Methodology.
Aktiviti kali ni memerlukan kekuatan dan semangat berkumpulan yang tinggi. Kowang pernah main spider web? Ha... itu lah kami kena lakukan dalam aktiviti yang satu nih.

Setiap satu lobang dibahagian bawah sekali hanya sekali saja seorang boleh lalu.
Manakala dibahagian tengah pulak, satu lobang untuk 2 orang sahaja.
Dan lobang di bahagian atas, seramai mana pun boleh digunakan.

Ermmm jenuh mereka sepakat lobang mana yang patut setiap orang gunakan.

Ako dah gelabah masa ni..
Apa taknya, ako takot mereka tak larat nak angkat ako. 
Gurlpp!!!

Dan alhamdulilah memang selamat mendarat kat tanah dengan jayanya...
Hahaha macam gi berjuang je bunyinya.
Setiap owang WAJIB melepasi spiderweb itu tapi ada juga berjaya melepaskan diri dari kena 'angkat' eh... ishhh dush dush harus tahun depan kita ramai2 kasi angkat dia campak kat laut... :p

Pastu aktiviti ni tak berakhir kat situ jer. Nampak tayar tu? Nampak ada 2 batang terpacak kat situ? Ha aktiviti ni dikehendaki mengeluarkan tayar-tayar tu sumer tanpa mengenai batang. Dan lepas dikeluarkan ketiga-tiga tayar, kena pulak masukkan ke dalam batang yang lagi satu. Batang tersebut adalah tinggi melebihi ketinggian manusia.

Orang kuat!
Seb baek la yang 'panjat' tu kecik-kecik je orang nya.

Gigih la dedua HERO tu berpadu tenaga tuk kuarkan tayar-tayar tu sumer.
Kowang ingat senang ker kerja mereka... Perghhh nak berdiri dengan ketinggian macam tu tambahan plak ko hanya berharapkan owang-owang dibawah menjaga keselamatan ko kat atas tu. Gurlpp klu ako konpom ako x nak buat!! Tapi memang tabik la kat kedua-dua mereka sebab berjaya melaksanakan misi mencabar dengan selamat.

Kaum lelaki gigih berpadu tenaga manakala kaum wanita sekadar mampu memerhati hehehe.


Yang bestnya, misi kami BERJAYA!!!!
yeehaaaaa... sumer hepi teramat.

Team commitment!
Ada 2 tong di mana terdapat beberapa lubang-lubang kecil sekeliling tong.
Kena isi tong tersebut dengan air sampai penuh.
Memang memerlukan ketahanan yang kuat untuk melaksanakan misi ini.

Penat OK!!!
Bayangkan lepas tong tu penuh, ko kena plak bertahan selama 1 minit dan pastikan air tak kuar dari lobang-lobang. uishhh 1 minit walau nampak sekejap ajer tapi dalam keadaan 'cemas' camtu, 1 minit ibarat 1 jam. Masa ni lah tangan kaki mula kebas.

Tengok!
Bila masa 1 minit tamat, sumer yang dok tutup lobang berlari bertempiaran.
Mana yang sempat lari selamat la tapi mana yang tak sempat, kebasahan la di situ.

Dah basah kuyup...
Dah penat..
Kita kasi rileks sket...
Massage time!!


Ingat lagi tak, KLCC masih tak siap lagi??
Lepas dinner malam tu, memasing sepakat tuk siapkan juga KLCC.
Mereka sangat bertungkus lumus menyiapkan

Hampir siap.
Perghh memang berbaloi mereka berpenat lelah menyetelkan KLCC nih.

Dan hasilnya opkos la memuaskan hati.

Malam itu mereka melepak, berborak, bergelak ketawa sehingga lewat malam.
Hepinya mereka. Yang pasti ako awal-awal dah masuk bilik. *sengih*

Nota Jemari: Apa yang penting? KERJASAMA!!