,

Kawan Sejati

Assalamualaikum

Kita pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?

Wassalam

Nota Jemari:  Kawan S.E.J.A.T.I ... awak tahu sape awak *wink*
Share:

9 comments:

  1. kalau saya kata kawan sejati saya adalah anak-anak saya acik tak? ha ha ha.....

    mmg susah nak carik kawan senang dan kawan susah pada masa yg sama kan....

    tapi kite kawan kan retna? huhuhu

    ReplyDelete
  2. ehehe betul tu ila,
    kita mmg susah nak jumpa kawan SEJATI..

    kawan mmg ramai tapi yang betul2 memahami dan boleh menerima pangai kita nak bole menemani kita masa susah dan senang, yg bole dengar luahan hati kita...

    erm payah kan nak jumpa kawan yang sanggup melalui sumer tu sama-sama kita...

    TAPi ako x nafikan...
    kawan-kawan ako adalah kowang sumer ;-)

    ReplyDelete
  3. setuju.... kita mesti ikhlas dlm berkawan kan....

    kiter kwn lama alam cyber yg kini cuba utk kembali tautkan silaturrahim yg terputus...

    oh ya akak di kuantan dah nih.... pindah last year....

    rindu kat korang seme

    ReplyDelete
  4. oo akak kat Kuantan ye skrg..
    hehe patut arr sunyi sepi je dah lama :p

    ReplyDelete
  5. kompius jap...article ni ko tulis ke...ko kopipes kat mana?? cam lain sikit ayat ko..tp bagus sebagai panduan untuk aku. Ada pembuka, isi dan penutup. Makasih yer :)

    ReplyDelete
  6. kita pun tak sure, kita ni kawan yg baik atau tak, tapi setiap kali kawan-kawan bercerita kisah sedih, mesti kita pun nangis sama, kalau cerita gembira, tak cukup rasanya nak ketawa tu. cemana tu eh? hiii.

    ReplyDelete
  7. proud to say aku ada kawan sejati..
    9tahun jadi mmber.. walaupun kami jarang berjumpa tapi msg n kol tetap jadi penghubung sama ada senang atau susah!.. Syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. musti... semua org atlis musti ada sorg kawan sejati kan ;)

    ReplyDelete
  9. erm setuju ngan kak ret..rasanya saya baru ada sorang kawan sejati.memang sangat sejatila..:p

    tapi saya tak tau saya ni sejati ke x..hehe

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.