Kowang suka makan coklat?
Ako suker!
Sangat-sangat dan sangat suker!
Klu owang soh pilih antara bunga dan coklat, konpom ako pilih COKLAT!!

Tapi ialah, sejak dua menjak ni memang ako dah kurang sket makan coklat. Bukan tak makan langsung cuma kurang pengambilan coklat.

Coklat yang ako paling suker adalah pemberian makcik pepel yang ditempah khas dari Salina, owner of Chocolicious N Such!

Sedap!
Siyes, rasa klu bagi banyak-banyak pun x muak.
Lembut dan bila masuk lam mulut rasa terus cair gitu.

Ni ako nak citer pasal deal coupon dari Milk A Deal.
Ala... klu kowang pasan yang slalu iklan kat nuffnang tu.
Musti ada macam-macam deal yang derang offer kan.

Kebetulan aritu ternampak iklan promosi coklat.
Murah jer. Harga asal RM30 tapi dengan milk a deal offer, derang bagi 50% diskaun. So dapat la harga coklat tu dalam RM15 sahaja. OK, saja nak try maka ako pun grab je la offer tu.

Homemade coklat dari Impian Maah Enterprise.
Alamat lokasi kedai ni adalah;

E11-0-2 Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
03-92835976/ 016-6594652
http://impian-maah.blogspot.com
email: impianmaah.gmail.com

Macam-macam jenis ceklat derang buat.
So kowang leh tengok kat wesbite yang ako mention kat atas ni k.

Nak tanya details pun bole, kowang email je kat owner dia.
Nama Azizah.

Hajat nak bawa terbang balik ke 'kampung' malam ni tapi bila dah tengok depan mata, ermm tak tahan nafsu terus je ako melantak pagi tadi. 

Kowang nampak macam-macam bentuk kan. 
Yang bentuk love tu, isi dalam nya adalah kacang walnut.
Yang bentuk macam 4 segi tu isi dalamnya adalah biskut oreo.
Yang bentul cam cenkerang tu, isi dalamnya adalah kismis.
Yang lain bentuk, takde isi pape. Coklat semata-mata.

To be honest, ceklat ni agak keras sket la klu nak dibandingkan dengan ceklat yang ako dapat dari Chocolicious N Such!. Tapi klu dah nama pun peminat coklat, ermm masih lagi la boleh nak telan ceklat dalam gambar tu.

Overall, ermm so-so je la ye.
Boleh dimakan cuma agak kurang sesuai nak bagi owang yang takde gigi atau pakai gigi palsu untuk makan. Hehehehe................ 

Pada kowang yang nak try, sila-sila la jenguk ke sini k. 

Nota Jemari: Awak oo awak, takmoh kasi ceklat kat kita lagi ker? :p