Pagi gi keje...
5.30 petang dah balik..
Naik lrt dari bandaraya ke stesen sentul.
Amek kete, drive ikot DUKE highway..
Paling-paling kurang sampai umah jam 6 petang.

Sampai umah, check surat.
Buka lampu, buka kipas.
Buka tibi ... 
Tutup tingkap..
Masuk bilik terus mandi.

Pastu, tengok tibi..
Slalu nya time petang-petang camtu ako suka tgk channel KBS.
Ye ye channel korea.

Tak pun kadang-kadang ako tukar tukar channel ke 701, 702.
Paling kurang pun ako layan la citer cina kat 107 atau 102.
Sampai la jam 7.23 petang.
Pastu terus stick kat channel KBS 391.

Ako dah kurang sket layan drama melayu kat tb3.
Kadang-kadang klu tgh takde citer yang best, baru layan drama kat tb3.
Bukan.. bukan ako boikot drama melayu.
Cuma drama korea lebih menguasai minda & perasaan ako di kala ni.

Jam 8 malam abesh citer.
Setelkan pape yang patot, solat or watever.
Biarkan tibi sentiasa ON je.
Ater, ako kan dok sengsorang skrg ni.
Taakooottt hehehe...

Berita?
Tak.. tak tengok pun.
Buhsan, balik balik citer yang sama jer.

So bila time-time 8 hingga 8.30 malam adalah saat-saat yang sangat membosankan. Unless klu ada citer menarik especially kat channel 701 or 702. Tapi skrg ni 702 tayang Biggest Looser, 701 plak kadang-kadang ada CSI, amazing race etc.

Start 8.30 malam, ako check-check channel dl.
Tengok memana yang menarik.
Kejap kejap tekan 701,
kejap-kejap tekan 702,
pastu seterusnya sampai la ako jumpa channel yang menayangkan citer yang menarik nak tengok.

Tepat jam 9 malam, 
ako layan diari AF kejap.
Tapi ermmm macam kureng sket la diari skrg ni.
Ntah mana yang silap...

Ye ye kehidupan hiburan ako bergantung pada channel 701, 702 & 391 sahaja.
Klu ada CSI, Leverage, NCIS: LA, dan yang sewaktu dengannya, konpom ako dok depan tibi sampai jam 12 malam.

Klu takde citer menarik, jam 10 ako dah masuk bilik.

Bila dah masuk bilik, tak terus tido, ako ON netbook.
Walau internet takde tapi ako akan main game solitaire spider.
Main sampai la mata ako terpejam sendiri.
Tapi ako tatap akan terjaga tengah malam.

Dan kemudian setiap sejam ako pasti akan terjaga tido terjaga tido sampai la jam 6 pagi.

Camtu la rutin harian ako setiap hari.
Bosan kan?
Nak wat camne, camni la life orang BUJANG!!

Sekian.

Nota Jemari: cik sebelah, ako dah hapdet tau! lalalaa