Jumaat, 18 Mac.
Lokasi LCCT Sepang.
Sambel menantikan kapal yang akan menerbangkan ako ke JB.
Sakan berFB melalui henpon.
Tup tup terbau sesuatu.
Toleh kiri, toleh kanan.
Takde pape.

Bau dah hilang.
Ok, rasa selamat lobang idong.
Soploh minit kemudian, bau itu datang lagi.
Erkk... seksa lobang idong.
Terkumat kamit la lobang idong, kejap kecik, kejap beso.
Ermmm alahaaii.....

Bau ilang lagi..
Isshh.... bau itu telah mengganggu konsentrasi ako.

Lima minit, bau tu datang lagi.
Kali ni takde ragu-ragu lagi dah.
Konpom dan sahih bau itu datang dari arah hadapan.

"alamakkk bang, kot/sweater abang tu bape lama x basuh??? Bau hapakkk yang amat!!"

Adehh...........
Tu klu hantar dobi mau nya kena sental letak clorox abes-abesan tu.
Fengsan ok bau nya!

Ni la owang lelaki, asal bole pakai je.
Cuba la check dulu suar atau baju tu dah basuh ke belum
Klu belum, sila la pastikan takde bau-bauan yang tak menyenangkan owang sekeliling. Tak pun, klu dah takde baju sangat nak pakai, toolongg la spray perfume satu botol sket!!

Tak tahu arr camne owang yang dok sebelah dia dalam flight dok menahan lobang idong. 

~~~~~~~~~~~~~
Jam 9 malam.
Selamat berada dalam pewot kapal air asia.
Kali ni ako dapat seat kat tengah-tengah.
Kanan adalah sowang budak remaja berbangsa cina.
Manakal kiri plak adalah sowang anak kecik berbangsa India. Ako rasa maybe dalam 5 atau 6 tahun la kot umurnya. 

Tak tak dia bukan sowang-sowang. 
Dia berempat, ada mak, ada sowang abang n ako ghase yg lagi sowang tu kembar dia la kot. Sebab sekali pandang, dari segi umur, ketinggian dan raut wajah adaah seiras. Mereka bertiga duduk di kusi bersebelah kiri kami.

Kusi hadapan ako adalah sebuah kelaurga melayu yang mempunyai seorang anak pompupan yang ako kira umurnya maybe dalam lingkungan 4, 5 tahun. Petah bercakap. 

Ketara perbezaan yang ako nampak..
Satu keluarga bersama sowang Ibu bersama 3 owang anak.
Satu lagi keluarga yang terdiri daripada sowang bapa, sowang ibu dan sowang adik kepada si ibu atau si bapa bersama seorang anak kecik.

Ermm... budak india sebelah ako sangat-sangat la behave klu nak dibandingkan dengan anak kecik melayu di hadapan ako. Padahal, klu nak dilihat, pasti si ibu bersama 3 owang anak, tentu sukar nak mengawal pangai anak-anak seorang diri. Walhal, yang ako pasan, sebaliknya plak. Tiga owang dewasa bersama seorang anak yang sukar nak mengawal pangai si kecik.

Erkk... ako ghase rimas!!
Rimas ok!!
Nak soh dok diam, dengan molot yang pot pet pot pet, dengan asek bergerak ke sana sini. Sampai kena tegur ngan pramugari pun masih 3 dewasa tadi tak dapat nak mengawal anak kecik itu. Bukan apa, klu dah sampai budak tu tak reti nak dok dendiam kat seat sendiri, klu ako jadi pramugari tu pun ako akan tegur. 

Tapi nasib baik la si bapa ada la juga naluri ketegasan sket.
Di angkatnya si kecik soh dodok dendiam kat kusi.
Melalak juga la budak tu tapi klu tak buat macam tu.....
pikir je la sendiri ek.

Sowi la ye, ako tak tahu owang lain.
Tapi sudah la ako kepenatan baru balik dari keje.
Malam, konpom la badan dan minda ako dah letih.
Ako budget memang dalam flight mau la lelap barang soploh minit kah.
Tapi hampeh.

Kesabaran tercabar juga la tapi.....

Ye ye ako paham, kowang musti cakap, "budak-budak biasa laa...."
Tapi atlis mak bapak budak tu, sila la jaga sket 'kenakalan' dan pangai anak derang k.

Kesimpulannya,
ermm.. nak salahkan sape ek bila anak tak leh nak behave betul2???

Ako sendiri pun kadang-kadang takut gak situasi macam tu bakal terjadi kat diri ako. Kita tak tahu apa bakal terjadi di masa hadapan kan. Tapi klu bole, sama-sama dan pandai-pandai la kita handle, ye!!

Nota Jemari: minta dijauhkan .. tapi klu nak kena, redha je la kan.