Macam menarik plak nak kongsi ngan kowang sumer.
Ye la kan slalu nya owang bagi hantaran ni barang-barang gadget etc.
Klu mereka tu kurang mampu nak bagi barang-barang gadget ni, apa kata kowang bagi hantaran berupa buku. Tak kisah la buku jenis apa pun asalkan menarik dan berguna untuk bakal penerima.
Jom baca artikel ni.
TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini penggunaan barang berteknologi seperti telefon bimbit, kamera digital dan komputer tablet memecah tradisi dalam pemberian hantaran untuk perkahwinan. Bagi pasangan yang inginkan kelainan, pemberian buku juga dilihat sebagai unik, jarang digunakan serta bermaklumat untuk pasangan.
Menurut Zaifie Zainal daripada Zaifie Zainal Creation Bridal Gallery, sejak menjalankan rundingan perkahwinan lima tahun lalu, seiring peredaran semasa hiasan hantaran juga berubah mengikut perkembangan teknologi. Sesuai perubahan zaman pemberian barang seperti telefon bimbit, komputer riba serta buku dilihat sesuatu yang unik dan menarik perhatian.
“Penampilan hantaran lain daripada lain pastinya memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Ini kerana selain pengantin, barang hantaran sering menjadi tumpuan utama dan ditunggu-tunggu tetamu. Hantaran yang menyerlah tentunya menjadi ikutan untuk majlis seterusnya,” katanya.
Bagi menampilkan kesederhanaan, hiasan perlu ringkas namun memenuhi tema. Pastikan buku digunakan tebal dan lebih daripada satu, seeloknya lima buku. Ini kerana ruang digunakan dapat memenuhi alas dulang ditambah hiasan bunga segar dan riben penambah seri.
Bagi menampilkan kesederhanaan, hiasan perlu ringkas namun memenuhi tema. Pastikan buku digunakan tebal dan lebih daripada satu, seeloknya lima buku. Ini kerana ruang digunakan dapat memenuhi alas dulang ditambah hiasan bunga segar dan riben penambah seri.
Untuk menambah kemasan pastikan buku disusun secara berdiri mengikut ukuran besar dan kecil. Kemudian ikat riben mengikut cita rasa masing-masing.
"Terima kasih Zaifie Zainal Creation Bridal Gallery, Cheras Kuala Lumpur atau layari laman sesawang www. zaifiezainal.blogspot.com"
Nota Jemari: Sumber dari harian metro online ... Sharing is caring ;-)
4 Comments
masa kita hari tu ada reQuest novel, kita nak 5 biji novel. tapi masa dah sibuk2 terlupa. hahaaa.
ReplyDeletehantaran sekarang dah unik2. ikut peredaran masa dan persetujuaan kedua belah pihak. ok la tu.
aha kan...
ReplyDeletemacam-macam dah hantaran skrg nih..
Nak cari kelainan sket arr...
agak2 cha, apa ye yg lain dari yg lain yg sesuai dibuat hantaran??
ahaha :p
iLa ari tu ada beli dua buah buku..dan senaskhah alquran...
ReplyDeletetapi akhirnya....kesemuanya..
tidak di jadikan hantaran...
sbb masa tu org dok kecoh
kalau setakat hantaran tak di praktikkan...baik tak yah dijadikan hantaran....
so..digantikan dengan benda lain....rasanya lah..erk
iLa dah lupa nieH..tapi cam ye lah
ala ila...
ReplyDeleteorg yg berkata tu dengki..
apa la salah nya derang bagi kata2 positif sket..
isskk ni la manosia yg x leh tgk org senang...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com