,

Orang kurang siuman??!

Pagi kuar umah macam biasa jam 7.30.
Macam biasa juga drive ke opis dengan memandu si putih.
Dah memang terbiasa akan melalui Jalan Sentul terutama sekali di hadapan pasar sentul.
Hari-hari memang jalan di situ tak lari dek kesesakan. Walau sesak tapi masih dalam keadaan terkawal. Tambah-tambah bila ada abang polis atau pakcik polis atau adik polis yang mengawal lalulintas di sekitar situ.

Pagi ni pemandangan agak luar biasa sedikit.
Laluan masih sama.
Memandu dengan had kelajuan yang agak perlahan juga.
Tapi yang agak berlainan pagi nih, ternampak 'sesuatu'.
Eh lebih kepada seseorang la gitu.
Beliau berjalan dengan selamba tanpa seurat benang.
Hanya menutupi bahagian bawah sahaja.
Dan ako kira cawat yang dipakainya itu memang cukup2 menutupi anu beliau.

Sekali pandang memang kowang akan terbayang dia berbogel terus kerna cawat yang dipakainya itu sama kaler dengan warna kulit nya. Tapi bila diamati, ya ya beliau masih menutup anu nya dengan cawat yang berwarna cekelat. *wah sempat lagi mata ako melirik ke situ.. gurlppp!!??*

Ako memandu dan melewati beliau.
Dari pandangan cermin sisi, ako nampak satu polis trafik bersama dengan satu polis biasa telah menahan beliau. Ya agak kedengaran kuat juga la sore polis tersebut memanggil si kurang siuman. Erkk ako kurang pasti sama ada beliau kurang siuman atau sebaliknya. Bila ditegur bole plak beliau berhenti dan menyahut sapaan polis tadi.

Yang menjadi kem0skelan nya, kenapa beliau berpakaian sebegitu dikhalayak ramai???
Kurang siumankah atau sebaliknya? Tapi klu dia betul, takkan sanggup berjalan separuh bogel macam tu kan?? Iskk... manusia manusia...

Nota Jemari: Pepagi dah dapat aura yang kurang menyenangkan...
Share:

2 comments:

  1. huh, kalau lelaki kacak haruslah smgt pagi, tapiii pepagi dah mengadap ke'lucah'an melampau... erk, harus terbayang-bayang sampai ke ptg :)

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.