat juga merasa makan style derang. 

Ha ni la makan malam kami berempat. Kali ni makan ala-ala tomyam gitu. erkk tomyam kah?? Ala cam sup pedas gitu. Kan dalam citer korea, derang slalu hirup sup makan ngan kimchi? Ha ghase nya sup yang ni la kot.

Meh kasi close up sket. Nampak menarek kan tapi memang sedap la. Yang ni ada tauhu so ako melantak tauhu n sket2 je makan kobis nya tu. Makanan korea nih lebih kurang sama jer. Musti ada kimchi dan bahan-bahan yang lain macam bawang putih, seaweed, arca etc. 

Sayur-mayur before dimasak. Selerakah kowang??

Pembuka selera ako, hahhaha nasib baek la ako bawa serunding dari Msia. Perghhhh makan ngan nasi je pun dah cukup kenyang. 

Nota Jemari: sape kata bole kurus, makin gumuk ada lah.. huhu
Share:

6 comments:

  1. Kalau g area Itaewon cuba cari kedai kebab Turki...sedap sesangatt!!!

    ReplyDelete
  2. area itaewon makan kat kedai pakistan jer... x sempat nk jalan cari2 kedai yg lain... masa sangat2 la suntuk dan pack!

    ReplyDelete
  3. ahahah...terasa mcm tgk citer korea pulak kakRet...

    ReplyDelete
  4. hahaha .. macam je la kan.. :p

    ReplyDelete
  5. hehehe mcm je la, kalo org korea yg mkn tu btl la, kalo kakRet yg mkn...tak la mcm citer korea, jadiklah korea vs malaysia ;)

    ReplyDelete
  6. wkakakaka konpom la x sama kan... ater kita dtg makan siap bawa serunding :-D

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.