Dah lama giler tak jejak kan kaki ke situ.
Eh jap jap, ako ada ajak kowang kan!
So sila jangan nak marah-marah or nak ngengada cakap ako x ajak ye!
Dah sape soh kowang takmoh join kan.
Erkk ye ye, ako takde la ngajak sampai satu kampung.
Melampau arr tu!
Tapi mana yang ako ajak tu, paham-paham sendiri je ar ye.
Eh, sekarang dah lain tau!
Maksud ako, dulu kan klu masuk, tiket dia yang macam gelang kertas kan?
Tapi aritu ako pegi derang dah tukar tiket kepada gelang getah ala-ala jam gitu.
Cool siot!!
Mungkin bagus gak kan. Takde la ghisau klu kena air. Kan?!
Harga tiket untuk mykad (dewasa) adalah RM60.
Sekarang kena bayar deposit RM10.
Tapi jangan ghisau, masa kowang pulang kan 'tiket jam' tu, kowang dapat la duit deposit tu balik. Klu kowang nak bawa balik 'tiket jam' tu, maknanya burn aje la duit deposit kowang ye.
ermm..
Ako assume ramai la owang sebab wiken la katakan.
Tapi masa nak main beberapa game kat situ, punya la rileks.
Tak yah berebut-rebut sebab takde owang sangat.
Dari segi games, tak banyak perubahan.
Sama je macam dulu.
Yang menarik je pun, game kapal ni je.
Tu pun sebab dia macam thrill sket.
Eh bkn 'macam', memang thrill pun.
Erkkk fengsan ok klu kowang adalah lemah semangat.
Apa taknya, kapal itu adalah berpusing 360 darjah!!
Sepanjang naik, ako tutup je mata. Tau-tau je dah abeh.. hahah
Cuma adalah sekali dua ako buka sikit mata nak tengok gak camne ghope bila kaki kat atas kepala kat bawah. Seriau siot!!
Dah turun dari kapal, ako terperasan sesuatu.
Katanya naik 'pirate ship'.
Tapi awatnya gambar pompuan separuh bogel kat depan kapal??
Kowang perasan x???
Macam seakan-akan gambar owang tergantung kat dalam gereja, kan?!!
isshhh takkan la pihak sunway tak peghasan??
Tak paham, apa motip pompuan tunjuk buah dada tergantung kat depan kapal?????
Kowang paham ke??
Cer explain sket??
En Kasawari,
Camni la ejaan kasawari dalam omputih.
Oh ya, sunway sekarang dah ada Wildlife Park iaitu lebih kepada macam mini zoo la gitu. So terjumpa la 'cassowary' berwarna biru dan berjambul di kepala. Macam burung merak pun ada sket-sket kan ;-)
Naik bot pastu kebasahan.
Masa kat USS dulu, klu naik bot camni, perjalanan dia slow motion je.
Dia punya klimaks adalah di penghujung perjalanan kita.
Konpom basah kuyup! Tapi tu kat USS la.
Klu kat sunway plak, naik bot ni, perjalanan dia adalah deras dari mula lagi.
Basah dan basah dari mula sampai abesh. Thrill nya adalah sebab air yang deras.
Kena la duduk dendiam dan pegang kuat. Silap haribulan klu lalai boleh terjatuh dibuatnya.
Ekcelikan, bagi ako yang tak suka main air ni, pegi sunway dengan harga RM60 adalah mahal dan tidak berbaloi. Sebabnya, game kat adventure park bukannya banyak mana pun klu nak dibandingkan dengan game kat genting. Unless kowang suka mandi manda, so berbaloi la gi waterpark sekali. Oh ye, ako memang kurang gemor sket nak buat xtvt mandi manda. Leceh! Nak tukar baju laa.. pastu dah basah2 nak kena mandi balik laa. iskkk sangat-sangat menyusahkan!!
So, klu kowang nak ajak ako berXTVT, sila pastikan xtvt yang tidak melibatkan air dan mandi-manda ye.
Sunway bagi ako, so-so je la.
Boleh pegi tapi takde la excited mana klu nak dibandingkan owang ajak ako g GENTING untuk bersokaria. Lain owang, lain citarasanya, ye tak?!
Nota Jemari: Citarasa kowang camne plak?
7 Comments
mmg skrang dah pakai gelang cam tu yek
ReplyDeletepastu pulang balik ke?? dia bg teros..huhuhu
Mmg mahal gile masuk sunway lagoon....toilet nak salin baju pun selalu penohhhhh......
ReplyDeleteIla,
ReplyDeleteklu ko nak bawa balik, burn la duit deposit RM10 tu :p
cik kasih,
mahal kan.. eee x suke! x suker!
da lame tak g sunway....
ReplyDelete;(
fyna,
ReplyDeleteeehhe kita pun... itupun kebetulan je terasa nak pegi ;-)
dah lama juga tak pergi sana.
ReplyDeletetu la org ajak xmoh join :p
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com