Followers

Friday, July 2, 2010

Terbongkar rahsia luar dan dalam...

Yeehaaa...
Ishh mcm suka terlampau plak. Ok ok assalamualaikum kengkawan,
Arini ako nak ngadu domba sket ngan kowang. Ye la kowang arr yang tengah baca entry ako nih.
Cane ek nak citer??
Nak cakap ako suker, ako suker gak!
Nak cakap tak suker, ada lah juga ghase macam tuh...

Kisahnya,
Blog 'AKO tetap AKO' ni macam dah jadi perhatian rakan sekerja.
Alamakk, abesh arr lepas ni ako dah tak boleh nak 'kencing-kencing' kat derang..*erkk kencing plak pegi nya ishh... * Maksud ako dah tak leh nak kutuk-kutuk la kan. Harus lepas ni segala bual bicara *aik bila masa lak ako kelola rancangan bual bicara ek??* ditapis setapis tapisnya dengan menggunakan penapis nipis kat umah ako.. Erkk.. gurlpp!!

Aiyo,
hep... Jangan kecoh-kecoh..
Kowang duduk dendiam kat kusi, kasi baca, selongkar kain baju dalam senyap-senyap ek..
Ishh... ako nak kena check baju-baju dalam ako, kot-kot la terkutuk ker, terkondem ker, termaki ker.. dan TER TER hape lagi kat kowang kan. Tapi klu kowang TERbaca kisah maki hamun *eh ada ke ako maki-maki orang ek dalam nih?*, sila buat tak tahu je la ek. erkk tapi kan tapi kan Tetiba ako ghase cam malas lak ako nak selongkar satu lemari blog nih. Penat wei, berpeluh ako kang. Eh eh bukan ker berpeluh itu bagus? Ye ye memang ako disarankan untuk mengeluarkan peluh bagi mengempis dan mengecilkan mana-mana yang patut di badan ini. Ah sudah! Apa yang ako merepek ni labu oiii...

Dek kerna mereka sudah tahu, dek kerna mereka ingin tahu dan dek kerna mereka tergedik nak amek tahu, maka ako berasa bersalah terhadap kawan nan satu ni. Dan untuk menutup kesalahan itu, terpaksa la ako mengEDIT gambar pada entry kat bawah nih. Maaf ye kawan, bukan niat mahu buat promosi pada gambar itu, sekadar mengingat kembali saat-saat indah kita bersama. Harap lepas ni kawan tidak rasa tertekan mahupun terganggu emosi , ya!! *aishh macam emosi ako plak yang terganggu lebih nih!!*

Dan akhir kata, maju lah HIDUP AKO untuk BLOG.. muahaha..

Nota Jemari: nape ako ghase macam lain macam jer ayat-ayat entry nih?? Macam tak kena jer? *garu dagu*

No comments: