Jeng jeng jeng...
Ako tak citer lagi kan kisah nan satu nih.
Tersebut cerita, ini last minit punya cerita..
Niat di hati pada mula nya memang malas nak join sebab ianya berupa tarian.
Sedangkan kesukaan ako lebih tertumpu pada lakonan.
Atas pujuk rayu, akhirnya terjabak juga ako ke kancah tari-menari itu.
Eh bukan suka-suka bukan saja-saja.
Tarian ini adalah tujuan untuk dipersembahkan masa malam 'annual dinner' opis ako yang akan diadakan dua malam berturut-turut iaitu pada 31 Julai & juga 1 Ogos 2010 nanti.
Bak kata ako awal tadi, ako hanya sempat join derang dalam tarian ini baru 2 minggu sahaja. Perghh memang jenuh nak amek feel dan juga nak belajar tarian tersebut. Alhamdulilah so far ako masih sempat catch up mana yang dah ako tertinggal.
Macam tahun lepas kan kitorang terlibat dalam teater muzikal sempena sambutan ulang tahun opis ako yang ke-50. So tahun ni mula nya mahu membuat sketsa dan tarian tapi akhirnya hanya tarian sahaja yang akan dipersembahkan pada pembukaan dinner itu nanti. Berkonsepkan 1Malaysia atau lebih specific lagi buat warga opis ako adalah bertemakan i-acted. Sila jangan tanya apa itu i-acted. Sungguh, ako memang malas mahu membuat penerangan tentang itu. eehehe... Yang pasti i-acted berkonsepkan warna-warni.
Show adalah minggu depan.
Malam kelmarin masa untuk fitting baju.
Baju adalah disewa dari Centrestage Vision Dynamic yang terletak di Sri Rampai.
Wah masuk-masuk je tempat tu terus cam teruja sket.
Al-maklum la before ni ako cari baju-baju macam ni kat area ampang jer. Dan takde la sebanyak ini koleksi baju-baju nya. So bila tengok deretan pakaian kat centrestage ni, perghhh memang gilosss!! Rambang mata dibuatnya! Dan ako kira kebanyakkan jenis pakaian kowang leh dapat kat sini.
Tak kira la, moden ker klasik ker.. Cina, india, even klu ko nak ke masquarate party (erkk sorry klu salah eja), bole ker kowang cari kat situ. Memang gerenti kowang jumpa punya la!!
Oh ye tujuan kitorang gi sana sebab nak cari pakaian yang sesuai la dengan show malam dinner tu nanti. Group ako adalah menarikan tarian sabah & sarawak maka begini lah pakaian yang akan kami pakai pada malam tersebut. Aiyo... macam sarat je ako tengok. Hopefully tak menjejaskan persembahan kami. hehehe ye la kan, masa latihan ko pakai t shirt n tracksuit je. Alih-alih masa the real show, gurlppp.... !!
Memang pening gak nak cari baju yang sesuai, yang muat lebih afdalnya.. hahhaa!!
Alhamdulilah sehingga jam 11 malam, akhirnya memasing mendapat segala pakaian yang memenuhi citarasa, yang bersesuaian dan yang paling penting MUAT!!
Adussss... seminggu je lagi. Berdebar-debar plak ghase nyaaaa...
Last minit ada je perubahan step.. mampos klu tak bole nak catch up nih..!
Pada yang berminat nak sewa baju-baju dari centrestage, sini ako sertakan alamat nya sekali k:-
Centrestage Vision Dynamic
43-1 Tingkat 1 Jalan 46B/26
Taman Sri Rampai
Setapak 53300 KL
Tel/ Faks: +60 (3) 4143-2743
E-mel: centrestage9@gmail.com
Contact Person: Geena / Shikin
Nota Jemari: Doa kan yang terbaik... AMINNNNN!
6 Comments
hahaha comelllnyaaa kakRet :)
ReplyDeletegoodluck kakRet :D
uii dkt dgn rumah aku tu.. :p
ReplyDeletech@,
ReplyDeleteadehh... gelabah dibuatnya skrg ni.. Macam-macam x kena masa latihan... takoottttt n fobia!!
mya,
ehehe ako tahu, umah ko yg tinggi tu kan, betul2 depan jalan kedai tu.. ;)
salam sis/abang berapa ringgit nak sewa baju sarawak n sabah ?harga dgn aksesori without aksesori
ReplyDeleteArea johor ada tak sis
ReplyDeleteTak sure plk tp mesti ada punya... Kena rajin Google k
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com