Yuhuu... i'm back!!
Ye ye penat masa team building masih terasa lagi.
Dat's why la mood nak menghapdet cam merundum sket.
Apatah lagi nak berjalan sana sini jenguk kengkawan.
Ampun dan maaf dipinta andai kehilangan dirasai...*chewahh... pasan sungguh!*

Last wiken (22-23 Mei 2010), department ako ada team-building aka staff day kat Shang-ri La Putrajaya.
Oooo best, penat, meriah, kecoh, buhsan sumer ada.
Tapi yang pasti ianya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulilah.

Awal-awal pagi dah kena gerak ke sana. Jam 7.45 pagi selamat tiba kat shagri-la. Ada yang drive sendiri dan ada yang naik bas bertolak dari bank. Pesanan soh sampai jam 8 pagi tapi ada gak yang sampai hampir jam 8.30 pagi. Opssss siapakah itu ek? hahahaa ...

Sampai-sampai je konpom la wajib bergambar dulu kan.
Ye ye tema tahun ni adalah kaler KUNING!!!
Yewwww... adehh suka tak suka terpaksa gak la menyukakan diri tuk pakai baju tu.

Sebelum 'SETART'.. yok kita kasi posing-posing dulu kat lantai..

Tepat jam 8.30 pagi, program pun bermula.
Aktiviti pertama mmg wajib la introduction or Ice Breaking kan.
Setiap sowang dapat satu function kat keybod. Pastu kena terangkan apa fungsi kowang dalam jabatan berdasarkan function tersebut. Contohnya, aritu ako dapat butang 'CAPS LOCK'.. so terhegeh-hegeh la ako bagi penerangan tentang fungsi ako kat JASM berdasarkan butang caps lock tu. Tak yah la ako terangkan kat kowang kan, bukan kowang paham pun. hehehe.

Wah masing-masing khusyuk sungguh kan.
Ye la berdebar-debar tunggu giliran.
Apa la yang nak diperkatakan oleh diri sendiri berdasarkan butang-butang keybod tadi?!!
Pikir, pikir jangan tak pikir. pssttt ako pun minta owang sebelah tolong pikirkan.. hahaha ssyyyyyhhhh :p

Ok Next, kitorang main 'The Puzzle'.
Memula kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. So memasing dapat la 2 keping bahan-bahan puzzle tu. Amboii sumer tak sabar-sabar nak main cantum-cantum gambar nih. Bila sumer bahan dah diceraikan, jenuh gak nak pikir camne nak main lekat2 balik supaya jadi objek KLCC tu. Uishhh jangan ingat walau dah ada gambar keje jadi senang. Bila dok belek-belek balik ghope-ghope setiap kumpulan mendapat puzzle yang berlainan. Maka, tuk cantumkan jadi satu terpaksa kami sumer bergabung tenaga dan hasilkan KLCC tu bersama-sama. 

Gigih memasing nak nyiapkan KLCC tu dalam masa yang ditetapkan.

Dan sudah pasti kebanyakkan hanya sekadar mampu menjadi 'mandor'.
Akhirnya, KLCC tak berjaya dibina dalam masa yang ditetepakan.
TAPI kami diberi peluang untuk menyiapkan nya juga sehingga malam hari.
Bila misi tak berjaya, ok ok  jom kita ke misi yang seterusnya.

Pape pun sebelum kita buat aktiviti luar, jom kita bergambar beramai-ramai dulu.

Aktiviti seterusnya adalah 'bandana delivery'.
Dibaginya kami sehelai kain, pastu satu cawan plastik dan sebiji guli.
Guli letak atas cawan, cawan letak atas kain.
Bukan sumer kena pegang.
Dari stesen pertama ke stesen kedua, hanya 3 orang sahaja dibenarkan tuk bawa guli tersebut. Pastikan guli tak jatuh dari kedudukan. Dari stesen 2 ke setsen 3 plak, hanya empat orang yang kena pegang kain tu. Pastu tuk sampai ke garisan penamat, kena 5 orang pulak menyelesaikan misi tersebut. Jika guli jatuh, kena start balik dari stesen terakhir kowang berada.

Ye ye permulaan group ako agak ketinggalan sebab 3 kal guli asek terjatuh. Hampa sudah kat situ tapi semangat juang kami tinggi. Memasing opkos la nak menang kan. Berlumba sedaya upaya yang boleh dah akhirnya tatap dapat no 3 dari 4 kumpulan. Jadi la kan daripada last hehehee.

Group yang menang.. Ko tengok je la muka yang menang, riak nyaa.. Dush dush..!! Takpe takpe ada rezeki lenkali owang lain leh menang juga.. :p

Mereka yang no 2 pun tak kurang hebat... Berlumba-lumba 3 kumpulan yang akhir ni nak menang.. Seb baek takde insiden langgar melanggar terjadi. Saingan sengit sungguh!!

Group ako lak dapat no 3.. Jadi la kan. Yang penting ada semangat kesukanan yang tinggi dalam diri mereka. Tetiba lak ghase cam bersukan ek?! hahhaaa

Ok group akhir yang sampai, tatap maintain gitu!!
Menang kalah yang penting kita adalah JASM... yeehaaaaa ;-)

Nota Jemari: ok bersambung lagi.....