alahaaaiii anak0mak~

ermmm.. malam tadi awak giler ako masuk bilik membuta. Jam 8.30 malam memang dah selamat ako bermimpi indah.. Tapi tup tup jam 3.30 pagi ako terjaga. Ye la kan, dah cukup 6 jam ako tido. Bila dah terjaga, bende pertama yang ako buat opkos arr belek henpon. Ada 2 sms.

Satu jam 9++ malam dari Puan Marlin.
Dan satu lagi dari adik ako lebih kurang jam 12.15 pagi.
Mesej pertama ako x kisah sangat tapi bila baca mesej kedua, alahaaaiiiii lepas satu, satu hal dibuatnya.
Si putih kesakitan lagi. Aritu 'kaki' nya yang buat hal, ni tak pasal-pasal 'badan' plak bawa penyakit.

Macam biasa, lately ni adik ako tu slalu pinjam si putih waktu malam.
Dijadikan citer, tak pasal-pasal si putih terbenti di tengah jalan. Ako rasa mungkin area opis adik ako arr. Setelah ditow ke bengkel kawan dia, maka selamat lah si putih bermalam di sana. Adussss.... ingat bole berjimat, tak pasal-pasal banyak plak banjer kena kuar lagi.
Putih oo putih,
Kenapa lepas 'kaki', 'badan' ko plak yang saket?
Ke ko majuk ngan ako???
Alaahaiii...........

Eh, kowang pasan tak watermark ako atas 'badan' putih?
hehehe.... ha tu watermark yang ke-2 ako tempah dari whitey mommy.

Malang memang tak berbau ek?
Sudah la semalam nak connect 'berukband' tak boleh-boleh. Ghope-ghope nya ako terlupa mahu bayar bil maxiss daaaaa......... Dan tak pasal-pasal ako dah x leh nak buat 'call out'. Ni ako alert kowang nih, kowang sms pun konpom ako tak leh nak balas arr kan. So pepaham je arr ye. Alahaaaiii ntah bila la bil tu nak dibayar. ermm tunggu 'durian runtuh' je arr..

Bertambah-tambah malang, dapat pulak surat dari lawyer. Huwaaaaaaaaaaaa ni gara-gara bil streamyx plak tak bayar. Kisahnya b4 ni ako pakai streamyx tapi memandangkan modem x boleh pakai dan ako x sempat nak tukar atau potong line streamyx, membuatkan bil ako bertambah-tambah. Aisshh ni yang tensen, dah la x pakai, bil plak berjalan. Mencikk tul arr!!! Masalahnya mana de masa nak pegi TM nak potong streamyx nih??!!!!! Cuba arr orang-orang TM kasi wat overtime sket. Kasi buka kedai TMPoint sampai malam macam sesetengah pejabat pos. Ha kan senang keje ako. Takde la susah2 ako kena amek cuti semata2 nak gi TM nak potong line streamyx!!!

Ko tahu kenapa ako dah x moh pakai streamyx????
Macam mana ako tak marah, masa memula soh daftar bukan main baik dok layan kita, pastu bila modem ako rosak, ha terus sekor2 buat tak tahu. Jenuh ako contact sana sini. Sudah, jawabnya memang ako sudah maj0kss sama streamyxxxx!!!!

Dan kisah malang tak berakhir di sini. Selagi sumer nya tak setel, selagi tu arr kisah malang masih berleluasa sesuka hati 'mereka'.. Gurlpppp!!!?

Nota Jemari: malang lagi bila dengar jawapan dia.. *sigh* :(