Memang dah lama tak tengok TV.
Tu pun sebab kawan kat sebelah yang bagitau.
Tambah kuat bila dapat email berkenaan cerita ni.
So jom kita baca k.
Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai. Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dariChina. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.
Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.
Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.
Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:
Glucolactone
Asid Benzoic
Kalsium Klorida
Selulosa
Alum
Asid Amino
Pewarna Makanan
Sodium alginate
Gelatin
1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning
2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida tanpa pewarna makanan = Putih telur
3: Acuan untuk putih telur
4: Acuan untuk kuning telur
Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.
Lepas telur kuning tadi dah beku keluarkan dan masukkan ke dalam acuan (3). Bahagian acuan (3) tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1 jam untuk membeku dan telur boleh dibasuh selepas itu.
Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.
Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.
Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.
So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum.
Nota Jemari: .. apa lagi yang tak tiruan ek?
7 Comments
gigih betul manusia menipu untuk mencari rezeki
ReplyDeleteitu la kan..
ReplyDeletemanusia yang nak cari untung tanpa pikir kan orang lain..
dah tak pasal-pasal membahayakan nyawa owang jer..
haramjadah tol telur palsu ni .
ReplyDeletegood post! or else, i pun malas nak amik tau hahaha!
ReplyDeleteini pun sebab member email so saja la share with others :)
ReplyDeletejahatnya manusia!!!!
ReplyDeletenama pun manosia...
ReplyDeletemana de yang perfect baik heehe :p
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com