, ,

Woit, kete ako bukan TEKSI arrr!!!!!

Eeeeee teringat topik pagi kat hot.fm pagi tadi.
Ye laaa pasal, "bila marah sangat apa yang kowang buat?"
Tapi ako idok le sampai nak buat pape kan. Ater ako kan pompuan suci jiwa raga nyaa... Muahahaha..

Kisahnya camni..
Ako cukup tak paham klu orang yang menumpang kete ako, pulak tu bila nak tutup pintu kete, punya la kuat sampai ako rasa bergegar seluruh dunia. *ha tipu la tu kan*

Ishh... hape kowang ingat kete ako ni TEKSI ker?
Ye la slalunya pintu teksi je kowang tutup kuat-kuat kan!!!
Adehh..... tersentap jantung ako bila pintu si putih bagai direntap dengan kuat.
Eh memang kuat OK!!

Pernah sekali sorang hamba ALLAH ni dok menumpang ako.
Ha spesis yang suka tutup pintu kuat-kuat la nih.
Dan tak pasal-pasal, berderai cermin tingkap kete ako.
Eh ni memang citer betul, OK. Bukan buat-buat atau main-main. Ini memang FAKTA semata-mata!!! dan sejak hari itu, ako mmg cukup seriau klu hamba allah tersebut mahu menumpang si putih.

Yang pelik tu, klu kete kowang sendiri boleh plak kowang tutup pelan , slow n steady yer. Tapi bila kete orang lain, ya ampun macam nak pecah dibuatnya!! Ako ngadu ni pun gara-gara dok menumpangkan seseorang semalam. Disebabkan aksi beliau semasa menutup pintu tu la yang membuatkan ako macam pikir berkali-kali mahu menumpangkan si putih lagi. Adussss... cuba kowang bayangkan klu ada orang tampar pp or sepak terajang badan kowang. Ha saket kan? Walau si putih hanya sebuah kereta tapi bila ia terluka, umpama hati tuan punya kereta juga terluka.

Ala ako pasti kowang yang ada kereta musti berperasaan mcam ako juga, kan?!! Sape tak sayang kereta weii... Umpama pepatah, 'sape tak sayang bini' ..!! Ha konpom kowang sayang laki n bini kowang kan?!!! Kereta tu la bagai nyawa dan rete ako. Walau tak seberapa nilainya tapi dah ako yang membiayai nya tetiap bulan. Saket pening si putih ako yang tanggung, bukan kowang, jadi harus la ako memang tersentap dan menyentap klu sesuatu terjadi pada si putih!!!

Ako bukan la jenis nak amuk sakan tak tentu hala. Tapi dah ko menumpang, so buat la cara menumpang dengan elok dan sopan ye!! Bila kita buat baik tentu kita dapat balasan yang baik juga. Tak gitu?!! So harap la kowang-kowang yang jenis seperti citer ako ni, bawa-bawa la berubah sikap sket ye. Bukan apa, hati empunya kete senang, tentu dia hepi nak bawa dan tumpangkan ko lain kali.

Nota Jemari: Ako tahu, si putih bukan la baru macam kete kowang !!
Share:

5 comments:

  1. haha, dia ingat putih macam kreta lama kot katRet, kena kasi tutup kuat². kreta kita mmg kena tutup kuat², kalau tak, tak rapat. kereta lama katakannn...

    ReplyDelete
  2. bunyi masa tutup tu penting.. pang!! haha kreta aku lau org wat cmtu aku sound je, ingat teksi ke oii~~~ haha

    ReplyDelete
  3. ch@,
    kena la tgk juga kan...
    walau kita naik kete lama pun, takkan pertama kali naik, dah kena tutup kekuat... tutup pelan2 apa salahnya, pastu bru la kita kuatkan sket tapi bukan sampai bergegar satu kete...

    syer,
    tahu xpee.... adehhh tension!!

    ReplyDelete
  4. betul ke smpai berderai cermin? hulk hogan ke apa dia tu? mekchu pun ada hangin yg sama kalo org tutup pintu keta kuat2

    ReplyDelete
  5. mekcu,
    yup betul.. sampai kita pun terkedu masa cermin tu berderai.. nak nangis, nak marah ee sumer ada la ms tu tapi nk wat cane kan.. nak marah, kawan kita juga! Tapi kot iye pun berpada2 la kan..

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.