Followers

Tuesday, October 26, 2010

Wanita kahwin diri sendiri


TAIPEI - Seorang wanita, Chen Wei-yih mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri selepas dia tidak berminat dengan lelaki yang ditemuinya, lapor sebuah akhbar semalam. Dia turut menerima tekanan sosial kerana masih belum berkahwin menyebabkan dia memutuskan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.

Pekerja pejabat berusia 30 tahun itu dijangka melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya pada bulan depan seorang diri tanpa suami. Wei-yih sudah bergambar dengan memakai gaun putih, melantik seorang perancang perkahwinan dan menyewa satu dewan bankuet untuk dihadiri oleh 30 orang rakannya dalam majlis resepsi itu.

"Usia 30 tahun merupakan tempoh yang penting bagi saya. Namun saya belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Jadi, apa yang boleh saya buat?" soalnya.

"Saya tidak antiperkahwinan. Saya cuma berharap saya boleh meluahkan idea berbeza di luar lingkaran tradisi," katanya. Majlis Perkahwinannya itu melibatkan kos AS$5,675 (RM17,561).

Wanita di Taiwan dilihat semakin lambat dan jarang berkahwin apabila status ekonomi mereka menjadi bertambah baik. - Agensi


sumber : kosmo online

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota Jemari: Dia 'kaya' boleh la buat macam tu..... ako 'kayap'... makan 'kaya' je mampu so nak tak nak menunggu je la ya... Tapi caya la kat pompuan ni... !! Suka statement dia, "Usia 30 tahun merupakan tempoh yang penting bagi saya. Namun saya belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Jadi, apa yang boleh saya buat?"

~Secara fizikal dan logika... memang arr impossible klu kat Msia ni tapi ada AKO kisah!! muahahaha... janji hati senang jiwa hepi... lalalalal..... ~

6 comments:

Sis-Lin said...

Betul3x..usia bukan memainkan peranan nak perabis duit mcmtu jek ret..membazir jek..baik joli sakan sorg2 dr nak kahwin sendiri mcmtu..
klu aku lg best berpoya2 je klu kaya..heheheheh

cha said...

sayang duit, dari membazir camtu, baikla guna tuk menda lain. kakRet nak buat sejarah kat m'sia ke? haha.

Aanas said...

salam retna,
ini macam pun ada ka.. kawin sesama jenis ada, kawin diri sendiri pun ada.. meriah meriah.. kalau kat mesia buat cenggini takut orang tangkap sumbat kat spital bahagia.. :)

AKO @ retna said...

Lin,
ye ye klu ako kaya pun ako kasi enjoy pepuas hhaha

ch@,
psstt apa salahnya kasi buat sejarah sket :p

kak aanas,
hhehe alaahaiii kena sumbat spital bahgia tu yg tak sanggup tu hahah

Bond@ While@ said...

usia hanya pada nombor je kak.. yg penting di isi dengan perkara² yg menyenangkan hati sendiri. tak yah wat pening² pale pikir..semua tu dh ditentukan olehNYA. :) tol tak kak ret?

AKO @ retna said...

bonda whilea,
yeezzaaaa setuju setuju setuju tapi camne ek skrg ni hati x senang..huhu