Yuhuu..........
Suka masakan padang dan nogori??
Ako, musti la suka!
Memang menepati citarasa anak tekak yang satu ni.

Jom, kali ni JJCM bersama anakomak membawa kowang ke Restoran Salero Negori. Eh bukan bukan yang kat Negeri Sembilan tapi terletak kat Jalan Gurney, KL.

Restoran ni adalah sebuah banglo klasik.
Tak susah pun nak cari.
Betul-betul terletak kat belakang putra Damai.

Klu kowang sukakan masakan padang dan nak kan privasi, memang ako suggest tempat ni la. Memang privasi sangat-sangat. Macam terasa makan kat umah sendiri gitu.

Ruang makan kat dalam ada tiga bilik.
Bilik 'Rantau'.

Ruang bilik 'Ampangan'

Ruang bilik '....' 
erkk alamak ako terlupa nama ruang yang satu ni.

Oh ye, sumer kat dalam tu memang konsep antik & klasik gitu.
Klu tak silap ako, banglo ni kan dua tingkat.
Ruang atas tu klu tak silap tempat pameran barangan antik.
Ako tak sempat nak jenguk ke atas.
Tapi sumber yang ako baca dari utusan, ada mention camtu la.

Pernah minum air apokat?? Atau omputih cakap 'avacado'.
Dulu, arwah parent ako memang suka sangat kat air ni.
Bagi ako idok le sedap sebab rasa nya kelat-kelat pucuk pisang gitu.
Tapi bagus tau, tak manis tak masam cuma kelat je pun hehehe.

Ekceli banyak lagi lauk-pauk yang dijual.
Kami cuma memilih lauk-pauk yang ghase anak tekak nak telan.
Slalunya makan kat restoran minang/padang ni, kowang pilih je nak lauk apa dan derang akan tolong hidangkan gitu. Tak ke ghase macam makan kat umah, dah le duduk dalam banglo kan. ;-)

Pastu yang best terasa macam Queen of da Day sebab ada owang layan, hidang ... haha 

Yang ni salah satu air special derang.
Teh botol. Harga RM3.50 sebotol.
Bagus tau!! Tak manis pun, ghase air teh tawar gitu.
Klu tak silap, kat Indon memang pemes air ni.

Daging salai masak lomak cili api - RM6.00

Pucuk ubi masak tempoyak - RM5.00
Adus terbayang-bayang rendang pucuk ubi.
Kowang pernah makan??
Sedap weii.... Rendang pucuk ubi arwah uwan ako paling sedap!
Takde sape leh lawan weii hahaha..

Daging dendeng - EM6.00
Daging ni rangup macam makan kopok plak ghase nya.
Takde nya liat-liat.
Konpom sekali gigit je dah rapuh.

Nampak tak ada sambal sebelah ayam kampung goreng tu?
Ku kirakan sambal itu FREE tapi ghope nya kena bayar juga ek.
Lado merah tu rege nya RM1.50 semangkuk kecik tu.

Ada terong goreng harganya RM3.50.
Ulam pucuk ubi tu plak, harga nya RM3.00

Selain air teh botol ngan apokat tu, kitorang order la juga air limau panas yang berharga RM1.50 secawan dan juga milo ais - RM2.30.

Kitorang try la dizert iaitu Sago Melaka berharga RM2.50 dan juga Tapai ais krim - RM3.50. Ermm sebab kan ako ghase sago yang jual kat Lanai lagi sedap, maka bila ghase kat kedai ni agak kurang menepati citarasa anak tekak ako. ;-)

Ako tak makan tapai so tak bole la nak komen lelebih pasal tu ya.
Overall, ok la not so bad.
Selera anak tekak ako memang bole masuk dengan masakan kat restoran tu.
Bila makan, terubat sket rindu nak rasa masakan 'rumah'.

Nota Jemari: Cawangan lain, ada kat TTDI dan Klana Jaya.