Followers

Friday, July 9, 2010

Teksi oo Teksi

Dua tiga malam akhir-akhir ni ako berpeluang pulang dengan menaiki lrt.
Itu pun gara-gara si putih terlantar di 'spital area sri rampai.
Dah lama rasa nya pulang dengan lrt nih..

Berhenti di stesen sentul timur iaitu hentian terakhir sekali.
Nak berhenti di hentian sentul, boleh ajer tapi memikirkan suasana di situ agak suram maka sentul timur juga menjadi pilihan. Di sana ako menanti sang adik untuk mengambil pulang ke rumah.

Bagi kowang yang tahu area sentul timur, sudah tentu dapat bayangkan suasana di situ dengan deretan teksi yang berduyun-duyun beratur menantikan penumpang. Memang kita rasa lega la klu tiada kenderaan, teksi berlambak di situ. Akan tetapi jangan tersilap, teksi-teksi tersebut tidak akan menerima penumpang yang di luar kawasan stesen tersebut. Jadi apa kah motif deretan-deretan teksi itu?

Sangat sedih ok bila ko dalam keadaan terdesak mahu pulang tapi hampa bila permintaan ko soh dihantar pulang ke umah ditolak. Rasa mahu meraung aje!! Ohh ako pernah mengalami situasi begitu lama dahulu dan tak sangka masih lagi teksi-teksi tersebut tidak berubah hala tuju.

Sorang apek teksi duduk bersebelahan ako di bangku sambel menantikan penumpang-penumpang yang biasa. Sambel lirikan mata memandang beliau yang sedang mengira-ngira duit. Ye memang ako nampak bergumpal-gumpal duit not seringgit. Mungkin beliau rasa berbaloi lagi menghantar penumpang-penumpang di persekitaran dengan pulangan duit yang sentiasa tidak putus tapi sikit daripada terpaksa menghantar mereka yang jauh di luar kawasan dengan pulangan duit yang banyak tapi jarang.

Susah kan, ada teksi tapi tak boleh naik?!
Bila kita tak nak naik, berlomba-lomba tarik kita soh naik teksi dia...
Alahaaaiii.........

Nota Jemari: Bawa putih lagi baguss..

3 comments:

mekchu said...

ee.. mmg patah kaki kalo x de keta ni.. susah nak jln.. untung gak ada lrt kat sana..

.::WaNiE::. said...

mak aih memilih betul

tak nak hantar

isk isk isk

AKO @ retna said...

mekcu,
yup seb baek arr ada lrt, monorail n komuter tapi ssh gak , dr umah nk ke lrt terpaksa gak naik teksi huhu....

wanie,
kan?! geram tul ngan pemandu2 teksi kat situ..