Followers

Thursday, April 21, 2011

Restoran Sari Ratu


Tadi lunch tak plan nak melantak pun..
alih-alih tukang drebar bawa kami ke arah desa pandan.
Memang tak terpikir pun akan singgah kat kedai tu.
Tup tup dah sampai jer depan kedai.
Ni la syiok nya klu ada 'drebar' dan kita jadi penumpang.

Nak buat review pasal kedai makan yang satu ni.
Tapi macam malas nyaaa......
sebab ako tak amek gambar pun tadi.
Yang ada ni pun ako cilok dari google dan member punya henpon jer.

Memandangkan tak plan pun nak melantak kat sini, maka preparation dari segi kamera dan mental adalah kurang sket la ye. Nak bercerita pun cam malas-malas gitu. Tapi sebabkan ako tahu kowang pun sibuk nak tahu gak kedai mana ako melantak tadi, maka ako gagahkan juga mental untuk menyiapkan entry sebegini ghope.

Laayaaan...

Kedai ni adalah kedai makan Indonesia.
Memang pior lauk pauk dan tukang jual pun memang asli dari sana.
Terletak kat desa pandan.
Ini adalah cawangan pertama yang dibuka kat malaysia.
Cawangan-cawangan lain ada kat PJ, Kelana Jaya, Bukit Bintang.

Ako dah cakap, lauk pauk indonesia maka otomatik la lauk pauk yang berunsurkan makanan padang/minang. 

Makan bertiga.
Jadi setiap satu lauk cukup kami amek untuk satu portion sahaja.
Kowang nampak je sikit satu portion tu tapi bila dah macam-macam lauk depan mata. konpom la kowang rasa sket-sket aje kan. Bak kata owang tua-tua, "jangan tamak, nanti rugi!"

Nasi putih - RM1.50
Rendang daging - RM6
Terong goreng - RM3.50
Sambal kentang - RM5
Kuah sahaja - RM1.35
Ayam spesel - RM7.50
Air suam/ais - RM0.50
Teh Botol - RM3
Orang Juice - RM5

Sumer lauk-lauk adalah TERbest. Cuma ayam tu ako kureng sket. Tak feel macam makan kat restoran salero minang tempoh hari.

Yang kentang goreng memang sedap!
Rangup!
Macam ko makan keropok.
Pergh!

Rasa rendang tu macam ko makan kat kedai minang depan Sogo tu.

Dan paling spesel adalah Ikan Nila Goreng ni. Berharga RM18 seekor.
Ikan nila ni juga dipanggil 'ikan terbang'.
Sila jangan tanya ako nape nama nya sebegitu.
Better kowang tanya direct je kat owner kedai ni k.

Licin............
Burlpp... alhamdulilah.
Murah rezeki tukang bayor.
Sok lusa tulat kita makan sini ramai-ramai lagi ye.
*sengih

Bagi kowang yang nak cuba, leh try ke cawangan di desa pandan ni.

Desa Pandan 26 & 28G, Jalan 4/76C, 55100, Kuala Lumpur
Phone (603) 92858811

Selain tu kowang leh baca review detail lagi pasal kedai ni di sini.
Selamat mencuba ye kawan-kawan!

Nota Jemari: ..dalam malas-malas tu, terhasil juga!

7 comments:

MrJocko said...

Kalau kat Bali ikan tu di KANKANG kan dan dinpanggil Ikan Terbang

AKO @ retna said...

erkk gurlpp......

mekchu said...

itu makan ke malantak tu weiii.... ikan nila goreng tu posing maut... perghh.. suka ikan2 goreng garing mcm tu..

Nava Kishnan said...

That's the great thing about Nasi Padang, plenty to choose and taste, but must have quite a number to eat together, if not wasted food.

AKO @ retna said...

mekcu,
ahahaha tu namanya rezeki jangan ditolak hahaha... siyes, mmg sedap ikan goreng garing mcm tu..

nava,
u're right...

AdanyaKauUntukku said...

Retna..ni yang restoran Rubiah Suparman tu ke? erk...tetiba kan

Papa-NtiQ said...

hi retna...saya baru jer tadi upload gambor2 masa makan ngan famili kat Sari Ratu cawangan Jln Tuanku Abdul Rahman.
Senang2 tu jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal 100% makan, makan dan makan tak de topik lain lagi :)
Oh jangan lupa follow yer blog saya TQ bebanyak!

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers