Ako tak tahu pun kedai ni wujud.
Klu tak dek kerna adik nan satu yang kasi tau, konpom sampai ke sudah ako memang tak tahu pun ada kedai cina muslim kat area KL nih. So sebagai nak cover perasaan tak tahu ako, adik nan satu pun mengajak la ako melantak ke situ.

Yang ako makan ni terletak kat area Taman Melawati. Klu ko tahu BSN, ha ia nya bertentangan jauh di hadapan. Bagi ako area situ memang payah sket la nak cari parking.

Branch Melawati:
60, Jalan Negara,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur
Tel: 012 - 648 0680

Selain situ, kowang leh try kat area wangsa maju.

6, Jalan 1/27F,
Pst Bdr Wangsa Maju (KLSC), Seksyen 5,
53000 Kuala Lumpur
Tel: 012 - 383 1499
 
Ako ni dah lama cari kedai cina muslim yang ada jual dim sum. Selain dim sum yang terdapat kat sini, nak juga la ako try kat tempat lain plak.


Menu-menu kat sini ermm rasa nya macam takde yang special sangat. Sama saja menu yang terdapat kat mana-mana kedai makan. Mungkin yang beza hanya cara masakan kot.
Ako mencari dim sum tapi ermm dim sum kat kedai itu adalah kureng menarik anak tekak ako. Ako bayangkan dim sum diletakkan di dalam bekas kukus tu. Bila derang bagi letak dalam piring camtu, ermm konpom la dah keras kejung kan. Kira tak fresh panas la gitu.

Air teh bunga ni ako kira ianya dari air kotak sahaja. Ermm ako bayangkan lagi ianya yang asli yang ada bunga-bunga tu sekali.

Sirap bandung cincau ni memang nampak sedap! Nasib baik la rasa nya pun sedap juga.

Wantan goreng ni memang sedap!!

Kue teow kantonis..

Kantonis 'ying yong'

erkk ada beza ker makanan dua-dua kat atas tu ek? Yang ako nampak perbezaan hanya ada seketul udang dan daging sahaja.

Ako sudah tersiilap order daaa.. eee ako bukan nya suka sangat kue teow kantonis ni tapi sebab dah order kan so nak tak nak, suka tak suka, terpaksa juga la ako telan sampai abes.

Overall, ermm makanan yang ako makan, so-so aje la.
Frust dapat makan dim sum macam tu.
Kowang tengok kat website, punya la menarik... i frust OK!!

Nota Jemari: I tetap pilih chateau de puah untuk makan dim sum!!!