Followers

Wednesday, April 27, 2011

Kosong perpuluhan kosong dua

Slalu ako pakai jenama Jordon atau Colgate.
Tetiba teringin plak nak try jenama yang satu ni.
Kowang pernah dengar tak?
Ala... iklan nya slalu sangat ako dengar kat radio.

So sebab nak mencuba sangat maka ako membeli la berus gigi jenama Systema ni.
Kurus je wei..... 
Kecik je dari berus gigi yang slalu ako guna.
Kira ringan sesangat.

Tapi harga agak mahal juga la bagi ako.

Jom kita try berus gigi kosong perpuluhan kosong dua.

Apa yang begitu unik dengan Systema ialah :-

  • Hujung berus tirus 0.02mmnya adalah 1/20 saiz hujung berus biasa, membolehkannya menembusi dengan lebih ke dalam garisan gusi dan celah-celah gigi
  • Berusnya diperbuat daripada sumber bukan haiwan
  • Berus yang berpaten - berteknologi Lion Jepun
  • Berus gigi No 1 di Jepun
  • Diperakui ISO 9001
  • Menembusi dengan lebih dalam terutama di sepanjang garisan gusi dan di celah-celah gigi 
  • Menanggalkan > 80% plak untuk 9X* lebih bersih


Compact
Salah satu dengan saiz kepala paling kecil untuk kebersihan yang paling menyeluruh
Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

Comfort
Kepala bersaiz biasa untuk kebersihan yang selesa dan ternyata
Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

Full Head
Kepala bersaiz lebih besar untuk jangkauan yang lebih luas
Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

Bi-Level
Berus gigi dengan kepala bersaiz biasa dan bulu berus dwi-lapisan untuk memberus dengan lebih bersih di garisan gusi, celah celah gigi dan permukaan gigi.


Nota Jemari: Klu nak perubahan, cuba lah! :-) 

2 comments:

wanwani said...

sy dh jatuh chenta dengan ini berus gigi..hehe..kakak syorkan sy pun dh jd pengguna setia...tp kat sandakan ni sush lak nak cri dia

AKO @ retna said...

heeheh best kan..
kita pun br try n rasa syiok juga bila dah pakai :)