Yuuhuu

Kowang ingat lagi tak cerita ako menembak jumaat lepas?
Kan ako beriyer2 men tembak-tembak semata-mata nak dapatkan hadiah berupa voucher MPH.
Maka atas usaha gigih kami, kami berjaya la juga mendapatkan voucher yang bernilai RM60.

Perghh memang dasat arr, macam x caya jer.
Dan kebetulan kan MPH ada buka satu booth kat opis ako tempoh hari.
Dah sepakat kami untuk membeli sesuatu untuk diletakkan di dalam bilik 'rehat' kat department ni.
Bincang punya bincang dan akhirnya kami membeli game cluedo seperti dalam gambar atas tu. Niat nak beli permainan 'jengga' tapi sudah kehabisan plak.

Harga asal cluedo ni adalah RM99 tapi setelah mendapat diskaun sebanyak 40% maka kami hanya perlu membayar RM59.95 sahaja. Bermakna memang cukup2 la voucher yang kami dapat itu. Murah rezeki sungguh. Alhamdulilah..

pssstt ekceli ako tak pernah main ini permainan..
Tak pernah main tapi ada hati mahu beli.
Muahahhaha ala apa salahnya kan. Tak cuba mana nak tahu. Ye ye lepas ni kami akan cuba bermain bersungguh-sungguh!!

Tercapai hajat memasing nak dapatkan sesuatu untuk department tanpa perlu mengeluarkan uwang ringgit. Yang pasti TENAGA kena lebih.. hehhhe...

Nota Jemari: murshi.... jom kita main!!