,

Tajuk dan ISI tak relevan?!

Ako terbaca tajuk berita ni lam harian metro online.

So cam tertarik nak baca lebih lanjut.
Bila ako baca, ermm banyak kali tau ako ulang baca tapi asal tajuk dan isi takde kena mengena langsung????

Moskel...

Cuba kowang lak baca..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kereta terbalik angkara nyamuk



MELAKA: Nyawa sebuah keluarga yang sedang tidur hampir melayang apabila pagar kediaman mereka dirempuh sebuah lori di Taman Paya Rumput Permai, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lori tanpa muatan yang ditinggalkan pemiliknya itu dikatakan tiba-tiba menggelongsor lalu merempuh pagar rumah seorang penduduk dipercayai selepas pemandunya terlupa menarik brek tangan.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan meninggalkan kenderaan berat itu berhampiran kediaman mangsa dan ke rumah kakaknya yang terletak tidak jauh dari situ.
Pemilik rumah, Mohd Nizar Shariff, 36, berkata, dia yang ketika itu sedang tidur di dalam sebuah bilik bersama isterinya, Mazrynawati Bahari, 26, dan anak perempuannya, Nur Sarah Najwa, 2, dikejutkan dengan satu dentuman kuat menyebabkan mereka terjaga.

“Saya terus berlari keluar untuk memeriksa apa yang berlaku dan terkejut selepas mendapati sebuah lori tanpa pemandu didapati merempuh pagar rumah.

“Berikutan kejadian itu, pagar rumah saya rosak teruk,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, dia bernasib baik kerana lori berkenaan tersangkut di pada pagar.

“Kalau tidak saya tidak tahu apa akan jadi pada kami sekeluarga.


“Kejadian ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini ada kereta yang terbabas dan hampir melanggar rumah penduduk di sini,” katanya.

Beliau berkata, pemilik lori diminta berhati-hati ketika meletakkan kenderaan mereka berhampiran rumah penduduk bagi mengelak kejadian sama daripada berulang di masa depan.
~~~~~~~~~~~~~~

Nota Jemari: AKo ke yang silap pandang??? artiket ni kuar dalam ruangan MUTAKHIR.
Share:

4 comments:

  1. harian metro

    aku dh lama xbaca

    sbb aku dapati isinya byk mengarot

    ReplyDelete
  2. agaknya masa penulis nak tulis artikel tuh dia kena gigit nyamuk kot....memang x der kena mengena pun xcdn tuh dgn nyamuk...

    ReplyDelete
  3. mmmm
    rasanya mungkin dia tertinggal satu perenggan yang pasal nyamuk tu kot...gulp

    ReplyDelete
  4. gaban,
    kadang-kadang informasi yang x stress kepala hotak sangat2 menarik juga...

    qaseh & ila,
    hehhee agaknya masa dia menulis dia tgh mamai lagi kot...

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.